Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Petronas Solar PV Sistem telah dilancarkan secara rasminya pada bulan lepas.. iaitu pada 10 Oktober 2012 oleh YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air..
Petronas Solar PV Sistem di Pusat Membeli Belah KLCC
Dua hari sebelum majlis pelancaran tersebut diadakan.. Bro Framestone ada mewar-warkan berita ini menerusi facebook.. Pada ketika itu beliau sedang mencari beberapa orang blogger yang sudi meluangkan masa bersama beliau di KLCC untuk menghadiri majlis pelancaran Petronas Solar PV ini…
Pucuk dicita ulam mendatang.. dalam hati memang berminat untuk turut serta dalam program ini.. Tapi apakan daya masa tidak mengizinkan.. ;)
KLCC.. bangunan tertinggi di Malaysia..
“Petronas Solar PV Sistem akan dilancarkan pada 10 Oktober 2012..Kalau bro ada kelapangan masa saya menjemput Bro datang ke KLCC pada tarikh tersebut.. Majlis pelancaran akan dimulakan pada jam 3 petang..”
-Bro Framestone-
Itulah antara sebahagian info yang saya perolehi daripada Bro Framestone menerusi Facebook, perbualan telefon dan email…
Dengan bantuan beliau telah membolehkan saya menghasilkan satu entri tentang Petronas Solar PV Sistem ini..
Cerita selanjutnya tentang kisah perbualan saya dengan Bro Framestone menerusi facebook dan perbualan telefon akan saya kongsikan dalam entri yang lain nanti.. ;)
Ok.. Berbalik semula kepada tajuk entri ini.. iaitu tentang majlis pelancaran Petronas Solar PV Sistem..
Petronas Solar PV Sistem merupakan projek kerjasama di antara syarikat PETRONAS dan Mitsubishi Corporation.. Projek ini merupakan satu pilot projek untuk membangunkan teknologi hijau di rantau ini.
Salah satu pemandangan Panel sistem Solar PV yang dapat kita lihat
Panel sistem Solar PV ini dipasang di atas bumbung pusat membeli belah Suria KLCC.. Mempunyai keluasan 9,000 meter persegi dengan kapasiti kuasa 685 kilowatt peak, ia merupakan sistem solar panel yang terbesar di atas bumbung sebuah pusat beli-belah di Malaysia.
9,000 meter persegi.. Besar tu.. Anda tahu tak berapa harga bagi satu kaki persegi panel solar ini?
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang harga bagi satu kaki persegi panel solar ini, anda boleh mendapatkannya di jalan pasar.. Di sana banyak terjual panel solar ini, dalam pelbagai saiz..
Untuk makluman anda panel solar ini mempunyai harga yang berbeza-beza mengikut spesifikasi seperti keluasan panel, voltan yang berjaya dikeluarkan, arus yang boleh dihasilkan, negara pengeluar dan sebagainya.. Lagi tinggi spesifikasi yang ditetapkan, lagi mahal harga panel solar sistem ini..
Dalam petikan ucapan perasmian YB Dato’ Peter Chin Fah Kui.. Beliau mengucapkan tahniah kepada syarikat PETRONAS dan Mitsubishi Corporation kerana telah mengambil inisiatif untuk meneroka dan melaksanakan projek ini dengan jayanya..
"Tahniah diucapkan kepada PETRONAS dan rakan kongsi beliau Mitsubishi Corporation kerana mengambil inisiatif untuk meneroka dan melaksanakan projek ini”
- Dato’ Peter Chin Fah Kui
Dato’ Peter Chin Fah Kui sedang memerhatikan Panel Solar
Bagus.. Isyarat yang menunjukkan Dato’ Peter Chin Fah Kui berpuas hati dengan projek panel solar ini..
Sejarah Hubungan di antara syarikat PETRONAS dan Mitsubishi Corporation
Hubungan di antara Syarikat PETRONAS dengan Mitsubishi Corporation bermula pada tahun 1974 ketika bersama-sama menjayakan Projek LNG SATU Malaysia.. Kemudian kerjasama tersebut berterusan selama beberapa tahun sehingga berjaya membangunkan dua lagi projek LNG seperti E&P, Petrokimia dan yang terbaru adalah kerjasama dalam membangunkan tenaga kitar semula (solar sistem)..
