Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013 dah keluar.. Ini mungkin satu berita baik kepada penjawat awam seperti saya..
Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013
Nota : Sekiranya anda perasan terdapat ralat bagi tarikh pembayaran gaji bulan Januari.. 23 Januari 2013 sepatutnya jatuh pada hari Rabu, bukan pada hari Khamis ;)
Dengan adanya jadual pembayaran gaji ini, secara tidak langsung dapat membantu golongan penjawat awam untuk merancang aktiviti dan perbelanjaan bagi tahun 2013..
Terutamanya waktu musim cuti sekolah dan musim perayaan.. Inilah masa paling kritikal untuk golongan yang telah berkeluarga untuk merancang perbelanjaan..Sekiranya tersilap membuat perancangan, terpaksalah mengorek tabungan yang ada untuk 'survive' sementara menanti pembayaran gaji seterusnya..
Kepada rakan-rakan penjawat awam yang suka window shopping seperti saya, pastikan budget anda mencukupi sebelum berbelanja.. Jangan 'terover' bershopping, sehingga merana pada hujung bulan.. huhuhu..
Saya akui, setiap kali berkunjung ke mana-mana shopping Complex, pasti kita akan rambang mata melihat tag-tag harga diskaun yang tergantung di sana-sini... Lebih-labih lagi semasa gaji penjawat awam telah masuk.. Masa tu lah ada bermacam-macam 'sale' untuk pakaian wanita, kasut, perfume, alat solek, perabot, dan sebagainya...
Peniaga dekat shopping Complex ini pun sebenarnya mengikuti perkembangan semasa juga.. Mereka tahu bila masa penjawat awam dapat gaji.. Masa tu lah mereka buat sales 'kaw-kaw' punya.. "Pancing ikan" dengan umpan terbaik, untuk mendapatkan keuntungan lumayan.. ;)
Strategi orang berniaga memang macam tu.. Itu hak mereka.. Kita pula sebagai pembeli perlulah bijak mengawal perbelanjaan kita.. Kena kuatkan iman, supaya dapat mengawal nafsu berbelanja..
Saya teringat lagi salah satu tips sebelum pergi bershopping yang pernah saya baca.. (Tetapi saya tidak ingat judul buku tersebut).. Tips yang diberikan adalah kita perlu pergi membeli belah semasa kenyang..
Jadi, sebelum kita membawa anak-anak dan isteri pergi bershopping, sebaik-baiknya kita makan dahulu di rumah.. Bila dah kenyang baru pergi bershopping.. Masa tu kita dapat berjimat.. Sebab tak perlu keluar duit untuk makan dekat luar.. dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan keinginan kita untuk berbelanja.. ;)
Selain itu, terdapat beberapa tips lain lagi yang dapat saya kongsikan, merujuk kepada beberapa buah buku tentang pengurusan kewangan yang pernah saya baca..
Tips semasa pergi berbelanja
- Rancang perbelanjaan dan Buat Senarai barangan
- Elakkan daripada membuat pembelian secara spontan
- Berbelanjan mengikut kemampuan dan jangan terpengaruh dengan corak perbelanjaan rakan atau jiran tetangga anda
- Guna kad kredit secara bijak dan elakkan daripada berhutang
- Beli barang mengikut kesesuaian (sebaik-baiknya beli pakaian kanak-kanak bersaiz
besar sedikit kerana faktor tumbesaran mereka yang cepat meningkat). - Tidak mudah terpengaruh dengan iklan
- Cuba menawar harga barangan semaksimumnya, melainkan jika harga barangan tersebut tetap.
- Pastikan anda membeli barangan yang berkualiti setimpal dengan harga yang ditawarkan.
Tips menjimatkan Perbelanjaan Harian
- Kurangkan makan luar dengan keluarga, sebaliknya makan di rumah!
- Bawa bekal dari rumah ke pejabat
- Baca akhbar melalui Internet supaya dapat menjimatkan kos
- Menonton cerita terbaru di DVD dan Youtube, berbanding menonton wayang
- Bayar bil secara online, supaya dapat menjimatkan masa dan minyak kereta
- Berkongsi kereta dengan rakan ke pejabat secara bergilir-gilir untuk menjimatkan petrol
- Dapatkan maklumat secara online menerusi laman web, blog, Youtube dan sebagainya supaya tidak perlu membeli majalah
- Kurangkan masa mengunjungi complex membeli belah, sebaliknya banyakkan aktiviti beriadah bersama keluarga di taman atau bawa anak-anak mengunjungi perpustakaan
- Membeli kereta terpakai yang masih baik, berbanding membeli kereta baru
- Tukar lampu di rumah anda menggunakan lampu kos kuasa rendah, supaya dapat menjimatkan bil elektrik
Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk menambah wang saku, sila klik di sini
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Semoga info yang dikongsikan tentang Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013 dan sedikit tips pengurusan kewangan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
11 Ulasan
siap ada jadual lgai..hihihi senang....
BalasPadamfaderal kan ni?
BalasPadamYa.. Gaji untuk kakitangan kerajaan pusat (federal)..
Padamalaaaa...januari 23 ke...lamenyeee... disember 18 hb.... nak tunggu tu...sekseee... hehehehe... Alhamdulillah la ade setgh bulan bonus masuk disember... :(
BalasPadamhaah..Lamakan nak tunggu gaji tahun depan.. Nasib baiklah dapat Bonus hujung tahun ni.. Syukur Alhamdulillah.. ;)
Padamkepada penjawat awam..kena pandai beebelanja...gaji bulan 12/2012 adalah tengah bulan dan gaji pada bulan 1/2013 pada penghujung bulan.
BalasPadambonus cm ne pulak..
BalasPadamBonus saya difahamkan kita akan dapat 2 kali.. Pertama akan dibayar pada bulan Disember.. Dan bonus kedua akan di bayar pada bulan januari 2013.. Setakat ini saya masih belum mendapat sebarang maklumat tentang tarikh pembayaran bonus.. Biasanya bonus akan dibayar sama dengan tarikh gaji, atau lebih awal dari tarikh kita dapat gaji..
Padamsebelum raya 8oct13 dah gaji. 2x gaji dlm masa 2minggu.
BalasPadam2x gaji dalam tempoh 2 minggu.. Itu yang bahaya tu.. Silap perancangan boleh "terbabas" hehehe..
PadamAmbe tumpang tengok jer...hihi..
BalasPadamapapun, kena bijak kawal kewangan...kalau tak...haru jugak jadinya