Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sebelum ini, saya pernah menulis tentang Strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh pihak Readers Digest Malaysia melalui blog Sembang Hari2 yang bertajuk Readers Digest nak bagi RM200,000
Entri tersebut ternyata mampu menarik minat ramai pengunjung untuk singgah di Blog Sembang Hari2 sehingga menjadikan entri tersebut entri paling popular di blog Sembang Hari2..
Dan lebih menggembirakan lagi, entri tersebut berjaya mengumpul komen yang agak banyak daripada para pembaca, berdasarkan pengalaman mereka menerima surat daripada Reader's Digest, dan ada juga yang menyatakan mereka pernah menjadi salah seorang pemenang bagi hadiah utama yang ditawarkan oleh pihak Reader's Digest...
Tetapi sayangnya entri ini sudah tidak dapat dibaca lagi di blog sembang hari2 disebabkan masalah teknikal yang masih tidak dapat diperbaiki sehingga kini... Kesannya entri ini tidak mampu lagi berada di Page pertama Google, walaupun ianya masih lagi wujud... Kalau tak percaya, anda boleh "Copy And Paste" perkataan "Readers Digest nak bagi RM200,000" dekat carian Google.. dan lihat hasilnya...
Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya telah pun "copy and Paste" entri tersebut ke blog Coretan Anuar... Walaupun "aura" entri tersebut telah sedikit berkurangan kerana kurang mendapat komen dan perbincangan seperti entri asal, tetapi setidak-tidaknya anda masih berpeluang membaca perkongsian info tersebut... Sekiranya berminat nak baca entri Readers Digest nak bagi RM200,000 di blog Coretan Anuar, sila klik di sini
Melalui entri yang saya hasilkan sebelum ini, telah menyebabkan saya mendapat satu mesej daripada salah seorang pembaca blog saya... Yang telah mendapat surat terbaru daripada pihak Reader's Digest... Beliau ingin meminta pandangan saya, samada surat tersebut boleh dipercayai ataupun tidak?
Inilah isi kandungan surat yang telah beliau attachkan kepada saya... dan saya kongsikan info ini untuk pengetahuan bersama..
Surat terkini daripada Reader's Digest Malaysia
(Nama penerima terpaksa saya padamkan, disebabkan surat ini bukan saya yang punya)
Sambungan surat daripada Reader's Digest Malaysia
Hadiah yang ditawarkan tersangatlah lumayan... Grand Prize RM625,000... Lebih daripada setengah juta... Membuatkan orang berminat nak tahu, dalam masa yang sama mula ragu-ragu untuk mempercayainya.... Betulker ada orang yang pernah memenangi Grand Prize yang ditawarkan oleh pihak Reader's Digest... Atau sekadar strategi pemasaran semata-mata??
Saya percaya pihak Reader's Digest tentu sedar akan persepsi/reaksi yang terbit secara spontan daripada para penerima "surat jualan" yang telah mereka hantar... Jadi pada kali ini, pihak Readers Digest turut menyertakan sekali gambar pemenang Contest yang lalu, sebagai testimoni untuk menarik kepercayaan bakal pelanggan mereka...
Pemenang Super Contest ke 25, Ms Nor Ain memenangi wang tunai RM220,000
Dan juga tawaran yang menakjubkan..
Bagi pendapat peribadi saya... Surat yang anda terima daripada pihak Reader's Digest sebenarnya merupakan surat jualan secara "Soft-Sell"... Pihak Reader's Digest menawarkan hadiah yang besar untuk menarik minat penerima surat jualan mereka, supaya membeli barangan jualan yang biasanya turut disertakan dalam surat tersebut...
Terdapat banyak syarikat yang masih menggunakan strategi pemasaran melalui pos seperti Bank-bank yang terdapat di Malaysia (Biasanya mereka menghantar bil kad kredit berserta dengan katalog), Bonuslink, TM (Telekom), Astro (Bil berserta tawaran upgrade perkhidmatan), Syarikat-syarikat MLM, Syarikat-syarikat telefon seperti Celcom, Maxis, Digi dan sebagainya...
Dan terdpat lebih banyak syarikat-syarikat yang telah beralih arah.. Daripada melaksanakan strategi pemasaran melalui Pos kepada teknik pemasaran melalui email dan laman web.. seperti dalam contoh di bawah:
Dan terdpat lebih banyak syarikat-syarikat yang telah beralih arah.. Daripada melaksanakan strategi pemasaran melalui Pos kepada teknik pemasaran melalui email dan laman web.. seperti dalam contoh di bawah:
Anda hanya perlu meninggalkan nama penuh dan e-mail adress pada kotak yang disediakan untuk mendapatkan surat jualan melalui e-mail... dan tidak lagi di peti surat yang terdapat di rumah anda...
