Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Syukur Alhamdulillah...
Semakin ramai rakyat Malaysia berusaha untuk membantu Rakyat Palestin di Gaza...
Ditempat saya bekerja juga tidak ketinggalan mengadakan kempen untuk mengutip dana bagi membantu rakyat palestin..
Kempen tersebut dikenali sebagai "One man One Dollar For Save Palestin".. Seakan-akan kempen yang sama dilaksanakan di negara jiran Indonesia..
Sasaran kempen ini ialah untuk mengutip dana melebihi RM4,000 untuk diserahkan kepada pertubuhan Aqsa Syarif..
Seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah berjumlah melebihi 4,000 orang.. Sekiranya setiap orang boleh memberi sumbangan minimum sebanyak RM1 atau lebih, bukannya susah untuk mengumpul dana melebihi RM4,000..
Rentetan berlangsungnya kempen ini di tempat kerja saya.. Dengan sukacitanya saya juga mengajak anda semua untuk turut memberikan sumbangan RM1 seorang kepada Tabung Kemanusian Gaza ...
Pengunjung Blog Coretan Anuar sekitar 1000++ orang sehari.. Sekiranya setiap orang boleh memberikan sumbangan sebanyak RM1 seorang... Dalam tempoh 1 hari sahaja, kita berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM1,000...
Jadi, apa tunggu lagi... jom kita beramai-ramai menyahut seruan ini sebagai tanda anda merupakan seorang yang prihatin terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh orang lain...
Anda boleh menghulurkan derma ke nombor akaun milik Aqsa Syarif atau milik Aman Palestin yang terdapat pada dua banner di bawah:
Sumber : Klik Di Sini
Sumber : Klik Di Sini
Apa yang dapat anda lakukan dengan menggunakan wang RM1.00 pada hari ini?
- Cas pengeluaran wang sekiranya kita menggunakan kad ATM pada mesin ATM bank yang berlainan
- Bayaran Parking kereta Di JUSCO, Green Town Mall, dan beberapa Shopping Complex ternama
- Beli Ais Krim potong
- Beli sebatang rokok
- Beli secawan/sebungkus air minuman di tepi jalan
- Bayaran masuk tandas untuk mandi
- Sepinggan nasi putih kosong
- Secucuk Nugget/Fishball/Sosej di pasar malam
- 3 ketul kuih muih
- dan lain-lain
Wang RM1.00 tersebut mungkin kecil nilainya bagi anda yang hidup dalam negara berdaulat seperti Malaysia.. Jadi, saya rasa seluruh rakyat Malaysia tentu tiada masalah untuk menghulurkan wang RM1.00 seorang untuk menjayakan kempen ini..
Sekiranya ada yang mempunyai masalah untuk mengeluarkan wang RM1.00, cuba anda renungkan kembali senarai perbelanjaan yang biasa anda gunakan dengan wang RM1.00.. Cuba lakukan pengorbanan sekali, supaya tidak membayar untuk mendapatkan perkara yang biasa anda lakukan..
Contohnya : seorang perokok, berkorban daripada membeli sebatang rokok semata-mata untuk menghulurkan RM1 bagi membantu rakyat Palestin..
Mudah bukan, untuk melakukan pengorbanan kecil seperti berikut.. Saya percaya seluruh rakyat Malaysia mampu melakukan sedikit pengorbanan untuk membantu orang lain yang berada di dalam kesusahan..
Cuba anda bayangkan, sekiranya semua rakyat Malaysia mampu melakukan pengorbanan kecil seperti berikut.. Pengorbanan tersebut akan memberikan satu impak yang besar kepada seluruh rakyat palestin..
Jumlah penduduk Malaysia pada ketika ini ialah seramai 28.3 juta (Merujuk statistik Jabatan Perangkaan Malaysia bagi Tahun 2010).. Sekiranya setiap rakyat Malaysia dapat menyumbangkan RM1 seorang, Kita mampu mengumpul RM28 juta dalam sekelip mata sahaja..
Pengorbanan-pengorbanan kecil yang anda lakukan mampu memberikan sebuah kehidupan kepada rakan-rakan kita di Palestin yang sangat memerlukan bantuan... Semoga setiap kebaikan dan amal Jariah yang anda lakukan, mendapat keredhaan di sisi Allah S.W.T...
P/s: Diharap sudilah klik like button yang terdapat pada entri ini sebagai tanda sokongan anda untuk turut sama menjayakan kempen ini bagi membantu rakyat Palestin..
4 Ulasan
Bagus juga kempen seorang RM1 ini, rasanya mereka tidak perlu fikir panjang kerana bukan banyak mana pun hanya RM1 sahaja.
BalasPadamIkhlaskan hati membantu.
insyaAllah sama kita menyumbang untuk tabung palestin dan sama kita doakan untuk mereka
BalasPadamKalau 10 juta rakyat Malaysia menderma kita akan dapat RM10 juta.Alangkah baik kalau setiap bulan kita menyumbang untuk mereka.
BalasPadamTangan yang memberi leih baik dari tangan yang menerima..
BalasPadam