Pelaburan Paling Menguntungkan Sepanjang Zaman?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak akhir-akhir ini saya begitu berminat untuk membaca info-info tentang pelaburan dan pengurusan kewangan... Sebabnya saya mula rasa seronok melihat kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh beberapa rakan blogger seperti Abang Ensem, Saufi karim, Ikram Adi, Khalid Hamid, Khairul Arifin, Khairulnahar dan ramai lagi..  

Semakin hari semakin ramai rakan-rakan blogger yang menceburkan diri dalam pelbagai bidang pelaburan tertentu.. dan syukur alhamdulillah, kesemuanya berjaya dalam bidang pelaburan yang telah mereka ceburi... Tahniah saya ucapkan kepada rakan-rakan semua!!


Dengan kejayaan demi kejayaan yang telah mereka kecapi secara tidak langsung telah memberi satu motivasi kepada saya dan rakan-rakan lain untuk turut sama mempelajari sedikit demi sedikit tentang  ilmu pelaburan tersebut.. ;)

Apabila dah ada beberapa info tentang pelaburan yang pernah saya baca, timbul persoalan di minda saya .. 

"Dalam banyak-banyak pelaburan yang ada, Pelaburan Manakah Yang Paling Menguntungkan?" 



Ataupun soalan yang lebih spesifik lagi.. Diantara jenis-jenis pelaburan yang disenaraikan di bawah, Yang Mana Satu Pelaburan paling menguntungkan?
Tentu agak sukar untuk kita mengatakan pelaburan yang mana paling menguntungkan, disebabkan setiap pelaburan tersebut masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.. Terutamanya dari segi risiko pelaburan dan peratus keuntungan yang bakal di perolehi oleh para pelabur.. 

Untuk mencari jawapan terhadap persoalan tersebut, mari kita menganalsis satu persatu, terhadap jenis-jenis pelaburan yang disenaraikan tersebut...

1.Pelaburan Emas
Pelaburan pertama, iaitu pelaburan emas.. Pelaburan emas pernah dikatakan sebagai pelaburan paling menguntungkan dengan kadar keuntungan 27-50% setahun (Sumber : Klik di sini).. 

Analisis tersebut menunjukkan kenaikan harga emas yang sangat memberangkangkan dalam tempoh 5 tahun iaitu pada tahun 2005 - 2010 yang mana harga emas telah meningkat daripada 416.27 USD/oz kepada USD 1353.30 USD/Oz.. Dengan peratus kenaikan sebanyak 225% dalam tempoh 5 tahun, atau secara puratanya pelabur emas boleh mendapat keuntungan sebanyak 45% setahun..

Sejak terpaparnya berita-berita tentang keuntungan dalam pelaburan emas, semakin banyak syarikat-syarikat pelaburan emas wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan.. Dan semakin ramai pula ejen-ejen emas yang mula mencari pendapatan dengan menjual emas.. 

2.Pelaburan Perak
Kemudian kita digembar-gemburkan pula dengan kenaikan harga perak (Silver) yang begitu mendadak dalam tempoh 10 tahun (2002-2012), Dengan kenaikan sebanyak 641.83%.. Secara puratanya kenaikan harga Perak adalah sebanyak 64.18% setahun (Sumber : Klik di sini)

Pada ketika ini pelaburan Perak kelihatan lebih menguntungkan berbanding pelaburan emas.. Tetapi seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, dalam pelaburan ada pasang surutnya.. Kadangkala nilai pelaburan kita naik, kadangkala nilai tersebut susut.. 

Perkara ini turut berlaku dalam pelaburan emas dan Perak.. yang nilainya sentiasa berubah dari masa ke semasa.. 

Terdapat beberapa risiko yang perlu dihadapi dalam pelaburan emas dan Perak, iaitu:
  • Ketika hendak menjual emas milik syarikat A kepada syarikat emas yang lain; dan
  • Ketika harga pasaran emas dunia jatuh 
Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang risiko yang perlu dihadapi dalam pelaburan emas dan Perak (Sila klik di sini

3. Pelaburan Hartanah
Seterusnya Pelaburan dalam bidang hartanah yang terbukti telah menjana ramai jutawan ternama seperti Donald Trump, Robert T. Kiyosaki, Raimond Kwok, Azizi Ali, Mustapha Kamal, Faizul Ridzuan dan ramai lagi.

Pelaburan Hartanah boleh menjana keuntungan yang lumayan melalui dua teknik iaitu:
  1. Beli rumah masa murah, jual masa mahal. 
  2. Beli rumah, dan sewakan rumah kepada penyewa lebih daripada bayaran bulanan anda kepada bank.
Ini merupakan kelebihan yang dimiliki oleh pelaburan hartanah berbanding pelaburan emas dan perak..

