AL Quran Digital Model Terbaru Di Pasaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Sempena hari Jumaat ini, saya mengambil peluang untuk "menggoogle" sekejap bagi mencari maklumat berkaitan dengan agama.. Tujuannya untuk menambah sedikit ilmu di dada.. Maklumlah saya ni manusia biasa.. Banyak perkara tentang agama ni yang perlu saya pelajari dari masa ke semasa.. 

Dengan kecanggihan teknologi pada hari ini, memberi peluang kepada saya untuk mempelajari ilmu agama walau di mana sahaja kita berada.. Sekiranya berkesempatan dapatlah saya pergi mendengar ceramah di Surau.. Sekiranya tidak berkesempatan, boleh luangkan sedikit masa untuk membaca buku atau melayari internet.. Sekarang ni dah ada banyak blog-blog agama yang diwujudkan oleh ustaz-ustaz dan penceramah-penceramah terkenal.. Ianya sangat membantu dan memudahkan kita untuk mencari maklumat tentang agama yang kita perlukan...


Semasa sedang sibuk melayari internet, secara tidak sengaja terjumpa pula Al-Quran Digital Model terbaru di Pasaran..  Al-Quran ini dikenali sebagai i-Furqan.. 

Apabila tengok gambar i-Furqan ni, tertarik juga untuk memilikinya.. Terasa seperti nak beli sebuah, disebabkan ianya kelihatan cantik dan kemas.. 

Sumber : Klik Di Sini

Tetapi apabila memikirkan saya sudah pun memiliki sebuah Al Quran Digital, yang telah saya beli sebelum ini.. Terpaksa saya membatalkan hasrat untuk membelinya.. 

"Kalau dah beli banyak-banyak nanti siapa pula yang nak membacanya", Bisik hati kecil saya

Kalau setakat saya dan isteri yang membacanya, rasanya sudah memadai dengan hanya memiliki sebuah Al Quran Digital.. Mungkin apabila anak-anak saya dah mula dewasa nanti, barulah saya membeli Al Quran Digital kedua, ketiga dan seterusnya.. 


Berdasarkan pengalaman saya menggunakan Al Quran Digital sebelum ini, ianya memang sangat membantu saya untuk membaca dan menghayati isi kandungan Al Quran..

Dalam masa yang sama ianya turut dapat menarik minat orang lain untuk membaca Al Quran.. Termasuk juga dua orang anak lelaki saya yang baru berumur 3 tahun dan 5 tahun.. Boleh dikatakan hampir setiap hari mereka menyuruh saya membuka Al Quran Digital tersebut, kerana mereka nak belajar Muqaddam.. 

Sebenarnya saya tahu, mereka tertarik dengan sebutan Muqaddam yang keluar dari Pen Digital tersebut.. Tapi tidak mengapalah.. Sekurang-kurangnya mereka turut sama menyebut bunyi-bunyi tersebut.. Dan secara tidak langsung dapat menarik dan memotivasikan mereka untuk turut sama mempelajari Al Quran pada peringkat awal.. 

Inilah kecanggihan teknologi pada hari ini.. Inovasi terhadap Al Quran ini telah memudahkan ramai umat Islam dan dapat menarik minat generasi muda untuk membaca al-Quran.. 

Berikut saya kongsikan gambar-gambar Al-Quran Digital yang telah saya miliki sebelum ini.. 

Kotak Al-Quran Digital Read Pen

Isi Kandungan Al-Quran Digital Read Pen

Selain Al-Quran dan Pen Digital terdapat juga buku-buku lain yang yang turut disertakan bersama.. 

1 Al-Quran + 4 Buku + Pen Digital + Aksesori Tambahan

Bacaan dan terjemahan mengikut ayat demi ayat atau mengikut surah

Boleh memilih bacaan Qari-Qari masyhur yang kita kehendaki.. 

Buku ini sangat sesuai untuk anak-anak saya..

