Penghantaran Pertama Jangan Baca Buku Ini Kepada Pembeli..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... Pada pagi tadi saya berkesempatan untuk mengeposkan buku berjudul Jangan Baca Buku Ini kepada 2 orang pembeli..

Pada awalnya saya berhajat nak menghantar buku tersebut dengan menggunakan pos Express macam dalam gambar di bawah ni.. 

Sumber : Klik Di Sini


Tapi setelah bertanya dengan brader penjaga kaunter pejabat Pos, beliau memaklumkan hanya dokumen sahaja yang dibenarkan dihantar dengan menggunakan Pos Express.. Sebarang jenis buku, walaupun tak terlalu besar tetap perlu dihantar dengan menggunakan pos laju atau pos berdaftar.. 

Jadi, pada pagi tadi, saya telah menghantar Buku "Jangan Baca Buku Ini", melalui Pos laju dengan menggunakan bungkusan seperti gambar di bawah ke Mukah Sarawak dan ke Pelabuhan Klang, Selangor:


Berdasarkan pengalaman saya menggunakan Pos Laju, sebelum ini.. Saya dapati servis yang diberikan sangat memuaskan.. barang yang saya hantar telah selamat sampai kepada penerima dalam tempoh satu hari selepas barang dihantar.. (Walaubagaimanapun bergantung kepada lokasi penerima)


Sebagai contoh  boleh cuba Trace nombor di atas : EM371443946MY

Anda boleh copy dan paste nombor tersebut di ruangan Tracking number yang terdapat di  url berikut: http://www.poslaju.com.my/track.aspx

Hasilnya anda akan dapati barang tersebut telah selamat sampai kepada penerima pada masa dan tarikh seperti dalam gambar di bawah:


Dengan adanya Tracking System seperti ini telah memberikan keyakinan yang tinggi kepada saya untuk menggunakan Perkhidmatan Pos Laju semasa menghantar barang kepada pelanggan.. 

Jadi, kepada pembeli buku "Jangan Baca Buku Ini", buku anda telahpun saya hantar dengan menggunakan Pos Laju dengan kod pendaftaran seperti berikut:
  • En. Zulkifli Abdullah :  EM371449555MY
  • En. Kumar Bin Boniface Jubilee :  EM371448824MY
Anda boleh membuat semakan kedudukan terkini barang anda  dari semasa ke semasa dengan menggunakan kemudahan Tracking system yang disediakan oleh Pos laju...

Terima kasih saya ucapkan kepada En. Zulkifli dan En. Kumar, kerana sudi membeli buku ini.. Semoga anda berpuas hati dengan servis penghantaran melalui Pos laju... 

Sambil menyelam minum air.. Tiba-tiba terlintas di fikiran untuk berkongsi info tentang teknik pemasaran yang seterusnya.. iaitu berkaitan dengan Bukti dan kepercayaan.. 

Nantikan entri saya seterusnya berjudul Teknik Pemasaran ke 4 : Bukti dan Kepercayaan

Dalam entri tersebut, Saya akan cuba kongsikan pengalaman memasarkan pelbagai produk di blog Discount hari2... Terutamnya pengalaman menjual Baby Land Cloth Diapers

P/s: Anda jangan tak percaya pula kalau satu masa dahulu, saya pernah menjual Baby Land Cloth Diapers semata-mata untuk mencuba mempraktikkan sedikit ilmu pemasaran melalui internet yang saya ketahui.. ;)


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. You delivered such an impressive piece to read, giving every subject enlightenment for us to gain information. Thanks for sharing such information with us due to which my several concepts have been cleared. 먹튀검증업체

    BalasPadam
  2. You make so many great points here that I read your article a couple of times. Your views are in accordance with my own for the most part. This is great content for your readers. 토토사이트추천

    BalasPadam
  3. Downsides As talked about, compared with additional material composing solutions, Scripted will feature a marginally higher cost. But, authors have the ability to place their own prices, supplying an aggressive market place. Bottom-line: Scripted is perfect for each enterprise -- large and smaller. By: 먹튀검증사이트

    BalasPadam