Pada tahun 2010, Mitsubishi Corporation mula meneroka cara paling efektif untuk membantu PETRONAS dalam bidang pembangunan tenaga kitar semula dan penjagaan alam sekitar... Sehinggalah terwujudnya satu perjanjian di antara dua buah syarikat gergasi ini pada bulan Oktober 2010... untuk bersama-sama melaksanakan projek ini..
Melalui kerjasama ini, Mitsubishi Corporation bersetuju untuk menyediakan pembiayaan yang diperlukan untuk merekabentuk dan memasang sistem dengan bantuan kepakaran mereka dalam bidang teknologi kuasa solar dan infrastruktur.
Setelah lebih daripada tiga dekat berlalu, hubungan di antara PETRONAS dengan Mitsubishi Corporation semakin kukuh , produktif dan mempunyai satu pernacangan jang ka masa panjang... jauh kehadapan.... Sama-samalah kita mendoakan, semoga hubungan ini juga dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua buah negara ini.. iaitu Jepun dan Malaysia..
"Saya berharap bahawa pemasangan Sistem Solar PV pertama di Suria KLCC ini akan membuka satu laluan baru dan praktikal untuk penggunaan teknologi PV di Malaysia pada masa hadapan”
-Mr Kazuyuki Mori, Senior Vice President of Mitsubishi Corporation-
Selain itu.. Mr Kazuyuki juga berharap supaya hubungan sedia ada ini dapat diteruskan pada masa hadapan supaya dapat bersama-sama mengorak langkah untuk meneroka melebarkan sayap dalam bidang ini ke seluruh dunia..
Dengan kepakaran yang dimiliki oleh kedua-dua syarikat ini telah membolehkan mereka berjaya memasang 7,000 panel solar, 2,000 set struktur sokongan dan 600 tan metrik peralatan yang berkaitan dalam tempoh 9 bulan sahaja..
Pemasangan sistem solar bermula pada bulan April 2011.. Ia beroperasi sepenuhnya pada Februari tahun ini dan mampu menghasilkan lebih daripada 600 megawatt-jam tenaga solar setiap tahun, cukup untuk bekalan kuasa bagi 250 buah rumah atau dapat menyalakan 7,700 buah mentol LED pendarfluor untuk tempoh 12 jam setiap hari.
Seperti yang kita semua sedia maklum, negara kita berada di atas garisan katulistiwa.. Kita mengalami 12 jam masa siang dan 12 jam masa malam.. Penggunaan sistem tenaga solar sangat bersesuaian dengan keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia..
Dengan pemasangan sistem Petronas solar PV ini, dapat membekalkan kira-kira 30 peratus daripada keperluan kuasa di SURIA KLCC.
Cuba anda bayangkan berapa banyak lebihan tenaga elektrik dapat dijimatkan sekiranya Semua pusat membeli belah di Malaysia menggunakan pendekatan yang sama?
Tenaga bersih yang dijana daripada sistem ini mampu menyumbang kepada pengurangan gas rumah hijau sebanyak kira-kira 360,000 kilogram karbon dioksida (CO2) setahun dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di kompleks membeli belah seperti KLCC..
Maklumlah dekat KLCC tu kan macam-macam ada.. Ada tempat beriadah, tempat bermandi manda, tempat beribadat dan sebagainya.. Jadi dengan menggunakan teknologi ini secara tidak langsung dapat menjadikan kawasan KLCC sebagai satu kawasan yang selamat untuk didiami..
Di negara kita terdapat 6 teknologi solar yang berbeza di pasang di beberapa kawasan di Malaysia yang dapat membantu menyerap lebih banyak tenaga daripada matahari.
Berikut disenaraikan spesifikasi 6 teknologi yang berbeza yang digunakan oleh PETRONAS..