Dalam Teknik 1, iaitu Beli masa murah dan jual masa mahal  boleh menjana keuntungan yang sama seperti pelaburan emas dan perak..

Tetapi dalam teknik 2, iaitu Beli dan sewakan kepada penyewa lebih daripada bayaran bulanan kepada bank.. hanya pelaburan hartanah sahaja yang boleh mengaplikasikan teknik tersebut... Inilah kelebihan pelaburan hartanah berbanding pelaburan emas dan perak..

Seperti juga dalam pelaburan emas dan perak, dalam pelaburan hartanah turut mempunyai risikonya yang tersendiri.. Antara risiko yang perlu dihadapi dalam pelaburan hartanah ialah:
  • Apabila harga pasaran hartanah jatuh, dan
  • Apabila kita gagal mendapatkan penyewa baru, setelah penyewa sedia ada keluar meninggalkan  hartanah kita

Namun begitu, risiko dalam pelaburan hartanah boleh diminimumkan disebabkan pelaburan hartanah boleh memberikan kita 2 sumber pendapatan seperti yang telah kita bincangkan di atas.. Untuk mengetahui prospek keuntungan dalam pelaburan hartanah, sila klik di sini

4. Pelaburan Tukaran matawang Asing (Forex)
Dalam pelaburan Tukaran Matawang Asing (Forex) boleh memberikan keuntungan yang lumayan sekiranya kita tahu caranya.. Dan boleh mendatangkan kerugian dalam kuantiti yang besar, sekiranya kita tidak tahu caranya..

Pelaburan jenis ini merupakan jenis pelaburan yang sangat berisiko tinggi.. Sekiranya kita berminat untuk menceburkan diri dalam pelaburan ini, kita perlu berguru dengan mereka yang pakar.. ;)

5. Pelaburan Insurans/ Takaful..
Pelaburan ini penting supaya kita dapat melindungi diri, harta dan aset seandainya kita   dilanda musibah.. 

Sebaik-baiknya semua barangan berharga termasuk diri kita perlu dilindungi oleh sekurang-kurangnya satu polisi Insurans/Takaful untuk masa depan kita.. Maklumlah kita tidak dapat menjangkakan apa musibah yang bakal menimpa kita pada masa hadapan..  

Walaupun secara realitinya kita terpaksa membayar secara berkala pada setiap bulan untuk "perkhidmatan yang belum pasti kita menggunakannya", tetapi kita perlu beringat... langit tidak selalunya cerah.. 

Insurans/Takaful diumpamakan sebagai payung yang dapat melindungi kita daripada hujan.. Jadi jangan lupa sediakan payung sebelum hujan.. ;)

6. Pelaburan ke Atas Ilmu
Pelaburan ke atas ilmu merupakan pelaburan yang sangat menguntungkan.. Ini kerana melalui pelaburan ke atas ilmu boleh memberikan kita keuntungan berlipat kali ganda.. Dengan pelaburan ke atas ilmu:
  • Seorang kanak-kanak yang tidak pandai membaca, boleh pandai membaca..
  • Ibu dan ayah menghantar anak-anak mereka belajar sehingga ke menara gading untuk membolehkan mereka menjawat jawatan tertentu dalam bidang pekerjaan
  • Seorang yang pada awalnya tidak tahu apa-apa sehingga boleh menjadi pakar dalam sesuatu bidang..
  • dan lain-lain lagi kelebihan yang boleh diperolehi melalui Pelaburan ke Atas Ilmu..
Disebabkan itu pelaburan terbaik yang seharusnya kita ceburi pada hari ini adalah pelaburan ke atas ilmu samada mengikuti pengajian sepenuh masa, menghadiri kursus, bengkel, atau seminar, dan paling mudah sekali adalah dengan membeli dan membaca buku.. ;)

7. Pelaburan Saham
Pelaburan Saham juga merupakan antara pelaburan yang sangat berisiko tinggi.. 

Teringat saya kepada pesanan Rich Dad dalam buku tulisan Robert T. Kiyosaki.. Pelaburan yang paling berisiko lebih disukai olah beliau.. Kerana dengan menceburkan diri dalam pelaburan seumpama ini, membolehkan mereka menjana keuntungan yang lebih lumayan berbanding pelaburan yang berisiko rendah.. 

Dalam pelaburan Saham boleh memberikan keuntungan yang lumayan sekiranya kita tahu caranya.. Dan boleh mendatangkan kerugian dalam kuantiti yang besar, sekiranya kita tidak tahu caranya..

