Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Baru-baru ini saya mendapat satu berita tentang seorang rakan blogger yang mengambil keputusan berhenti daripada bekerja makan gaji disebabkan Pelaburan hartanah Tanpa Modal..
Disebabkan terlalu minat dengan bidang yang beliau sedang usahakan sekarang ni.. Akhirnya beliau telah menghantar surat perletakan jawatan kepada majikan beliau.. Walaupun bidang kerjaya beliau sebelum ini boleh tahan juga hebatnya.. iaitu sebagai Jurutera syarikat gergasi minyak negara dalam pengkhususan Petroleum..
Blogger yang saya maksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah saudara Saufi Karim, penulis ebook Pelaburan hartanah Tanpa Modal..
Inilah realiti kehidupan penulis blog sekarang ni.. Saban hari ada sahaja dalam kalangan mereka yang meninggalkan bidang pekerjaan utama mereka untuk memberi sepenuh tumpuan dalam bidang penulisan blog dan dalam bidang yang mereka minati..
Kebanyakan daripada mereka pada awalnya menulis blog sekadar untuk suka-suka sahaja.. Untuk berkongsi info dengan pembaca blog mereka..
Tetapi apabila blog mereka mula di kenali, sedikit demi sedikit mereka berjaya meraih pendapatan melalui blog.. Kata orang Mula-mula sedikit.. Lama-lama jadi bukit..
Inilah yang berlaku kepada beberapa orang blogger terknal seperti Bro Framestone, Ben Ashaari, Abang Ensem, dan yang terbaru sekali adalah saudari Saufi Karim..
Mereka telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja apabila mendapati pendapatan yang mereka perolehi melalui kerja sampingan melebihi daripada pendapatan bekerja makan gaji..
Murah betul rezeki mereka..
Tetapi untuk mencapai kejayaan seperti yang telah mereka kecapi, tentu tidak semudah yang kita sangkakan.. Tentu banyak usaha yang telah mereka lakukan..
Sebenarnya saya juga mempunyai cita-cita berhenti makan gaji pada suatu hari nanti untuk mengejar salah satu impian dalam hidup saya.. Tetapi untuk memenuhi impian tersebut banyak perkara yang perlu saya usahakan terlebih dahulu..
Dan usaha tersebut mungkin memakan masa diantara 5-10 tahun dari sekarang untuk melihat hasilnya..
Walaupun tempoh tersebut agak lama, tetapi ianya satu tempoh yang sangat realistik untuk golongan yang terikat dengan pihak kerajaan seperti saya.. (Pemegang biasiswa kerajaan semasa belajar di Universiti)..
Jadi dalam tempoh 5-10 tahun ini banyak perkara yang perlu saya pelajari/kuasi untuk mencapai beberapa sasaran yang telah saya tetapkan iaitu:
- Mahir menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk membuat banner dan cover ebook.
- Mempunyai beberapa buah Kamera DSLR (Boleh digunakan untuk mencari rezeki part time)
- Mahir dalam SEO
- Mempunyai blog berstatus PR4
- Mempunyai Page Rank blog di bawah 100k (dunia)
- Mahir dalam kursus embeded yang sedang saya ajar sekarang ini (Supaya boleh membantu saya menjadi salah seorang usahawan projek elektronik seperti di Jalan Pasar, KL)
- Mahir dalam kursus keusahawanan dalam pendidikan yang bakal saya ajar pada semester hadapan ( Diharapkan saya berjaya melahirkan beberapa orang usahawan dalam tempoh 5 tahun mengajar kursus tersebut)
- Mempunyai kelayakan sebagai Profesional Arbiter dalam permainan catur
- Mempunyai sekurang-kurangnya 100 unit set catur dan 100 unit jam catur (boleh membantu saya memperolehi side income)
- Mempunyai sekurang-kurangnya 5 buah rumah sub-sale yang dibeli melalui ilmu Pelaburan hartanah Tanpa Modal ( membantu saya memperolehi pendapatan pasif setiap bulan sehingga berpencen)..
Rasanya itu sahaja yang perlu saya capai dalam tempoh 5-10 tahun dari sekarang, untuk membolehkan saya mengikuti jejak rakan-rakan blogger mereka.. menjadi seorang penulis blog sepenuh masa..
Diharap pembaca blog ini dapat mendoakan kejayaan saya.. Amin.. ;)
13 Ulasan
bilalah ... boleh capai mcm mrk. penat dh mkn gaji nie..heheh
BalasPadamBetul tu.. Penat kerja makan gaji ni.. Saya yang menurut perintah..
PadamSemoga berjaya apa yang tuan impikan. Saya juga mahu ke arah itu. :)
BalasPadamGood luck saya ucapkan kepafa awak juga...
PadamBagus bro ada sasaran macam ni. Semoga berjaya mencapai apa yang bro impikan ni.
BalasPadamsemoga bro menjaya capai matlamat yg tak kurang hebatnya ni, insyAllah.
BalasPadamTerima kasih Hazmin Hamudin dan tuan Denaihati..
Padamyup..smoge anuar dpt juge mengikut jejak mereke2 semua, insyaAllah.. *jeles dgn dorg*.. hehehe
BalasPadamTerima kasih.. Samalah kita.. Saya pun jeles tengok dia orang.. Terutamanya abang ensem yg semakin byk masa utk memuji kekacakan beliau... Hahaha..
Padamkalau baut apa yang diminati, hasilnya memang lagi menguntungkan..
BalasPadamBetul tu.. Kita akan lebih bermotivasi apabila berpeluang melakukan perkara yg kita minati..
Padammoga impian anda tercapai..:) , berdiri sama taraf dengan blogger2 yang dah ada nama...
BalasPadamall the best broo.. smoga berjaya
BalasPadam