Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T... Kerana dengan izinnya, strategi SEO yang sedang saya usahakan pada ketika ini berhasil...
Melalui Strategi SEO yang sedang saya praktikkan, saban hari ada sahaja pengunjung blog Coretan Anuar yang menghubungi ayah mertua saya, bertanyakan tentang Pak Ya Homestay..
Betapa gembiranya ayah mertua saya menjawab panggilan-panggilan telefon tersebut.. Apabila ayah mertua saya gembira, tentu saya dan isteri juga turut gembira... ;)
Sebelum ini, saya pernah berkongsi beberapa info berkaitan dengan SEO.. Sekiranya anda ketinggalan membaca entri tersebut, saya syorkan anda supaya membacanya dengan klik di sini
Sumber : Klik Di Sini
Melalui sedikit penguasaan terhadap SEO telah memudahkan urusan saya dalam mempromosikan Pak Ya Homestay...
Syukur Alhamdulillah.. Tidak sia-sia usaha saya mempelajari ilmu SEO sebelum ini.. Walaupun saya akui, masih banyak perkara yang perlu saya pelajari tentang SEO.. ;)
Baiklah... Saya nak berkongsikan sedikit pangalaman yang telah saya timba sepanjang terlibat dalam mempromosikan Pak Ya Homestay..
Pada peringkat awal Pak Ya Homestay diwujudkan, saya mempromosikan Pak Ya Homestay di Mudah.my.. Iklan tersebut menjadi.. malalui Mudah.my saya telah berjaya mendapatkan beberapa orang penyewa...
Tetapi terdapat kekangan yang saya hadapi di Mudah.my.... Iaitu iklan saya hanya akan dipaparkan dalam tempoh 60 hari sahaja.. Selepas itu, iklan tersebut dipadamkan oleh pihak administrator Mudah.my.. Sekiranya kita berhasrat untuk terus menyiarkan iklan tersebut di Mudah.my kita perlu membayar kos pengiklanan pada kadar tertentu..
Untuk mengelakkan saya membayar kadar kos pengiklanan tersebut, saya terpaksa menulis iklan baru di Mudah.my setiap 60 hari sekali... Tapi apabila dah beberapa kali membuat perkara yang sama, saya mula rasa jemu.. Pada ketika itu saya mula memikirkan strategi lain, supaya tidak hanya bergantung harap pada laman web Mudah.my
Saya mencuba pula meletakkan beberapa iklan percuma di laman-laman web pengiklanan yang lain seperti Discount Hari2, Ibilik, Bazariaonline, olx.com.my, sembang Hari2, jom iklan, dan lain-lain ..
Dalam banyak-banyak iklan yang saya letakkan, pada laman-laman web yang saya senaraikan di atas.. hanya ada satu laman web sahaja yang berhasil iaitu menerusi laman web Ibilik
Walaupun berhasil, Tetapi masih terdapat masalah yang saya hadapai... Iaitu status Pak Home Stay di laman web Ibilik sentiasa "Fully booking".. Sedangkan kami tidak mendapat sebarang panggilan telefon daripada pelanggan sebenar kami..
Administrator laman web tersebut hanya menghantar sms kepada ayah mertua saya menyatakan kami ada menerima tempahan.. Dan dalam sms tersebut, meminta kami membuat semakan di laman web ibilik untuk mendapatkan no. telefon pelanggan tersebut..
Masalah yang berlaku ialah saya tidak ingat user dan password untuk membolehkan saya mengetahui nombor pemanggil tersebut..
Untuk makluman anda, Saya daftarkan user name dan password di Ibilik dengan menggunakan akaun email di tempat kerja lama saya.. Setelah saya berpindah ke tempat kerja baru, secara automatik akaun email tersebut sudah tidak aktif lagi... Jadi sampai ke sudah saya tidak dapat menghubungi pelanggan-pelanggan saya.. Akibatnya saya telah kehilangan pelanggan seterusnya yang melawat laman web tersebut, disebabkan mereka mendapati Pak Ya Homestay telah pun ditempah.. Sedangkan hakikatnya pada ketika itu Pak Ya Homestay masih "available" untuk ditempah... huhuhu..
Ayah mertua saya mengesyorkan supaya saya memadamkan sahaja iklan Pak Ya Homestay di Ibilik. Tapi saya tak dapat nak memadamkan iklan tersebut, disebabkan saya tak ingat "user name" dan "password" yang telah saya daftarkan..
Jadi, untuk mengatasi masalah tersebut... Saya mula memikirkan strategi untuk menguasai SEO bagi beberapa keyword tentang homestay di sekitar Seri Iskandar, Batu Gajah, Perak dan sebagainya...
