Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Saya masih teringat lagi sewaktu berada di sekolah menengah... Apabila tiba satu April, orang sibuk memperkatakan tentang April Fool.. Atau April Fool’s Day.... Ada yang pekenakan kawan, malah Teacher English kelas saya juga turut pekenakan kami... Beliau memberitahu kami, kelas English pada hari tersebut akan diadakan di bilik tayang... Teacher nak bagi kami peluang untuk menonton filem "TITANIC" yang merupakan filem terbaru dan antara filem terbaik yang berada di pawagam pada ketika itu...
Bila sebut sahaja filem "TITANIC" dah tentu semua orang cukup bersemangat untuk pergi ke bilik tayang... Pastinya rakan-rakan saya pada ketika itu ingin melihat lakonan romantik Kate Winslet dan Leonardo Decaprio.. Maklumlah remaja... Walaupun pelajar kelas saya semuanya lelaki, tapi tak ada masalah pun nak tengok cerita romantik.. ;)
Jadi, kami pun menunggu kehadiran teacher kami di bilik tayang... Setelah 15 minit berlalu Teacher kami tidak juga muncul.. Ketua kelas pergi mencari teacher kami di bilik guru... Tidak lama kemudian Ketua kelas kami datang semula ke Bilik Tayang dan memberitahu kita semua kena April Fool pada hari ini... Jom kita semua naik semula ke kelas... hehehehe...
Inilah antara pengalaman April Fool yang tak dapat saya lupakan sehingga ke hari ini... maklumlah kena April Fool dengan Teacher sendiri... Masa tu tak terfikir pun teacher kami nak pekenakan kami pada hari tersebut... Sebabnya kami pun tak teringat yang tarikh pada hari tersebut adalah 1 April... Tapi takperlah, sekali-sekala teacher kami naik pekenakan kami, apa salahnya... ;)
April Fool ini sebenarnya untuk suka-suka... Bagi kaum remaja yang gemar bergurau senda dengan rakan-rakan pastinya akan menggunakan kesempatan pada 1 April untuk mengenakan rakan-rakan mereka... Tetapi tahukah kita daripada manakah asal-usul April Fool's Day?
"April Fool's Day dipercayai mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Andalus. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Andalus terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan usaha untuk menghapuskan orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Andalus dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu helah semata-mata telah pergi meninjau ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya pada 1 April, mereka mengambi semua barangan keperluan masing-masing lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah-rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar ketika mereka dalam perjalanan.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh semuanya termasuk perempuan dan anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Andalus (Sepanyol) tetapi juga di serata dunia. Apa yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seagama mereka sendiri."
Sumber : Klik Di Sini
1 Ulasan
titanic? haha..
BalasPadam