Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sempena Cuti hujung minggu lepas... Saya, anak-anak dan adik-adik ipar sempat bersantai dekat Eco Park Taman Botani..
Inilah kali pertama saya datang ke sini, walaupun dah lama kahwin dengan orang "Ipoh".. Kali ni berkesempatan nak pergi ke sini setelah di ajak oleh adik ipar bongsu saya, yang teringin nak menguruskan badan katanya.....
Subhan Allah... Betapa indahnya ciptaan Tuhan... Tengok darti luar nampak macam biasa-biasa jer.. Sebab kawasan ni merupakan kawasan perumahan... Tak sangka dalam kawasan perumahan macam ini ada sebuah kawasan rekreasi yang menarik mata memandang...
Ada sebuah tasik yang indah... Membolehkan kami melihat keindahan Flora dan Fauna sambil beriadah di petang hari..
Luas juga tasik ini..
Disekeliling tasik ada Tempat untuk berjoging dan beristi rehat.. Nak berkhelah/makan-makan bersama keluarga pun boleh...
Ada kawasan untuk bersenam...
Adam Dan Haikal juga turut sama bersenam...
Ini gayut betul-betul ker... Berapa lama Adam dapat bertahan ni... Adam, Kuat Adam...
Tiba giliran Haikal pula...
Kedua-dua Hero saya ni boleh tahan juga aktifnya.. Kalau tak percaya boleh tanya dekat Doktor Fatin Liyana.. Masa dekat Taman Eco Park ni mereka berlari sakan... Kesudahannya Adam terjatuh... Dapat luka sikit dekat Lutut.. Ni barulah namanya anak lelaki...
Mak Uda dan Haikal sedang bersimpati dengan nasib Adam..
Bila dah sakit lutut, mulalah tak boleh berjalan... Berdukunglah jawabnya..
Haikal terus Maintain berjoging...
Bila dah keletihan, teruskan berjalan..
Akhirnya sampai ke tempat dari mana kami bermula..
Kawasan di sini meraik juga... Boleh tengok gelagat orang ramai..
Adam taman permainan yang menjadi kesukaan Adam dan Haikal..
Boleh tengok gelagat Ikan... Boleh bagi makan roti, tapi dilarang memancing...
Antara Sepesis binatang yang terdapat dalam tasik ini.. Ikan keli, Ikan Haruan, Ikan Sepat, Ikan Kap, Kura-kura dan lain-lain yang tidak saya kenali..
Adik-adik ipar saya yang sedang menunggu ikan naik ke darat... ;)
Ikan Oh Ikan.. Jemputlah makan...
Ramai pengunjung yang datang ke sini, suka melihat gelagat ikan berenang-renang ..
Ikan-ikan ini tidak dapat pergi ke Tasik yang besar di sana.. Disebabkan disekat oleh batu-batu ini..
Akhir sekali.... Mak Uda bersama Ultraman "sakit Lutut".. hehehe
Oklah... Setakat ini sahaja gambar-gambar yang dibenarkan oleh pemilik "camera" untuk saya kongsikan di blog ini... Yang selebihnya ada mengandungi gambar-gambar comel adik-adik ipar saya... Kurang sesuai untuk dipaparkan di sini...
Eco Park di Bandar Seri Botani, Ipoh ini sangat sesuai untuk aktiviti santai di petang hari bersama keluarga... Kepada orang-orang yang tinggal di kawasan Ipoh, jemputlah datang ke sini... Selain taman Botani Eco Park anda juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan Kapal terbang-kapal terbang kawalan jauh yang dimainkan di kawasan tanah lapang sebelum sampai ke Eco Park ini... Selamat meluangkan masa bersama keluarga di hujung minggu...
3 Ulasan
bestnya dapat berjalan2 hirup udara segar camni kan, tengok perangai anak lelaki main calar2 lutut tu biasalah kan.
BalasPadamcuci mata pun best gak kan...hehe
great info .....
BalasPadamkat ipoh ada satu tasik cantik apa tah. masa belajo dulu (10 tahun lepas la agaknya) ada ke sana. Cantik bebeno. Yang ni nampak mcm tasik shah alam (maklumlah ore shah alam. eheh)
BalasPadam