Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Esok (3 Januari 2013) merupakan satu berita yang dinanti-nantikan oleh para pelabur ASB.. kerana para pelabur boleh mula mengemaskini buku pelaburan mereka....
Tentu ramai yang tersenyum gembira apabila melihat pertambahan wang yang bakal dicetak di atas buku pelaburan mereka... Termasuk juga isteri saya, yang mempunyai sedikit simpanan dalam akaun pelaburan ASB.. ;)
Jumlah agihan pendapatan ASB yang bakal diperolehi pada tahun 2012 ialah sebanyak 8.90 sen seunit... Dengan 7.75 sen seunit untuk dividen dan 1.15 sen seunit untuk bonus.. Jumlah agihan pendapatan pada tahun ini menunjukkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 0.10 sen berbanding agihan pendapatan tahun lepas (2011)... (Rujuk Jadual Di bawah)
Dalam Jadual di atas menunjukkan dah lebih 10 tahun, agihan pendapatan melalui ASB tidak mampu mencapai 10% setahun... Bila agaknya ekonomi negara dapat kembali pulih, supaya para pelabur ASB dapat menikmati pulangan pelaburan yang lumayan seperti pada tahun 1990 dan 1994?
Mungkin Pengerusi PNB dan para penganalisis ekonomi negara mempunyai jawapannya..
Sumber (Klik Di sini)
PENGERUSI PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Hamad Kama Piah menunjukkan agihan pendapatan ASB bagi tahun 2012
Disebabkan pulangan pelaburan ASB yang kurang memberangsangkan, semakin ramai rakyat Malaysia telah beralih arah kepada pelaburan emas.. Mereka merasakan pelaburan ke atas emas jauh lebih menguntungkan berbanding pelaburan dalam ASB...
Graf Kenaikan Harga Emas dalam tempoh 20 tahun (1993-2012)
Sumber : (Klik Di Sini)
Dalam graf di atas menunjukkan harga emas semakin meningkat saban tahun.. Para pelabur emas tersenyum gembira apabila mendapat pulangan purata sebanyak 25% setahun berbanding para pelabur ASB yang hanya mendapat pulangan pelaburan tak sampai 10% setahun...
Jadi, untuk memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan.. Saya syorkan anda gunakan sebahagian pendapatan anda untuk membuat pelaburan ke atas emas dan sebahagian lagi untuk ASB.. Semoga dengan cara ini anda akan dapat menikmati pulangan pelaburan yang lebih lumayan pada tahun 2013.. Selamat Mencuba..
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan info percuma tentang pelaburan emas, saya syorkan anda klik di sini
Semoga info yang dikongsikan dapat memberi banyak manfaat kepada anda dalam menjana pulangan yang lumayan melalui pelaburan...
6 Ulasan
bukan senang nak jatuh ke 10% tu. diorang mesti kawal punya.
BalasPadamtu la pasal..teringinnya tengok dividen ASB cecah 10%.. :)
BalasPadamSaya lebih berminat ke arah pelaburan unit trust.
BalasPadamOk la, naik sikir dr thun sudah. Asalkan naik drpd turun..Huhu..
BalasPadamBaru plan nak update buku ASB...best ni...kalau dapat banyak...itu pun kalau simpan banyak.
BalasPadamtabung haji dan bank rakyat pun org kata ok dividennya
BalasPadam