Selamat Hari Lahir Buat Atuk, Haikal dan Khalisha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Entri ini ditujukan khas buat Atuk (Ayah mertua ku), Haikal dan Khalisha (Sepupu Haikal)... yang baru menyambut hari ulang tahun kelahiran mereka secara bersama..



Haikal dan Atuk tidak pernah miss menyambut ulang tahun hari kelahiran secara bersama, Sejak Haikal dilahirkan.. Ini disebabkan tarikh kelahiran Haikal sama dengan tarikh lahir Atuk iaitu pada 5 Oktober.... Haikal yang merupakan cucu sulung Atuk kini telah berumur 5 tahun.. manakala Atuk menanti dalam beberapa tahun lagi untuk berpencen... Selamt Hari Lahir Haikal dan Atuk..

Khalisha pula lahir pada 29 September merupakan cucu perempuan sulung Atuk.. Khalisha kini berumur 3 tahun.. Selamat hari Lahir Khalisha..

Haikal, Khalisha dan atuk memotong kek hari lahir mereka..

Cepat betul masa berlalu... Tak lama lagi Haikal dah nak masuk Pra Sekolah, Atuk nak berpencen, dan Khalisha baru sahaja menjadi kakak..

Dan sambutan hari lahir seumpama ini bagi 3 trio ini, Insya Allah akan berterusan untuk tahun-tahun berikutnya.. Senang cerita.. Sambut sekali jer.. Dapat save budget..

Nak kata save sangat tu tak adalah.. Sebab Selain dekat rumah atuk, Haikal juga minta saya membelikan dua lagi kek untuk membuat sambutan hari lahir beliau dekat rumah pengasuh dan dekat sekolah Tabika.. Saya turuti permintaan Haikal yang ingin meraikan hari lahir  bersama kawan-kawan.. Seronoknya Haikal dapat sambut haari laahir sampai 3 kali.. ;)

Semoga anak ayah Haikal panjang umur dan dimurahkan rezeki.. jadi anak yang soleh.. 

Mungkin disebabkan hari lahir mereka sama.. Haikal dan Atuk mempunyai beberapa persamaan.. Antaranya tegas, teliti dalam memilih barang, pembersih, dan suka mengumpul koleksi jam.. Atuk suka kumpul koleksi jam automatik.. Haikal pula suka kumpul koleksi jam kartun.. Ada ben 10, Ultraman, Angry Bird, Transformers dan lain-lain.. 



Setiap kali ternampak sahaja jam dekat pasaraya atau shopping Complex, ada sahaja yang berkenan di hati Haikal.. Saya tukang bayar sahajalah, dan tumpang gembira apabila melihat senyuman terukir di wajah Haikal setelah berjaya mendapatkan jam yang beliau mahukan.. 


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. sanah helwah atok,haikal dan sepupu haikal

    BalasPadam
  2. Selamat hari lahir untuk mertua bro, anak n anak saudara, semoga panjang umur. meriah sambut ramai2.

    BalasPadam
  3. seronok sambut ramai2.. geram tgk kek sebanarnye...nampak sedap!.. hehe

    BalasPadam