Kedua-dua strategi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.. Ada orang suka dapat email dan ada orang yang lebih selesa mendapat surat fizikal... Walaubagaimanapun teknik pemasaran melalui email lebih menjimatkan kos berbanding kepada strategi pemasaran melalui pos... Strategi pemasaran melalui email tidak memerlukan penjual mencetak surat jualan, membeli envelope, dan membeli setem/kos penghantaran surat (Harga Setem dah semakin mahal) menyebabkan ianya jauh lebih berbanding strategi pemasaran melalui pos..
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kedua-dua strategi pemasaran ini, saya syorkan anda baca ebook percuma hasil tulisan saya berjudul 7 Strategi Tambah Wang Saku dengan klik di sini
Semoga info yang saya kongsikan bermanfaat kepada anda.. Terutamanya bagi anda yang kerap menerima surat jualan daripada pihak Reader's Digest... Tepuk dada tanya selera..
Sekiranya anda merasakan, anda perlu membeli buku yang dijual oleh pihak Reader's Digest disebabkan isi kandungannya, silalah beli... Tak rugi pun kita melabur ke atas ilmu... ;)
Tetapi, sekiranya anda rasa perlu beli buku tersebut, disebabkan terlalu berharap nak menang hadiah utama yang ditawarkan... fikirkanlah semasak-masaknya... Saya nasihatkan jangan terlalu berharap... Hadiah yang ditawarkan tidaklah sebanyak penerima surat jualan seperti anda... Jadi peratus untuk anda menang terlalu tipis.. Mungkin 0.01% atau lebih kecil dari itu....
33 Ulasan
bilakah tarikhnya
BalasPadambilakah tarikh pengemuman READER'S DIGEST 2013 nak diumumkan
Padamsaya pun ada dapat surat ni. boleh caya ke tidak sebenarnya?
BalasPadamjangan percaya lah...tak percaya cakap saya tengok di laman blog saya ;
PadamROGONDRAGON.BLOGSPOT.COM
hmmm.. ade je dapaat
BalasPadamSo conclusion dia tak yah percaya la kan?
BalasPadamsaya juga baru je tamat penerimaan berbagai surat tawaran untuk menang rm625k berserta dengan kereta dari awal tahun 2013 hingga berakhir 14.01.14 sekali dengan email..akhirnya terputus begitu...nasib sy x pernah membeli dan hanya melayan di email sahaja....akhirnya dia rd dh lsung x htr2 kpd saya...agaknyer serik kot sbb sy selalu jawab NO stiap kali disuruh beli..hi he..
BalasPadamKkkk.... Sebenarnya rd yg dpt rm 625k setiap Kali anda melayan Surat jualan mereka... Lebih baik anda jimatkan duit anda dan labur duit anda dalam aktvt yg brrpaedah.... Ade berani rd bg adiah rumah d dijamin oleh syt perumahan...
BalasPadamMana ade jaminan... Kalau ade jaminan tiap2 tahun rd sebarkan pemenang masuk Surat kabo... Asik2 Surat posmen... Posmen pun gelak2.... Kayo brader... Hadiah riban2....
Baru dapat gak surat berantai ni pada 16 jun 2014.tanpa melanggan rd tapi dapat rm625k.tak masuk akal.hehe ada akal gunakan.ada duit gunakan yg berfaedah.bnyak lg buku keluaran tempatan di dlm malaysia ni.jika dapat mcm ni.harap dapat refer dgn kawan2 atau family dulu.jgn terkena baru nak menyesal.hanya berkongsi maklumat.tq
BalasPadamBaru dapat gak surat berantai ni pada 16 jun 2014.tanpa melanggan rd tapi dapat rm625k.tak masuk akal.hehe ada akal gunakan.ada duit gunakan yg berfaedah.bnyak lg buku keluaran tempatan di dlm malaysia ni.jika dapat mcm ni.harap dapat refer dgn kawan2 atau family dulu.jgn terkena baru nak menyesal.hanya berkongsi maklumat.tq
BalasPadamsaya pun dapat gak surat nya....... suruh g kl...... amik kat kl duitnya........suruh naik kapal terbang.... smpi klia.. dia nak jemput naik limosin.....dok hotel 5 star lagi dia nak bagi..... cuma pelik mana dia dpt nama saya, sebab saya pun tak pernah beli buku rd .... dan tak de plak suruh beli buku rd tu....