Kita tengok apa yang telah berlaku kepada saham Felda Global Ventures dan Saham Facebook.. Kedua-duanya melambung naik pada peringkat awal penyenaraian di Bursa Saham, kemudian beransur-ansur jatuh.. 

Jadi untuk menjadi seorang pelabur berjaya dalam pasaran saham, kita perlu mempunyai ilmu pelaburan secukupnya.. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelaburan saham, sila Klik di sini


Berdasarkan analisis, pemerhatian dan pertimbangan yang telah saya lakukan.. Saya memilih Pelaburan ke atas ilmu sebagai pelaburan yang paling menguntungkan sepanjang zaman.. Ini kerana pelaburan ke atas ilmu boleh memberikan kita keuntungan bermula daripada 100% sehingga ke nilai infiniti.. ;)

Menurut Irfan Khairi (Sumber : Klik Di Sini)

Tips untuk menjadi seorang yang pakar dalam sesuatu bidang berdasarkan "Zulu Principle"..
  • Apabila anda membaca sebuah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi orang yang paling hebat dalam kalangan rakan-rakan anda
  • Jika anda membaca 5 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi pakar dalam kalangan jiran-jiran anda
  • Jika anda membaca 25-30 buah buku dalam bidang anda, anda akan menjadi paling pakar dalam dalam satu daerah
  • Untuk menjadi seorang yang pakar dalam Malaysia, anda perlu membaca sekurang-kurangnya 200 buah buku dalam bidang anda..
Jadi semakin banyak membaca buku, menghadiri kursus, bengkel, seminar dan sebagainya akan membantu kita untuk menjadi "pakar" dalam sesuatu bidang..  Disebabkan itu pelaburan ke atas ilmu boleh dianggap sebagai satu pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding pelaburan-pelaburan lain yang telah saya senaraikan di atas..

Berikut saya senaraikan kembali Pelaburan paling menguntungkan mengikut ranking berdasarkan pendapat peribadi saya setelah mempertimbangkan risiko dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh para pelabur..
  1. Pelaburan Ke Atas Ilmu (Klik Di Sini)
  2. Pelaburan Insurans/Takaful (Klik Di Sini)
  3. Pelaburan Hartanah (Klik Di Sini)
  4. Pelaburan Saham (Klik Di Sini)
  5. Pelaburan Perak (Klik Di Sini)
  6. Pelaburan Emas (Klik Di Sini)
  7. Pelaburan Tukaran Matawang Asing (Klik Di Sini)
  8. Pelaburan Unit Amanah (Klik Di Sini)
Ini berdasarkan pendapat peribadi saya.. Dan ianya tidak semestinya benar, disebabkan setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing..  Bagaimana dengan pendapat anda pula?




Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Saya seringkali percaya, pelaburan yang dilakukan untuk menuntut ilmu sentiasa pelaburan yang paling menguntungkan, terutama apabila ilmu itu diamalkan.

    BalasPadam
  2. Aku dah cuba hampir semua pelaburan yang ada dalam list tu Nuar..

    Satu kesimpulan yang aku dapat (lepas untung dan rugi berulang2 kali), pelaburan terbaik ialah pelaburan yang kita faham sepak-terajangnya dan kita memang minat. Bukan minat sikit2, tapi sangat2 minat..

    Matlamat utama pelaburan cuma satu..UNTUNG. Nak untung pun bukan susah. Kurangkan kesilapan dan konsisten buat keuntungan. Itu aje.. Tapi ada satu musuh iaitu EMOSI. Ramai pelabur gagal sebab emosi tak terkawal dan buat keputusan yang silap berulang-kali.

    Jujurlah dgn diri sendiri, kita akan belajar daripada pengalaman. Smpi satu masa (selagi tak putus asa) kita akan jumpa gak pelaburan yang paling sesuai. Jangan ikut2 orang. Tapi jadi diri sendiri..

    BalasPadam
  3. betul. kena belajar dan minat. Jangan ikut-ikut orang sahaja.

    BalasPadam
  4. Ape pn pelaburan yg anda nyatakan smuanye adalah penting untuk menjadi sesorang itu berjaya.... tpi brhati2 lah kepada pelaburan ilmu itu kerana jika tidak digunakan dengan betul,risikonye amatlah tinggi brbanding pelaburan yg ada di dalam dunia ini,kerana manusia jika terlalu berilmu,maka dia akan menjadi terlalu bongkak,angkuh dan sterusnya akan menjadi terlalu bodoh... jadi gunakanlah dgn sebetul2nye ilmu yg ada untuk membantu insan yg lemah..

    BalasPadam
  5. insyaAllah.

    sekarang saya ingin cuba try cari ilmu berkenaan pelaburan hartanah pula. :)

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
    .
    Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    " Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "

    BalasPadam