Cuti-cuti Malaysia di Teluk Batik, Perak sempena CNY2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sempena Cuti Perayaan Tahun Baru Cina baru ni, saya sekeluarga sempat Bercuti-cuti Malaysia ke Teluk Batik, Perak . Mengikut perancangan awal, kami nak bercuti ke Air Terjun Lata Kinjang, Tapah... Tapi memandangkan adik tengah sarat mengandung... Menunggu waktu untuk bersalin... Jadi, last minit tukar lokasi ke Teluk Batik, Perak

Dalam perjalanan menuju ke Teluk Batik, jalan punyalah sesak... Pertama kali pengalaman mengambil masa yang lama untuk sampai ke Teluk Batik dari kampung Gajah, Perak... Biasanya kami ambil masa sejam setengah perjalanan sahaja.. Tapi pada kali ni lebih daripada 4 jam.. Pukul 2.30 bertolak, sampai di Teluk batik lebih kurang jam 6.30 petang... huhuhu... Penangan CNY2013...


Jem.. Jem.. Jem.. Ada roti dan kaya pon sodap..

Jalan Jem lagi... Bila nak sampai ni...

Kereta langsung tak boleh nak bergerak untuk memasuki tempat parking kereta..

Nasib baiklah adik saya yang tengah sarat mengandung tu bersalin keesokan harinya.. Kalau tiba-tiba sakit nak bersalin pada ketika ini.. Fuyooo... Bersalin dalam keretalah jawabnya.. Syukur Alhamdulillah...

Bila dah sampai teluk Batik, terus cari tempat baik punya untuk buat BBQ... Dan lepas tu terus terjun ke dalam Laut... Pada kali ni, saya paksa Aadam dan Haikal mandi laut... Dalam terpaksa mereka menuruti kehendak saya, walaupun kedua-duanya terpaksa di dukung..

Saya, Adam, haikal, Pakcik Topik..

Adam tidak mahu melepaskan tangannya daripada tengkok saya...

Bila dah puas merendamkan Adam dan Haikal, saya bawa mereka ke darat... Mereka nak bermain pasir katanya..

Adam.. Ayah ada berapa orang anak... Dua.. Peace..

Dekat Teluk Batik, punyalah ramai orang pada ketika ini..

Aktiviti Adam dan Haikal seterusnya bermain Istana Pasir..

Nampaknya Haikal sedang memikirkan Idea...

Didi (memakai Topi) bertindak sebagai Chef pada hari ini... ;)

Pak Long (Berbaju kuning) tidak turun sekali ke laut..

Pakcik Topik sedang mengajar Alisya berenang ker?

Didi gigih menyediakan tempat BBQ, walaupun hari hampir malam.. 

Walaupun hari dah hampir malam, kami tetap nak buat BBQ juga.. Nak buat macamana, takkan nak bawak balik udang, ikan dan Sosej yang telah diperam.. Jadi, alang-alang dah sampai, bakarjelah mana yang boleh.. 

Tunggu masa untuk membakar Sosej..

Kesian dekat Dayah (Adik) yang sedang menunggu masa untuk bersalin.. Nasib baiklah bersalin pada keesokan harinya..

Menjelang pukul 7 malam, kami bersiap sedia mandi, solat dan makan.. Sorry yer tak ada gambar mandi dekat bilik air... Sensored... hehehe.. Masa ni dah tak hirau dah HP berada dekat mana.. nak mandi pun punyalah jenuh.. Terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran...

Kami pun terus makan-makan sampilah lebih kurang pukul 9.00 malam.. Waktu ni, hanya diterangi limpahan lampu dekat sesetengah kawasan.. jadi, kawasan kami berkhelah tu takderlah terang sangat.. Sekadar cukup nampak muka orang lain, dan makanan di depan mata...

Haikal dan Danish dalam kegelapan malam di kawasan pantai...

Setelah kenyang dan mengemas barang, kami pun berangkat pulang... Nak balik pun satu hal lagi.. Jalan Jem... Kami sampai ke rumah di kampung Gajah hampir pukul 11.30 malam.. lain kali tobat taknak pergi tempat percutian macam ni, waktu cuti Tahun Baru Cina.. ;)

Walaubagaimanapun berpuas hati sebab dapat Support Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bercuti-cuti di lokasi menarik yang terdapat di Malaysia..


Sebagai tanda penghargaan ke atas usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, untuk menarik minat orang ramai supaya melancong dalam Malaysia.. Saya syorkan anda baca entri ini dengan Klik Di Sini

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. BK walau umah dkt ngn teluk batik pon nak g sne xmenyempat je.terok bebeno..tapi BK suke gak tau g teluk batik, teluk senangin ngn lumut

    BalasPadam
  2. dapat anak saudara baru...teringin juga nak ke sini.Tahniah

    BalasPadam
  3. seronoknya diorang semua ye. hehe

    BalasPadam
  4. wah nmpk seronok holiday kt teluk batik..tp syg jauh plk nak ke sn...

    BalasPadam