- Mono-crystalline silicon
- Poly-crystalline silicon
- Copper indium gallium selenide (CIGS) thin film
- Tandem thin film
- Copper indium selenium (CIS) thin film
- Hybrid heterojunction with intrinsic thin layer (HIT )...
PV Technology
|
Description
|
Crystalline
silicon (c-Si)
|
-
Well-established technology, Well understood engineering materials,
Stable; The best performance among PV technologies.
-
Two types are mono- and poly-crystalline silicon
-
Mono: higher efficiency and higher cost
-
Poly: lower efficiency due to grains and lower cost
Costs
of manufacturing are higher than alternatives, Not flexible, Heavy,
|
Thin Film
(HIT
& tandem)
|
-
Made of hybrid: amorphous silicon and crystalline silicon with varies
configuration to optimize the performance
-
Uses small amount of Si,Simple manufacturing process, Light, Flexible
-
Performs well in diffused and direct sunlight
|
CIS/CIGS
(Note: CIS is CIGS
without
Gallium)
|
-
Lower cost than crystalline silicon, Offer better
performance than c-Si in diffused sunlight environments, Lower weight and
smaller size compared to wafer silicon
-
Potential for more efficient manufacturing
processes and lower cost that c-Si, Potential for new applications in Buildingintegrated
photovoltaics (BIPV) and flexible substrates, cheaper manufacturing techniques
|
Panel solar sistem telah dipasang dalam corak yang mengikuti seni bina Islam dan menerapkan elemen-elemen reka bentuk tradisional seperti songket. Panel Solar system ini dapat dilihat dari Menara Berembar PETRONAS dan bangunan pencakar langit di sekitarnya.
Ketua Pegawai Operasi PETRONAS dan Naib Presiden Eksekutif Downstream, YBhg Datuk Wan Zulkiflee menyatakan bahawa :
“PETRONAS juga telah memulakan inisiatif yang sama untuk menggabungkan teknologi solar PV ke kawasan-kawasan lain dalam operasi mereka seperti memasang sistem solar PV di atas bumbung bangunan syarikat PETRONAS Dagangan Berhad.. dengan kapasiti kira-kira 200 kilowatt peak yang dijangka akan siap tidak lama lagi. Di samping itu, PETRONAS juga sedang membangunkan Solar Independent Power Supply berskala 10.02 megawatt peak di Gebeng, Kuantan.”
Projek PV membuka laluan baru bagi PETRONAS untuk terus meneroka teknologi hijau dan tenaga yang boleh diperbaharui ke arah pengurangan gas-gas rumah hijau sebagai sebahagian daripada usaha ke arah pembangunan mapan..
Semoga pemandangan indah yang dapat kita lihat di Sekitar menara KLCC ini terus terpelihara.. ;)
Menurut isi kandungan ucapan perasmian dato’ Sri Peter Chin Fah Kui:
“Industri PV solar juga telah dikenal pasti sebagai salah satu pintu masuk projek di bawah ETP EPP-10 (Membina kapasiti kuasa solar). Pihak Kerajaan menyasarkan adalah PV solar mampu mencapai 1.25 GW (GigaWatt) pada tahun 2020 nanti”
P/s : selepas ini mungkin terdapat lebih banyak panel solar akan menghiasi bumbung-bumbung pusat membeli belah terkemuka di seluruh Negara… Semoga projek Petronas Solar PV ini dapat diteruskan daripada masa ke semasa.
5 Ulasan
pehh..panjang gila ko tulis aa..
BalasPadamSuatu masa dahulu, teknologi solar ni dipertikaikan kerana kos untuk membina panel solar tersebut terlalu tinggi, mungkin masalah ni dah diatasi masa sekarang, semoga dengan usaha untuk menggunakan sumber tenaga alternatif ini akan dapat memberikan keselesaan setiap hari.
BalasPadamBila pula, kawasan perumahan dibina dengan panel solar sebegini?
BalasPadamKita cuba dengan Putrajaya dulu....
Kalau penggunaan solar dah mantap,bolehlah kita curang ke SOLAR.
BalasPadamTerbaik.. sistem solar di Menara Petronas.. :)
BalasPadam