BalasPadambilakah tarikhnye ye,kata dpt 625k
BalasPadamsaya pn dpt surat gak,dia kasi sampel cek bernilai625k,pastu kereta,pastu kapal boeing,pastu rumah..bla bla bla
BalasPadammana boleh percaya ! tipu kanak kanak saja ! nama masuk pertandingan pun tak umum ?
BalasPadamade gak dpt.. kne pos blk surat tu dlm mse 7 ari...same x ngn korg pnye?
BalasPadamSaya baru dapat nih 9/9/2014. Ingat senang ke orang nak bagi lebih setengah juta. Kalau Rupiah takpa juga kan!
BalasPadamsy pun bru dpt pg td. boleh prcye ke???
BalasPadamsy pun bru dpt pg td. boleh prcye ke???
BalasPadamsaya pun dapat semalam....seronok sangat..rasa nak langgan RD ni, nasib baik baca awal ruangan ni..kalau tak..hhmmm...abih la...
BalasPadamsaya pun dapat baru je tadi..memang tak boleh dipercayai
BalasPadamsaya pun dapat,,,berakhir sudah tanda tanya,, betul ke contest ni...? finally sy decide IGNORE je lah...
BalasPadamMk sye pom dpt gk surt cm nim , sye un cye hbis hbisan , p nsib baek bkak google . >.<
BalasPadamSaya baru dapat tadi...625k katanya...suratnya sebijik sama...tapi muka pemenang orang lain pulak...kan bagus pemenang tu bacalah entri ni...mengesahkan betul ke tak..hihihi
BalasPadamSaya pun dlm masa 3 bln ni kerap je RD hantar surat .blh menang ...625k lh.menang kereta dan mcm2 lagi.dh naik boring.
BalasPadamSy on trims Surat yg sama Smlm suh forward dlm 7hari..tawaran kete volkswagon n Wang tunai ..mslhny xpnh join ape2 contest pun mna dpt mklumat pun xtahu?
BalasPadamSy pun trima Surat yg sama Smlm suh forward dlm 7hari..tawaran kete volkswagon n Wang tunai ..mslhny xpnh join ape2 contest pun mna dpt mklumat pun xtahu?
BalasPadamSya baru dapat hari jumaat lepas...nasib baik baca komen anda semua kat sini...nampaknya dibakulsampahkan jerlah surat tawaran itu...huhuhu
BalasPadamSy pun baru dpt smlm..tertarik gak coz tahu rd mmg famous n buku dia bagus..tp takut gak tertipu...huhu
BalasPadamdia x tipu pun,cuma kita ni je yg mudah tertipu...baca dulu betul2 surat dr rd ni,taktik dia suruh kita langgan buku dia pastu baru layak masuk contest tu...sama gak mcm contest nestle dsb...beli produk diorg baru layak masuk contest...bak kata penulis blog ni,kalau kita cuma nk masuk contest n xberminat dgn buku rd ni better jgn beli rd...kalau betul2 berminat dgn buku rd ni nak masuk byk mana contest pun masuk lah....mana la tau kot2 ada rezeki...haha
BalasPadambetul tu itu teknik dan taktik depa nak tarik pelanggan beli RD depa. depa tau yg kita ni mudah utk mengaburi mata kita, pantang nampak hadiah kereta mewah,rumah besaq,naik kapal terbang pi sana pi sini.sedar tak sedar rupanya kita dah suruh depa potong duit kat kad kredit kita utk beli RD depa semata-mata utk masuk contest yg menawarkan hadiah lumayan yg tak tentu dapat ke tak. jadi, bersyukurlah dengan apa yg kita ada sekarang.wassalam
BalasPadamContest tu mmg wujud.tarikh akhir peraduan pada 31/12/3014.Keputusan akan diumumkan pada 15/01/2015 di akhbar the star / Malay Mail.Mari kita tengok sapa yang kena. 2011 Melayu 2012 India 2013 Cina 2014 Melayu?
BalasPadamSaya pun follow setiap surat yang rd hantar.resend setiap surat yang dihantar.beli kalau minat jer.try masuk untung untung menang 625k.saya pernah menang contest Nestle Malaysia.kalau x hantar banyak macam mana nak menang!
BalasPadamlaki aku dah terjebak dengan benda alah ni... beratus2 dah dia tolakdari bank....stressss akuuuuuuu
BalasPadam