Tak sangka Beautiful Nara pun ada sekali..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Walaupun dah terlibat hampir 3 tahun dalam bidang penulisan blog, Sebenarnya saya ni bukannya kenal sangat dengan rakan-rakan blogger lain... Kalau jumpa dekat mana-mana pun confirm tak kenal mereka ni blogger.. 

Maklumlah sebelum ini, saya tak pernah menyertai mana-mana event yang dianjurkan untuk blogger.. Mungkin disebabkan lokasi tempat saya tinggal dan komitmen yang tinggi terhadap keluarga.. Hujung minggu sahaja balik kampung atau bawa anak-anak dan isteri pergi jalan-jalan... ;) 

Semasa menghadiri menghadiri mini seminar subsale Abang Ensem yang ke 13 baru-baru ini, saya berkesempatan untuk bertemu dengan beberapa orang rakan blogger... Pada mulanya saya tak kenal pun mereka ni blogger...

Tapi semasa Abang Ensem mengadakan sesi bergambar bersama blogger, barulah saya tahu ada beberapa orang blogger yang turut hadir dalam mini seminar tersebut... Paling best sekali Blogger terkenal iaitu BeautifulNara.com dan Eizil.com pun ada sekali...


Sumber : Klik Di Sini


Saya sempat bersembang dengan Eizil.com, kebetulan beliau duduk bergambar di sebelah saya semasa sesi bergambar tersebut... Tapi malangnya saya tak sempat nak bersembang dengan BeautufulNara, disebabkan saya tak kenal beliau.. 

Saya pernah tengok gambar BeautufulNara dalam Blog Denaihati, tapi saya tak perasan pun beliau ada dalam seminar tersebut.... Selepas selesai sesi bergambar, beliau terus balik dan tak join sekali Sesi "Memanggo Bersama Abang Ensem" (klik Di Sini)  . Jadi tak ada rezeki saya nak berkenalan dengan  BeautifulNara... 

Pengalaman sewaktu bertemu dengan penulis blog Eizil.com.. Masa tu saya tak kenal dia, dan dia pun tak kenal saya... Semasa sesi bergambar bersama blogger, beliau bertanya kepada saya.. 

Eizil : "awak ni blogger ker?"
Saya: "ya, saya seorang blogger"
Eizil: "Apa domain blog awak?" 
Saya: "Coretananuar.com"

Masa tu rasa berdebar nak sebut nama domain blog sendiri.. Maklumlah blog saya tak berapa terkenal... Saya tak sabar menanti reaksi daripada Eizil... 

Eizil: "Ooo.. Saya tahu blog awak"

Fuh... saya rasa lega bila Eizil cakap macam tu... Dalam hati, saya rasa syukur sangat2.. Sebab Ada juga orang kenal blog saya...

 

P/S: Semoga selepas ini saya berpeluang untuk bertemu dengan lebih ramai lagi rakan -rakan blogger seperti Bro Framestone, Tuan Denaihati, Nadot, Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Eyriqazz, Cik Tom, Oh Cikgu dan lain-lain... ;)

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Wah!Tahniah...sebut blog orang dah tahu maknanya anda sudah hebat dan terkenal.

    BalasPadam
  2. Bila tengok entri ni, terasa nak bersemuka dengan blogger-blogger lain. Teringat pula pertanyaan kawan saya dulu. "kau pernah jumpa blogger blogger-blogger lain ka?". In shaa Allah, suatu hari nanti kalau panjang umur nak jumpa juga blogwalking bersemuka kan. hehe

    BalasPadam
  3. Tapi saya kenal blog coretananuar.com cuma saya jarang nak mengomen sebab penulisnya sama jantina dengan saya..hehehe.

    BalasPadam
  4. Beberapa tahun lepas seminar :

    Eyriqazz : Apala yang makin sekali ngan fatin liyana tu kan?
    Coretan ANuar : Owwh, she is my wife now...

    Hik3..just kidding...

    BalasPadam
  5. Best betul boleh jumpa ramai blogger hebat.. Saye stakat abang ensem tu je la sampai naik bosan.. Hahaha

    At least anuar hebat jugak.. Saye lagi la, x de sape kenal... Tapi, in sha Allah ade rezki kite jumpe ye (^_^)

    BalasPadam
  6. 1st time jumpa...
    Tapi kalau sebut coretananuar at least saya kena gak... Pernah singgah sini...
    Salam perkenalan...

    BalasPadam