Jam Takwim Solat Digital Untuk Panduan Umat Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Penjagaan masa sebenarnya sangat dituntut dalam agama Islam... Disebabkan itu, pada setiap kali selepas kita mengadakan perjumpaan seperti ceramah agama, mesyuarat dan sebagainya... Pada kebiasannya Pengerusi majlis akan menutup majlis dengan Bacaan Surah Al-Ars dan tasbih Kifarah... 

Ianya sebagai satu amalan untuk kita "berdakwah secara kecil-kecilan" atau memperingati sesama kita tentang keperluan menjaga masa dalam kehidupan seharian... Seperti maksud yang terkadung dalam Surah Al-Ars:

"Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali oramg-orang yang beriman dan beramal Soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"
(Surah Al-Asr : Ayat 1-3)



Walaupun banyak kali kita membaca Surah Al-Ars... Tetapi tanpa kita sedari.. Sebenarnya sebahagiaan daripada kita masih lalai dalam mengurus masa.. Termasuklah diri saya sendiri...

Allah memberikan masa kepada kita 24 jam sehari... Saya percaya agihan masa tersebut sama rata kepada semua orang... Tiada orang dalam dunia ni yang mendapat lebihan masa atau kekurangan masa sejam dua berbanding orang lain... Dan dalam masa yang sama semua orang juga turut bekerja....

Tetapi.... kita diwajibkan solat 5 waktu sehari seperti dalam rukun Islam yang ke 2... Setiap waktu solat tersebut sekiranya dilakukan secara berjemaah di Masjid/Surau ianya mengambil masa kira-kira 5-10 minit sahaja bagi setiap waktu...

Dengan erti kata lain 10 minit X 5 waktu = 50 minit.... Daripada 24 jam X 60 minit = 1440 minit (waktu dalam sehari)..

50/1440  = 3.5% (Peratus masa yang perlu diluangkan untuk solat secara berjemaah bagi setiap waktu solat Fardhu)... 

Ya betul!!.. Hanya 3.5% sahaja masa yang perlu kita korbankan sehari untuk Allah.. Tuhan yang mencipta kita dan memberi keizinan kepada kita untuk terus bernafas di muka bumi ini... 

Tetapi mampukah kita melakukan pengorbanan tersebut? ... Meninggalkan semua urusan dunia dalam tempoh 10 minit sebanyak 5 kali sehari, semata-mata untuk beribadah kepadanya..

Secara peribadi... Saya juga belum mampu melakukannya... Setakat ini, saya hanya mampu melakukan 2 waktu sahaja secara kosisten.. iaitu pada waktu solat Maghrib dan Solat Isyak... Untuk 3 solat yang lain.. Kadang solat berjemaah, dan kadang solat bersendirian.... Masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki, untuk menjadi hambanya yang Soleh....  

Bila saya cuba kaitkan kegagalan saya mengurus masa dengan tepat untuk menyembahNYA...  Ianya turut mempengaruhi kegagalan saya mengurus masa dalam kehidupan saya secara keseluruhannya... Saya sering gagal untuk hadir "tepat" pada masanya samada ke kelas, ke mesyuarat, ke tempat berkursus dan sebagainya... 

Walaupun saya berjaya "Punch Card" On Time di tempat kerja pada setiap hari... tetapi Bos saya selalu berkata... "On time is late"

Ya betul... Ada kebenarannya... Saya bersetuju dengan ayat tersebut... dan juga pantun berikut:


Waktu yang panjang terasa singkat
Amal Ibadat belum dibuat
Bulan berlalu hari dan saat
Tanda dunia hampir kiamat

Kenapa kita selalu lalai,
Waktu dibuang tidak dipakai,
Masalah umat berbagai-bagai
Tanggungjawab kita belum selesai


Bila sebut tentang masa dan tentang Solat... Tiba-tiba saya teringat dekat seorang rakan yang ada menjual Jam Takwim Solat Digital... Pada pendapat saya Jam Takwim Solat Digital ini sangat bermanfaat kepada seluruh umat Islam supaya dapat membantu mendisiplankan kita untuk menjaga masa solat.. 





Setiap kali tiba waktu solat... Jam ini akan berbunyi... Bila jam dah berbunyi, faham-faham jerlah... Berhenti sebentar daripada membuat kerja untuk menunaikan solat... 

Hmmm... Menarik...

Design pun cantik... Bolehlah kita menghiasi rumah/surau/masjid/ tempat kita bekerja dengan Taqwim Solat Digital.. Lebih menarik lagi anda dapat mendengar azan imam Mekah dan alunan zikir pada setiap jam.

