Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pada minggu lepas kami sekeluarga sempat bercuti-cuti Malaysia ke Kuala Gula Sanctuary Resort yang terletak di Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak...
Gambar yang tak reti nak Berposing Di Kuala Gula Sanctuary Resort
Apa yang menariknya di Kuala Gula Sanctuary Resort??
Boleh memancing ikan, cuci mata melihat keindahan alam, melihat burung-burung berterbangan, menangkap ikan, melihat arus sungai, sambil sekali sekala mendengar deruman enjin bot menyusuri arus Paya Laut...
Tempat kediaman kami di Kuala Gula Sanctuary Resort
Bagi anda yang suka dengan pemandangan keindahan alam Ciptaan tuhan dan gemar memancing ikan, pasti anda suka datang ke tempat ini untuk menenangkan fikiran...
Yelah kita dah sibuk bekerja di tempat kerja, apa kata sekali sekala pergi ke tempat rekriasi macam ini untuk merehatkan minda..
Kadar sewa penginapan yang dikenakan juga sangat berpatutan.. Rumah penginapan kami iaitu Standard room boleh di sewa pada harga RM110/hari pada hari biasa dan RM130/hari pada hujung minggu (cuti umum/cuti sekolah)
Bilik idaman kami ialah Superior Room yang telahpun penuh ditempah.. dapat tengok jerlah
Kemudahan/keselesaan yang disediakan di Standard Room ialah:
Parking kereta betul-betul dihadapan pintu bilik (keselamatan lebih terjamin)
2 katil single .. Nasiblah kami dapat duduk bilik yang ada dua katil single sahaja
Penghawa Dingin
Televisyen
Kattle
Water Heater
Percuma kupon sarapan pagi untuk dua orang (Tapi saya syorkan bawa makanan sendiri untuk sarapan pagi)
Bilik kami betul-betul berada di atas air..
Betapa gembiranya adik ipar saya dapat menenagkan fikiran di sini..
Cuba nak berposing kali kedua, rupanya isteri saya tangkap gambar saya di hujung Camera..
Sebaik sahaja sampai, ayah mertua saya terus bersedia untuk memancing.. Kaki pemancing tegarlah katakan..
3 pancing sebagai permulaan... Merasmikan acara memancing ikan...
Adam bangun daripada tidur, terus menemankan atuk memancing ikan..
Saya pula lebih selesa menikmati keindahan alam ciptaan tuhan..
Snap gambar dari rumah yang berlainan pula..
Hah.. Daripada sini baru boleh nampak gambar sangkar ternakan ikan..
Dari bilik dapat melihat Restoran Terapung..
Sekali-sekala mendengar deruan enjin bot merentasi sungai..
Membiarkan bot berlalu pergi..
dan berlalu pergi dalam pelbagai bentuk fizikal..
Jauh di sebarang Paya Laut Matang kelihatan burung-burung bertenggek di atas dahan mati..
Mujur pada ketika ini bukan musim burung berterbangan ke sini.. Kalau tidak mahu sahaja kami meyewa bot ke seberang sana untuk melihat "Kuala Gula Bird Sanctuary" di mana tempat persinggahan burung-burung hijrah dari seluruh dunia, yang biasanya berlaku pada sekitar bulan April dan Bulan Ogos setiap tahun..
Untuk pengetahuan anda, terdapat bot sewaan disediakan mengikut kadar harga seperti berikut:
Pelancongan Menarik menaiki Bot (Maksimum 13 orang)
RM180/bot (maksima 2 jam)
-Melihat Burung
-Lawatan menyusuri Sungai
RM300/Bot (Maksima 4 jam)
-Melawat Tapak Arkeologi Sungai Buloh, Pulau Kalumpang
-Berjalan kaki menyusuri Paya Bakau
-Melihat Burung
-Lawatan menyusuri Sungai
Aktiviti Memancing menggunakan Bot (Maksima 6 orang)
RM200 (Maksima 5 jam) atau RM300 (Maksima 9 jam)
-Pemandu Bot
-Jake Keselamatan
Naiklah bot kalau teringin nak tahu apa yang ada di sana..
Dan kalau ada yang teringin nak memancing ikan di sana..
Selain daripada memancing ikan di kawasan penginapan, anda juga boleh memancing ikan air tawar di parit yang terdapat dihadapan tempat penginapan..
Kalau dah nama kaki pancing, dekat mana-mana pun boleh memancing ikan..
Inilah hasil memancing ikan di belakang rumah... Dapat Rezeki Ikan duri jer..
Walaupun dapat Ikan Duri, tapi feel memancing hanya kaki pancing sahaja yang tahu..
Mula-mula Dua Ekor..
Selepas itu berekor-ekor.. Kesudahannya semua ikan dilepaskan semula..
Hasil tangkapan memancing ikan air tawar dekat depan rumah sewa lagi lumayan..
Mula-mula akak ni dapat Ikan Puyu..
Lepas tu dapat pula ikan Bulan..
Besar juga Ikan Bulan yang berjaya ditangkap..
Dengan izin Allah Ikan Bulan dapat hidup dalam Air Tawar... Subhan Allah..
Tunggulah sampai masanya.. Kami akan datang semula ke sini untuk melihat lebih banyak kawan-kawan burung spesis ini..
Kemudahan lain yang tutut disediakan di Kuala Gula Sanctuary Resort ialah:
- Superior Room - RM130 hari biasa/RM150 Hujung Minggu
- Family Room - RM250 hari biasa/RM280 Hujung Minggu
- Asrama - Dorm A (Maksimum 33 pax)/Dorm B (Maksimum 30pax) pada harga RM350-RM450
- Dewan Seminar (RM45/pax sehari) - lengkap dengan kemudahan LCD, PA Sistem dan Kelangkapan Asas yang lain
- Surau
Sekiranya anda berminat untuk bercuti-cuti Malaysia ke Kuala Gula Sanctuary Resort, anda boleh menghubungi:
- Tel/Fax : +605-8901866
- E-mail : kualagularesort@yahoo.com
- Facebook : Kuala Gula Sanctuary
Info Berkaitan :
- Homestay Berhampiran Seri Iskandar 1
- Homestay Berhampiran Seri Iskandar 2 (Rumah Corner Lot)
- Retoran Pak Ya Nasi Pandan, Perak
8 Ulasan
sangat menarik lokasi percutian di kuala gula ni... rasa macam nak pergi je...
BalasPadamNampak baru lagi resort nih, pemandangan pun cukup cantik.
BalasPadamNampak tempatnya damai betul ni. Ikan fresh ...sisik pun berkilat.
BalasPadamcantiknyaaaaa.. teringin nk p :-)
BalasPadamIkan yg dipancing tu bleh wat bbq dk?
BalasPadamaku ni suka sangat tempat camni.sah aku p .sebelum ni aku p linggl lexis resort leh tangkap ketam lagi
BalasPadamIkan nie.....eeeeee....boleh makn ke?
BalasPadamharga bilik skrg dah naik rm20,,family room 1mlm rm300.......sarapan pg ader ke org kg jual2 tepi jln di kaw situ ...kalo ada jam brp diaorg niaga ?sbb nak turun mancing naik bot jam 7pg...hehehe yg resort punya sarapan start kol bpr ?
BalasPadam