Blog Sembang Hari2 tidak dapat membantu kamu...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada minggu lepas telah berlangsungnya peperiksaan akhir semester bagi pelajar Politeknik seluruh Malaysia..

Saya terlibat menjaga 3 masa peperiksaan.. Iaitu dua masa pada hari Ahad (18/11/2012) pada sebelah pagi dan petang.. Dan satu sesi lagi pada hari Rabu (21/11/2012) pada sebelah petang... 


Menjaga peperiksaan pelajar ni biasanya agak memboringkan.. Lebih-lebih lagi pada sebelah petang.. Rasa mengantuk pula dibuatnya.. Maklumlah kebanyakan tugas kita hanya memerhatikan pelajar menjawab soalan peperiksaan dalam keadaan yang senyap..

Situasi tersebut hampir sama seperti kita memerhatikan orang bermain catur.. Cuma bezanya, sewaktu memerhatikan orang bermain catur, kita boleh turut sama berfikir tentang pergerakan terbaik kedua belah pihak.. 

Tetapi apabila memerhatikan pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan, tiada apa yang dapat saya fikirkan, melainkan keselesaan mereka menjawab peperiksaan dan memastikan mereka tidak meniru semasa peperiksaan.. 

Argghhhh... Mata dah mula rasa mengantuk...

Maklumlah pada kali ini saya menjaga peperiksaan untuk pelajar Jabatan Perdagangan... Kebetulan pula calon-calon peperiksaan pada kali ini semuanya perempuan... Jadi agak kurang mencabar berbanding menjaga peperiksaan yang melibatkan pelajar lelaki.. 


Kedua-dua kelas perempuan daa...

Untuk mengelakkan perasaan mengantuk, saya mula mencapai sebatang pen dan sehelai kertas.. Mata saya memandang sekeliling untuk mencari bahan menulis entri blog saya... Otak saya mula ligat memikirkan idea yang boleh saya tulis di blog saya..

Yes!! Dapat...

Tiba-tiba saya teringat tentang perkara yang pernah berlaku pada peperiksaan akhir semester lepas.. 

Pada ketika itu salah satu blog saya hangat diperkatakan oleh rakan-rakan pensyarah.. Semuanya gara-gara seorang pelajar menjawab soalan peperiksaan akhir dengan menulis nama dan url blog saya iaitu blog sembang hari2.. ;)

Hahahaha.. Mereka ingat dengan menulis blog sembang hari2 dalam skrip jawapan peperiksaan mereka dapat mencairkan hati pensyarah yang memeriksan kertas soalan mereka?? 

Dan tentu rakan saya yang menyemak soalan pelajar tersebut pening kepala dengan jawapan pelajar... Masa bila pula blog sembang hari2 ada dalam silibus pembelajaran di Politeknik? Dan masa bila pula pensyarah ini menyuruh pelajar merujuk ke blog sembang hari2?..


Setahu saya, saya hanya pernah memuat naik beberapa nota, lembaran kerja amali dan ebook untuk membantu pelajar mencari rujukan tentang kursus yang saya ajar di kelas.. 

jadi saya rasa tiada kena mengena blog sembang hari2 dengan kursus yang mereka pelajari daripada rakan saya..

Sejak dari kejadia tersebut, blog sembang hari2 heboh diperkatakan dalam kalangan rakan-rakan pensyarah di jabatan saya..

mereka lebih mengenali blog sembang hari2 berbanding blog saya yang lain termasuk blog Coretan Anuar.. 

Sebenarnya saya agak kecewa dengan keadaan ini.. maklumlah blog Coretan Anuar lebih kerap di update berbanding blog sembang hari2, tetapi rakan-rakan saya lebih mengenali saya melalui blog sembang hari2..

Perkara ini juga turut berlarutan dalam pengiklanan nuffnang.. Saya mendaftarkan semua blog saya dalam satu akaun nuffnang sahaja.. Pihak nuffnang memberikan BE hanya kepada blog sembang hari2 sahaja, sedangkan trafik blog Coretan anuar jauh lebih banyak berbanding trafik blog sembang hari2..



Apabila ada BE, tapi trafik tak banyak.. sudah tentu saya tidak berpeluang untuk menjana pendapatan yang banyak melalui pengiklanan nuffnang.. huhuhu..

Secara jujurnya saya rasa jeles juga apabila melihat rakan-rakan blogger lain yang berjaya menjana pendapatan lumayan dengan nuffnang.. 

Saya pernah menghantar mesej beberapa kali kepada pihak nuffnang untuk memaklumkan perkara tersebut.. tetapi sehingga kini pihak nuffnang masih belum memberikan BE kepada blog Coretan Anuar sebaliknya terus memmberikan BE kepada blog Sembang Hari2..

Ada tak sesiapa yang boleh membantu saya menyelesaikan masalah ini?

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. petang mmg sesuai utk tidor hehe

    BalasPadam
  2. pelik juga mcm mana boleh jai mcm tu? ...bukan ke nuffnang bg ikut klik pada iklan mereka?

    BalasPadam