Tujuannya adalah satu... Untuk menyaingi laman web Ibilik, Mudah.my dan laman-laman web atau blog-blog lain bagi beberapa keyword yang telah dikenal pasti..
Syukur Alhamdulillah... Hasilnya, blog Coretan Anuar berjaya berada di Page pertama untuk beberapa keyword seperti berikut:
Berada di Rank Pertama Google untuk Keyword : Senarai Homestay di Batu Gajah
Berada di Rank Ke Dua Google untuk Keyword : Homestay di Batu Gajah
Berada di Rank Ke 3 dan Ke 4 Google untuk Keyword : Senarai Homestay di Perak
Berada di Rank Pertama Google untuk Keyword : Homestay di Seri Iskandar
Berada di Rank Pertama Google untuk Keyword : Senarai Homestay di Seri Iskandar
Sekarang teknik SEO telah menjadi.. Hasilnya ayah mertua saya telah menerima banyak panggilan telefon bertanyakan tentang Pak Ya Homestay.. Dan pendapatan Pak Ya Homestay sepanjang bulan Disember ini agak lumayan berbanding sebelum ini.. Syukur Alhamdulillah..
Tetapi masih ada masalah lain yang berlaku, iaitu tidak semua pemanggil yang menghubungi ayah mertua saya terus bersetuju untuk menyewa Pak Ya Homestay.. Ini disebabkan dalam entri yang saya hasilkan, saya turut menyenaraikan Homestay lain yang terdapat di:
Ayah mertua saya tidak bersetuju dengan cara yang telah saya lakukan, iaitu menyenaraikan maklumat Homestay lain yang terdapat di Batu Gajah dan Seri Iskandar Perak..
Beliau berpendapat, cara ini akan memberi saingan yang hebat kepada Pak Ya Homestay.. Kerana ia memberi peluang kepada pengunjung blog Coretan Anuar untuk membuat pilihan.. Dan pilihan tersebut tidak semestinya memihak kepada Pak Ya Homestay.. Disebabkan itu ramai pemanggil yang seringkali tidak "confirm" untuk menyewa Pak Ya Homestay.. Sebaliknya telah menyewa Homestay lain yang terdapat dalam senarai tersebut..
Beliau meminta saya memadamkan semua maklumat berkaitan Homestay lain yang terdapat di blog Coretan Anuar...
Saya bersetuju dengan pendapat ayah mertua saya.. Tapi saya agak keberatan untuk memadamkan kesemua maklumat tersebut, disebabkan saya nak menjaga hati pengunjung blog saya yang mencari senarai Homestay di Sekitar Seri Iskandar dan Sekitar Batu Gajah ...
Jadi untuk memuaskan hati semua pihak, saya hanya memadamkan sebahagian besar maklumat tentang Homestay lain yang terdapat di blog Coretan Anuar.. Tapi entri tersebut masih kekal berada di blog Coretan Anuar bagi membolehkan mereka menghubungi pemilik homestay yang disenaraikan tanpa berpeluang melihat gambar sebenar Homestay tersebut..
P/s: Saya perlu akur dengan pandangan yang diberikan oleh Ayah Mertua saya.. Supaya boleh mendapat keberkatan hidup di dunia dan diakhirat.. Insya Allah.. ;)
10 Ulasan
tahniah... penguasaan SEO yg baik
BalasPadambetul jugak tu, kena sokong biz pak mertua.. ;)
Terima kasih... Sebenarnya masih byk lagi ilmu berkaitan dengan seo yg perlu saya pelajari...
Padamalhmdlh ... berjaya sggh teknik SEO anda. terima kasih berkongsi ^^
BalasPadamSama-sama...
Padamwow...info yang menarik ni....teknik yang dah terbukti berjaya...teknik SEO...tahniah...:)
BalasPadamMenarik pengalamannya. Teruja untuk digunakan dalam bisnes nanti.
BalasPadamuntuk promosi, memang cara bapak mertua ko tu benar. aku sendiri guna cara tu bila promosi produk. satu artikel, tak leh ada pengacau kalau nak buat sales. hoho..
BalasPadamlepas ni kena tanya bapak mertau la jawabnya. hehe
BalasPadamSaya setuju juga dengan bapak mertua tu sebab kalau begitu pelanggan akan ada banyak pilihan nak pilih mana satu, jadi persaingan makin tinggi. Apa pun, terbaik la bro. Tahniah ya.
BalasPadamNampaknya yang saya faham SEO ni kena selalu pratik
BalasPadam