Dapatkan Ebook Rahsia Madu Acacia Secara Percuma..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Madu lebah merupakan makanan yang terbaik untuk kesihatan... Kebanyakan masyarakat di Malaysia dan seluruh pelusuk dunia mengetahui akan kelebihan dan manfaat mengamalkan pemakanan madu. 

Namun begitu hanya segelintir atau sebahagian sahaja yang bertindak menjadikan madu sebagai makanan tambahan atau menjadikannya sebagai amalan pemakanan harian mereka.

Perkara ini terjadi disebabkan oleh masyarakat masih belum memahami atau mengetahui ilmu mengenai madu ini secara ilmiah, dan cuma berasaskan persepsi turun-temurun yang belum tentu oleh diguna pakai.


Kelebihan dan Khasiat madu lebah tidak perlu diragui.. Ini disebabkan ianya ada dinyatakan dalam Al-Quran, dalam Surah An Nahl: Ayat 68 dan 69 seperti berikut:

Dalam Surah An Nahl: Ayat 68“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia”

Dalam Surah An Nahl: Ayat 69“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dan perut lebah itu keluar minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang¬orang yang memikirkannya.” 




Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, jelas menunjukkan lebah dijadikan oleh Allah S.W.T untuk kebaikan manusia.. Lebah tinggal di tempat-tempat yang bersih, memakan makanan yang bersih, dan menghasilkan bahan makanan yang bersih dan menyihatkan untuk kegunaan manusia..

Berdasarkan info-info yang pernah saya perolehi melalui pembacaan, terdapat banyak kelebihan dan khasiat madu lebah...  Madu Lebah dikatakan dapat menyembuhkan penyakit-penyakit seperti berikut:
  • Asma
  • Haid tidak teratur
  • Resdung
  • Alahan
  • Jerawat
  • Rambut gugur
  • Barah
  • Letih & Lesu
  • Sakit kepala
  • Buasir
  • Lendir kahak
  • Sakit pinggang
  • Batuk kering
  • Lemah jantung
  • Sakit sendi
  • Batuk
  • Sakit mata
  • Sukar tidur
  • Darah tinggi
  • Pening
  • Gastrik

Pencegahan penyakit-penyakit seperti di atas dapat dilakukan dengan mengamalkan
pemakanan madu dengan kaedah yang betul.. Contohnya: 

  • Jika anda batuk atau lelah:  minum satu atau dua sudu madu + perahan limau nipis. Jangan dicampur dengan ais. 
  • Untuk memulihkan tenaga : campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu.. Kemudian Dikacau dengan sudu dan diminum.
  • Untuk Menguatkan minda: Makan madu berserta dengan kismis
  • Untuk Menguatkan tulang: makan madu berserta Susu Anlene
  • Untuk Menyembuhkan luka dan melecur: Sapukan madu pada bahagian luka
  • Untuk sesak nafas: Campurkan madu dengan lobak putih (diparut dan diperah)
  • Untuk membersihkan muka: Campurkan putih telur + limau nipis (diperah) + madu
  • Untuk melembapkan muka : Campurkan kobis dan madu
  • Untuk melangsingkan badan: Campurkan madu dan pati kunyit ( minum seminggu sekali)
  • Untuk menguatkan Tenaga batin: Amalkan pengambilan 1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.
  • Untuk merawat Penyakit mata : Titiskan sedikit madu pada mata.
  • Untuk Wanita mengandung: Disyorkan minum 1 sudu teh madu 2 kali sehari
  • Untuk memudahkan kanak-kanak tidur lena: Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak.
  • Untuk kesegaran sepanjang hari: Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang khasiat madu lebah, Cara menentukan Ketulenan Madu dan kelebihannya dalam merawat pelbagai jenis penyakit... saya syorkan anda memuat turun ebook percuma Rahsia Madu Acacia, dengan klik di sini

Anda boleh memuat turun secara percuma dengan meninggalkan nama dan email pada ruang kosong yang disediakan di laman web tersebut... Ebook Percuma tersebut akan dihantar melalui email yang anda daftarkan di laman web tersebut... 

Semoga info yang dikongsikan, dapat memberi banyak manfaat kepada diri anda dan ahli keluarga anda untuk menikmati kehidupan yang selesa.. ;)

Catat Ulasan

1 Ulasan