Syukur Alhamdulillah...
Menu makan malam pada hari ini ialah Tomyam Udang Galah, hasil masakan isteri tercinta.. Bila isteri saya yang masak masakan ni... Belum rasa lagi pun saya dah tahu keenakannya..
Semenjak berpindah ke semenanjung ni dah jarang dapat makan Udang Galah.. Sebabnya Udang galah jarang ditemui.. Kebanyakan udang yang dijual dekat Pasar Sabak Bernam dan Pasar Sungai Besar adalah udang laut... Kalau ada udang Galah pun, harganya bukan main mahal....
Tidak seperti semasa kami tinggal di Mukah dulu.. Hampir setiap minggu, kami membeli udang Galah di Pasar Mukah..
Walaupun terdapat Kolam memancing Udang Galah berhampiran dengan tempat tinggal kami... Tetapi disebabkan kekangan masa, tidak menginzinkan saya untuk bertandang ke kolam tersebut.. Daripada bayar duit untuk memancing udang yang belum tentu dapat, lebih baik saya gunakan duit tersebut untuk membelinya di pasar.. Jimat masa, udang pun dapat... ;)
Mujur pula pada 3 hari lepas, jiran sebelah rumah saya memberikan udang galah hasil tangkapan beliau kepada kami.. Inilah keseronokan tinggal berjiran.. Orang berbudi kita berbahasa, Orang, memberi kita merasa.. Betul tak?
Jiran saya ni memang kaki pancing.. Sekiranya ada kelapangan masa beliau akan pergi memangcing di Kolam memancing Udang Galah, Sabak Bernam.. Bila dapat hasil tangkapan yang banyak, dia mesti akan ingat dekat jiran sebelah rumah... Saya lah tu orangnya.. heheheh..
Saya doakan semoga jiran saya sentiasa dimurahkan rezeki... Lebih-lebih lagi, semasa dia pergi memancing udang galah...
Oklah.. Dah lapar ni... Selamat menjamu selera... ;)
8 Ulasan
whoaaa.... sedap tu layan udang galah besar2x nie...susah nak dapat nie
BalasPadamfuiyooo... gile ah sedap nampak.. best best...
BalasPadamwahm besar betul udang tu.
BalasPadamhohh..nyumm nyumm sedapnya.. masak tomyam pulak tu.. best gak dpt jiran kaki pancing..
BalasPadamamboi sedapnya .. :)
BalasPadamterliur tgk tomyam tue...
BalasPadamJangan lupa jiran yang menghulurkan udang galah tersebut. :-)
BalasPadamNampak sedap
BalasPadamterima kasih atas recipenya :)