KELEBIHAN JAM TAQWIM SOLAT DIGITAL

1. Sebagai panduan untuk memperingati waktu solat.
2. Mudah Digunakan dan dikendalikan dengan penyelengaraan yang minimum.
3. Rujukan Waktu Solat tepat seperti dalam kalendar taqwim solat terbitan Jabatan Mufti/Majlis 
Agama Islam Negeri (berubah setiap hari secara automatik)
4. Boleh dijadikan Bahan Wakaf Jariah / Hadiah / Cenderahati
5. Waktu solat boleh dikemas-kini secara mudah, boleh dilakukan oleh wakil  
    jualan/pengguna sendiri.
    - Tidak perlu kepada penukaran "cip IC"/kabel khas.
    - hanya gunakan kabel USB standard dan perisian yang dibekalkan bersama produk.
6. Selain Jam dan Waktu Solat, produk ini juga boleh memaparkan Tarikh (MASEHI/HIJRAH)
7. Tidak memerlukan "setting" semula bila bekalan eletrik terputus.


SPESIFIKASI :
- Terdapat Tiga Pilihan Warna: HIJAU / BIRU / MERAH 
- Terdapat Dua Pilihan Saiz    : 12" x 09" (saiz panel kaca)
                                           : 14" x 11" (saiz bingkai kayu)
- Berat : 2.0 kg
- Pengera : Alunan zikir mengantikan bunyi "BIP" setiap jam & Azan Mekah untuk waktu solat
- Sumber Kuasa : 5Vdc 1A ( 5W )
- Bateri Sokongan : 3Vdc ( Lithium CR2032 )
- Aksesori : Adaptor 220Vac / 5Vdc 1A,& Kabel USB.
- Jaminan : 1 tahun

Saiz: 14x11 inci
Harga: RM313 termasuk penghantaran seluruh Malaysia.
Model : DAF01A-1209




- Model  : DAF04-4824-003H-1/ DAF04-4824-002H-1
- Warna : Hijau / Biru
- Harga  : RM1950 termasuk kos penghantaran dan wiring
- Saiz    : 52" x 28" (Bingkai kayu)
            : 48" x 24" (Panel)
- Berat  : 14kg
- Kaligrafi : Surah An-Nisa, ayat 103
- Paparan LED : LED 3.0" ( merah ) -> Jam & Countdown Waktu Iqamah
                     : LED 2.3" ( merah ) -> 5 Waktu Solat & Syuruk
                     : Tarikh & Tahun (Masehi/ Hijrah)
- Sumber Kuasa : 9-12Vdc 2,0A (18-24W)
- Bateri Sokongan: 3Vdc ( Lithium CR2032 )
- Penggera : Bunyi 'BIP'
- Aksesori : Adaptor 220Vac / 9Vdc 5A, CD perisian, Kabel USB Kawalan Jauh (Remote Control)



Cara penghantaran melalui Pos ke Seluruh Malaysia

Selain itu, anda juga boleh membuat Tempahan Khas Taqwim Solat Digital mengikut Design dan kehendak anda untuk tujuan promosi dan penjenamaan:
- restoran, kedai, blog, laman web atau syarikat
- Sesuai untuk di letakkan di Restoran / Pejabat dan sebagainya..


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Jam Takwim Solat Digital ini, sila hubungi 016-4953303 (Sukhairi) . Ataupun anda boleh lawati Fan Page beliau di url berikut:



Daripada Anas Bin Malik R.A. berkata:
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Tidak akan menjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api"
(Hadis Riwayat Tirmizi)


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. dah ada macam-macam design yg cantik2. harga macam mahal, tapi fikirkan kepentingannya memang penting dan berbaloi.kalau letak dalam rumah, boleh dengar azan sampai rumah jiran sebelah.

    BalasPadam
  2. Harga tak mahal kalau nk dbandingkan dgn hrga smartphone yg kita guna. Rasa tenang sebenarnya bila tiap2 waktu azan berkumandang di dlm rumah kita dan tiap2 jam zikir pendek berbunyi. Insyaallah bertempiaran syaitan keluar dari rumah lari tak cukup tanah. Anak2 pun booeh belajar dan ikut berzikir bila jam berbunyi.. Jika berminat boleh hubungi admin En Anuar atau sms/call saya utk order (0164953303).Penghantaran 2-3hari bekerja.

    BalasPadam