Tolong.. Bantulah rakyat Palestin di GAZA!!
Itulah yang mampu saya perkatakan pada ketika ini apabila melihat mayat demi mayat bergelimpangan di sana.. Semakin banyak tangisan ahli keluarga dan sanak saudara meratapi pemergian kaum kerabat mereka yang meninggal dunia..
Bayi ini pergi buat selamaya, walaupun belum sempat mengenali dunia.. Bagaimanakah perasaan ibu dan bapa bayi ini?
Apalah nasib dan masa depan kanak-kanak ini? Pada ketika ini mungkin ada rakan mereka yang telah terbunuh..
Bagaimana perasaan kanak-kanak ini apabila melihat kakanya pergi meninggalkan beliau?
Betapa pedih dan sedihnya perasaan ahli keluarga kanak-kanak ini..
Meratapi pemergian insan tersayang..
Anak-anak kami mati Syahid.. Mereka tidak bersalah.. Mereka menjadi mangsa kezaliman..
Lihatlah keadaan rumah kami..
Di sisi ibu yang sudah tidak bernyawa..
Seorang ayah yang meredhai pemergian anaknya..
Hanya pada mu Ya Allah, tempat kami berlindung dan tempat kami meminta pertolongan..
Apakah yang mampu kita lakukan untuk menolong mereka?
Adakah kita hanya berdiam diri sahaja, apabila ada saudara seislam kita berada di dalam kesusahan?
Bantulah mereka.. Doakanlah kesejahteraan dan keselamatan mereka di sana..
Hulurkan sumbangan anda melalui Aqsa Syarif Malaysia (Klik Di Sini)
Lancarkan Boikot terhadap syarikat-syarikat yang menyokong kekejaman tentera Israel..
Entri ini dihasilkan sebagai salah satu usaha berkempen untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.. Untuk maklumat lanjut, klik di sini
Gambar-gambar dalam entri ini dikreditkan kepada blog Fatin Liyana
4 Ulasan
yeahhh
BalasPadamsukarnya hidup anak2 Gaza ini
BalasPadamKasihan :'(
BalasPadamIsrael memang kejam >:(
@Salam Kenal
[ Unimportant Notebook ]
em..saya doakan mereka berjaya dapat balik semenanjung gaza tu.
BalasPadam