Semasa percutian Ke Pulau Pinang sempena cuti Krismas dan Tahun Baru 2013, baru-baru ni saya dan keluarga sempat meneruskan edisi Jalan-Jalan Cari Makanan seterusnya.. Tempat yang dituju pada kali ini ialah Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang..
Sebelum ni adik-beradik saya yang pernah makan dekat kedai ni, selalu cerita tentang kefamosan nasi Kandar Line Clear.. Bila dengar cerita daripada adik saya, yang mengatakan orang terpaksa beratur panjang untuk membeli makanan... Teringin juga nak tahu, Betul ker best sangat Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang ni?
Ada adik saya yang seorang lagi pula cerita.. mula-mula dia beratur panjang untuk beli makanan... Masa dia tengah beratur tu, dia tegok ada banyak kerusi kosong.. Dia pun berasa hariran, Kenapa orang tak duduk dekat kerus tu?... Sebaliknya orang sanggup beratur panjang untuk memesan makanan..
Disebabkan nak cepat dia pun duduk dekat kerusi tu, dan order makanan... Selepas selesai makan baru dia tahu, rupanya dia makan dekat kedai sebelai Nasi Kandar Line Clear... Bukan dekat kedai nasi kandar line Clear sebenar.... Hahaha.. Line tak clear lah tu namanya...
Apabila dengar cerita-cerita menarik macam ni tentang nasi Kandar Line Clear... isteri saya pun dah tak sabar nak merasa makan dekat kedai tersebut.... Setakat dengar cerita mana best.. Kenalah menikmati sendiri pengalaman tersebut... Lagipun masa tu dah ada dekat Pulau Pinang..
Tak besar pun Kedai Nasi Kandar Line Clear ni..
Sekali dah sampai, barulah tahu.. Tak besar pun Kedai Nasi Kandar Line Clear ni... Kalau tengok dari luar, besar lagi kedai makan sebelah... Tapi semua orang tetap setia beratur panjang untuk mendapatkan giliran membeli makanan...
Semua pelanggan bersabar menanti Giliran
Kebetulan pula pada ketika ini, saya terpaksa mendukung anak saya yang kedua.. Jadi tak sempat nak ambil gambar pun... Dah lah kena berdiri beratur, lepas tu kena dukung anak lagi.. Huh..
Tapi bila tengok kesabaran, semua orang menunggu.. Rasa termotivasi juga untuk berjuang sampai ke titisan terakhir.. Sampai dapat merasa makan dekat Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang..
Hasilnya.. Syukur ALhamdulillah.. Dapat juga makan dekat Nasi Kandar Line Clear, hasil pertolongan adik Ipar saya.. Yang Cover Line Clear, Baik punya Cilok...
Semasa saya tengah beratur tu, adik Ipar saya terus masuk ke dalam kedai, cari tempat kosong.. Ada tempat kosong di terus duduk dan pesan makanan... Lama juga nak dapat pesanan.. Tapi mereka terus bersabar, dan akhirnya ada juga pekerja yang sudi ambil tempahan..
Bila dah dapat tempahan, mereka panggail saya masuk.. Dan duduk untuk menunggu hidangan sampai..
Ayam Gorang Madu Masak Merah ni memang sedap...
Kari Kepala Ikan ni pun Sedap juga.. Two Tumbs Up..
Gambar-gambar lain tak sempat nak tangkap sebab HP kehabisan bateri.. Tak kisahlah itu semua.. Yang penting dapat makan sedap.. Dan dapat berpeluang makan dekat Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang, yang Famos ni..
Lain kali kalau ada kesempatan nak datang makan dekat sini lagi... ;)
6 Ulasan
lama x p line clear
BalasPadamfuhh, jadi lapar dibuatnya ni.
BalasPadamNanti try Nasik kandaq beratoq pulak.. sedap jugak.. :)
BalasPadamLine Clear Penang tk rasa lagi ... Tapi Line Clear di Bukit Rahman Putra, Sg Buloh dah rasa ... pergh memang sedap
BalasPadamwhoaa.... teruja sangat bila tengok ramai orang beratur nie... kari kepala ikan tu mahu dalam rm40-50 kan...
BalasPadampernah makan sekali kat kedai line clear nie.. lepas tu pergi makan pulak nasi kandar kat kedai beratur kat masjid keling.. memang terbaik...
BalasPadam