Teknik Pemasaran Berkesan : Fokus Kepada Pelanggan Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit info tentang teknik pemasaran berkesan... 

Sebagai seorang blogger.. Saya percaya, anda tentu turut berharap supaya blog kesayangan anda mampu memberikan pendapatan sampingan kepada anda.. Selain daripada sekadar berkongsi informasi dengan para pembaca blog anda...

Namun begitu, masih ramai lagi blogger yang masih belum berjaya menjana pendapatan menerusi blog mereka... Dan sebahagiannya mula berputus asa daripada terus menulis blog... 

Sebenarnya semua orang berpotensi  untuk menjana pendapatan melalui blog, sekiranya anda berjaya Fokuskan iklan anda kepada pelawat anda, bukannya anda!



Apabila para pelawat membaca iklan anda, contohnya brochure, banner dan sebagainya…perkara pertama yang mereka fikirkan ialah: 
“Apakah produk / perkhidmatan ini boleh lakukan untuk saya?"

Jika iklan anda tidak dapat menjawab persoalan mereka, ianya akan berakhir dengan hanya satu klik sahaja…mereka berlalu tanpa berbuat apa – apa!

Ramai pengiklan yang membuat kesilapan ini. Mereka terlalu memfokuskan iklan kepada diri mereka sendiri atau syarikat mereka. Berapa lama pengalaman mereka dalam bidang perniagaan, siapakah pelanggan terbesar mereka, pengalaman dan kos jutaan ringgit yang mereka laburkan untuk mencipta produk yang canggih dan macam – macam lagi.

Sebenarnya, maklumat – maklumat ini penting namun ia hanya boleh disampaikan dengan kaedah yang lain seperti ruangan testimonial ataupun diruangan latar belakang. Bagi pelawat, ini perkara kedua yang mereka ingin tahu. Yang mereka ingin tahu ialah, bolehkah produk tersebut menyelesaikan masalah mereka. Ingat, sekali mereka mengabaikan iklan anda, agak susah untuk mereka datang kembali dan anda telah pun kehilangan jualan.

Apabila menyediakan iklan, anda seharusnya membayangkan bahawa anda sedang menulis surat kepada rakan baik anda. Setiap kali menulis iklan, saya selalu membayangkan bahawa rakan saya adalah hampir sama seperti prospek atau pelawat web saya. Anggap para pelawat seperti rakan baik kita yang sebenarnya. 

Jadi, saya akan fikirkan apa yang harus saya beritahu untuk meyakinkan beliau untuk mencuba produk saya? Bagaimana saya nak mensasarkan keperluan dan kepercayaan rakan saya untuk memastikan beliau mencuba produk saya?

Ketika menulis surat kepada rakan, kita selalu membahasakan diri kita “saya” dan “saudara”. Apabila ingin meyakinkan rakan kita, kita mungkin berkata “ Saya tahu saudara sudah mencuba pelbagai cara. Namun saudara harus tahu…”

Dan ini tidak bermakna anda menulis kepada orang kedua sahaja (sahabat anda), tetapi sebenarnya anda menulis kepada semua orang. Anda memanggil semua prospek anda “saudara” dan ini lebih peribadi. Namun, ada juga jenis penulisan iklan yang menggunakan panggilan orang ketiga seperti “dia” dan “mereka”…tetap juga memberikan hasil yang memberangsangkan. Contohnya:
“Kini Anda Berpeluang Menjadi Kaya Dengan Teknik Yang Saya Tunjukkan” – iklan yang menggunakan teknik ‘orang kedua’
“Kini Mereka Telah Menjadi Kaya Dengan Teknik Yang Saya Tunjukkan” – iklan yang menggunakan teknik ‘orang ketiga’

Jadi, perkara yang paling penting ialah fokus terhadap pelawat anda, nyatakan apa yang mampu produk anda buat untuk mereka.

Teknik ini telah saya praktikkan untuk mempromosikan tiga produk berikut:
Dan Alhamdulillah... Dengan memberi fokus kepada  pelanggan, telah membantu saya menghasilkan jualan... Anda boleh mencuba strategi ini, untuk meningkatkan pendapatan anda... Selamat mencuba.. ;)

Catat Ulasan

0 Ulasan