Ketam Lembut di Kuala Gula, Taiping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sempena cuti-cuti Malaysia ke Kuala Gula, Taiping baru-baru ini, saya sempat melawat ke tempat perusahaan Ketam Lembut..


Best juga pergi tempat ini... Dapat tahu cara macamana Ketam Lembut dihasilkan... Selama ini, setakat mendengar cerita tentang ketam lembut... Hari baru dapat melihat sendiri macamana  Ketam Lembut dihasilkan.


Untuk makluman anda Ketam Lembut dihasilkan daripada Ketam Nipah.. Ketam nipah terkenal dengan kulit yang keras tetapi ia mudah dimakan selepas bersalin kulit cengkerang.

Biasanya orang tak berapa gemar makan Ketam disebabkan ianya agak sulit untuk dimakan kerana cengkerangnya yang keras harus diasingkan daripada isi terlebih dahulu. Tetapi Ketam lembut ini unik disebabkan ianya tidak mempunyai cengkerang keras tersebut, malah boleh dimakan keseluruhan isinya.


Menurut Kak Mia, yang sedang membuang penyepit ketam pada ketika itu.. Ketam nipah dan Ketam laut itu melalui proses bersalin cengkerang sebelum dikumpul untuk dipasarkan.


“Ramai tidak tahu bahawa ketam juga melalui proses bersalin kulit cengkerang. Ketam ini dikumpulkan untuk dipasarkan selepas proses itu selesai. Dan pada ketika itu Ketam ini akan dijual tanpa kulit Cengkerang" 

Bagaimana Ketam Lembut dihasilkan?

Penyepit dan Kaki Ketam Nipah ini akan ditanggalkan.. 

Penyepit Ketam Nipah ini diikat untuk memudahkan kerja-kerja menanggalkan penyepit daripada Badan Ketam

Playar Muncung Tirus digunakan untuk menanggalkan penyepit Ketam..

Nampak Mudah Kak Mia menanggalkan Penyepit Ketam.. 

Ketam-ketam ini masih lagi hidup walaupun sudah tidak mempunyai kaki dan Penyepit..

Penyepit Ketam yang telah ditanggalkan..



Selepas ketam ini ditanggalkan kaki dan penyepitnya.. Ketam-ketam tersebut akan dimasukkan ke dalam sangkar ternakan air payau masin.. Proses bersalin kulit biasanya berlaku dalam tempoh 3 jam..



Semasa kami berada di Kuala Gula, saya tidak berpeluang untuk membeli Ketam Lembut disebabkan telah kehabisan stok.. Terlalu banyak permintaan terhadap makanan laut ini, sehingga dekat restoran pun kami hanya dapat membuat tempahan sebanyak 5 ekor sahaja... 

Walaubagaimanapun semasa menggogle, saya terjumpa gambar-gambar yang menunjukkan bagaimana Ketam ini bersalin cengkerang, sehingga saiznya lebih besar sebanyak 30% daripada saiz asal...


Ketam dalam proses bersalin cengkerang

Bahagian belankang cengkerang mula terbuka..


Ketam mula meninggalkan cengkerang asal..


Saiz ketam lebih besar sebanyak 30% berbanding saiz asal ketam..

Ketam lembut ini dijual pada harga RM30 sekilogram dalam keadaan mentah.. Dan dijual pada harga RM6 hingga RM7 seekor dalam keadaan siap dimasak di restoran bersebelahan dengan tempat ternakan ini..


Jadi, sekiranya anda berkunjung ke Kuala Gula.. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Ketam Lembut ini... 

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. slm singgah .wah sy mmg teruja tgk ketam lembut ni masa kat majalah 3 rasanya.husbd sy org taiping tp sy x pnh dgrlah nama kuala gula,tq bg info ni ye.anak2 pun suka ketam,blh try ni ^^

    BalasPadam
  2. ketam..memang sedap masak apa cara sekalipun.

    BalasPadam
  3. Sedap deep fried with butter n salted egg yolk...
    http://dedemoxx.blogspot.com/2013/04/ketam-kulit-lembut.html?m=1

    BalasPadam
  4. As-Salam.
    Saya pun suka makan ketam lembut kat sini. Kat chalet tu pun ada jual tapi masak dia tak sesedap JS Muara ni.


    HASRULHASSAN.COM

    BalasPadam
  5. Kesian kat ketam apabila kaki dan sepit ditanggalkan hidup2 semata2 nak jadikannya ketam lembut

    BalasPadam
  6. Tengah cari ketam lembut.boleh bagi harga niaga dak

    BalasPadam