Mengandungi Doa-doa harian

Mengandungi Muqaddam untuk anak-anak yang baru nak belajar mengaji

Mengandungi panduan solat untuk anak-anak

Mengandungi cara bacaan dan hukum-hukum tajwid dalam Al-Quran
Sangan sesuai untuk mempelajari tajwid

Buku Doa

Buku Sahih Muslim


Talking Dictionary


Produk ini sangat membantu saya untuk membaca, menghayati dan memahami isi kandungan Al-Quran.. Dalam masa yang sama dapat saya gunakan untuk menarik minat anak-anak saya mempelajari Muqaddam dan doa-doa harian..

Sebelum saya membeli Quran Digital Read Pen, saya ada membeli DVD Interaktif untuk tujuan yang sama.. Iaitu membaca, menghayati dan memahami isi kandungan Al-Quran..


 DVD ini juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ianya mengandungi pelbagai info yang bermanfaat seperti:
  • Bacaan Al-Quran 30 Juzuk oleh Qari terkenal, Sheikh Saad Said Al-Ghamidi
  • Asas Tajwid
  • Himpunan Pelbagai Doa
  • Panduan Solat dan Panduan Wuduk
  • Panduan Haji dan Umrah




Harga untuk DVD ini sekitar RM50 sahaja.. Ianya sangat berbaloi untuk dimiliki.. Tetapi untuk menggunakan DVD ini, saya terpaksa menghidupkan komputer terlebih dahulu.. Perkara tersebut telah menjadi satu kekangan kepada saya kerana terpaksa berebut komputer dengan anak-anak saya.. ;)

Tetapi setelah memiliki Al Quran Digital, saya rasa lebih mudah menggunakannya berbanding menggunakan DVD yang agak memakan masa untuk menghidupkan dan mematikan komputer..

Lagipun dengan menggunakan DVD, saya rasa tidak puas dengan hanya menghadap komputer..  tanpa menyentuh sendiri Al-Quran sewaktu membacanya.. 

Kepada anda yang belum pernah memiliki Al Quran Digital, mungkin anda perlu mencubanya.. Apabila dah pernah mencuba sekali baru tahu keberkesanannya..


Sumber : Klik Di Sini


Sebahagian daripada isi kandungan Khutbah Terakhir nabi Muhammad S.A.W, Sebelum Baginda pergi meninggalkan kita:
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."
Pada hari ini Rasulullah telah pergi meninggalkan kita... Sebelum baginda wafat, baginda telah meninggalkan kepada kita (umatNYA) dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah.. Semoga kita dapat mamanfaatkan sepenuhnya peninggalan Rasulullah ini sebagai rujukan kepada diri kita dan juga kepada anak cucu kita nanti.. Insya Allah..

Ramai orang pada hari ini mampu berhabis duit untuk membeli gadget yang mahal-mahal untuk dihadiahkan kepada insan yang tersayang sempena meraikan hari-hari istimewa seperti hari lahir, hari ulang tahun perkahwinan, dan sebagainya.. 

Jadi apa salahnya pada hari istimewa "si dia" pada kali ini anda hadiahkan Al Quran Digital.. Pasti "si dia" akan gembira menerima pemberian tersebut.. Dalam masa yang sama, Insya Allah anda akan mendapat "saham akhirat" kerana mendorong "si dia" untuk melakukan kebaikan.. ;)


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. AL Quran Digital antara pakej yg lengkap terutamanya utk anak belajar.

    BalasPadam
  2. Hai Anuar,

    Bagus sangat terutama bagi anak yang baru belajar mengaji.

    BalasPadam
  3. Memang bagus untuk dewasa mahupun kanak2, saya juga mempunyai 1 unit tetapi versi pertama dulu2

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah,

    suburkan Islam dalam diri, semoga nanti akan dapat memberi kepada orang lain juga.
    Tahniah untuk anda.

    BalasPadam
  5. salam, nk tanya yg al-quran dalam box tuh nk dptkan kt mana yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum..

      Tumpang jawap soalan yer ADmin..

      Anda boleh klik ke link ini

      goo.gl/rs9gV

      atau hubungi 0126130729

      terima kasih

      harap maaf.. ;)

      Padam