Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T.. Kerana dengan izinnya sekali lagi Blog Coretan Anuar berpeluang Menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (bagi musim yang ke dua).. 

Insya Allah sekiranya tiada sebarang halangan.. Pertandingan ini akan dijadikan sebagai pertandingan Rutin tahunan di blog Coretan Anuar.. sebagai tanda penghargaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada para pembaca blog ini disamping berkongsi sedikit rezeki dengan rakan-rakan penulis blog di Malaysia..

Seperti kata Tuan Denaihati rezeki kepunyaan Allah.. Lebih-lebih lagi rezeki yang diperolehi di alam Cyber ini yang datang kepada kita tanpa disangka-sangka.. Semuanya dengan kuasa dan keizinan Allah.. 

Jadi apa salahnya saya berkongsikan kembali rezeki tersebut dengan mereka yang telah menyokong kewujudan blog Coretan Anuar selama ini.. 

Maka dengan ini secara rasminya bermulah "event" yang pernah saya janjikan sebelum ini iaitu Pertandingan Anugerah Blog Paling popular 2.. 

Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 ternyata jauh berbeza dengan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 1.. 

Pertandingan sebelum ini kelihatan Grand dengan menawarkan hadiah yang agak lumayan untuk beberapa kategori.. Dan terdapat pula hadiah mingguan yang disediakan oleh para penaja pertandingan ini..

Tetapi di atas faktor kekangan masa.. Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 diadakan secara "simple" dan bersederhana..  Tetapi diharap dapat meberi manfaat kepada kita semua setelah berakhirnya pertandingan ini nanti..

Objektif Pertandingan ini ialah :

"Untuk menguji Pengaruh Google+, Facebook Like dan Twitter button terhadap SEO"

Melalui Pertandingan ini diharapkan dapat menguji kekuatan para peserta melalui sumber utama trafik iaitu :
  • Laman Web Google (Seo dan Google +)
  • laman Web Facebook (facebook Like)
  • Laman web Twitter (Twitter)
  • Ping, Tecnority, Bing dan sebagainya tidak akan dinilai dalam pertandingan ini*

Dan banner-banner untuk pertandingan ini pula agak simple dan bersahaja.. Diharap setiap peserta pertandingan ini sudi "copy dan Paste" salah satu kod banner ini dan meletakkannya di entri pertandingan anda nanti...

Banner 1 : Bersaiz 125 X 125


Banner 2 : Bersaiz 125 X 125



Banner 3 : Bersaiz 468 X 60



Syarat-syarat untuk menyertai Pertandingan ini ialah:

  1. Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia. Tajuk entri bebas bergantung kepada kreativiti masing-masing. Tetapi entri anda perlu fokus pada keyword "Blog Popular"  
  2. Setiap bloggers boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Tetapi penyertaan yang berjaya berada di Page 1-10 laman web google Malaysia untuk keyword "Blog Popular" sahaja yang akan dinilai.. Entri yang terkeluar daripada page 1-10 ketika penilaian dibuat tidak akan dinilai..
  3. Dalam entri anda, sila letakkan satu link entri pilihan terbaik di blog anda bagi tahun 2012 yang dirasakan boleh menyumbang banyak mata kepada anda..
  4. Copy and Paste salah satu kod banner Pertandingan pada entri Pertandingan. (Sekiranya tiada banner pertandingan, entri anda tidak akan dinilai)
  5. Linkkan entri tersebut ke entri ini.
  6. Tinggalkan permalink entri anda di SINI
  7. Di akhir entri anda letak ayat ini " Contest ini dianjurkan oleh Blog CoretanAnuar.Com ditaja bersama SembangHari2, Discount-Hari2azri.my  ,  bardboo.com , CikTom.com , emasfizikal.comsyaisya.com  percutianku.com , Sjiehan.com , StudioAksara eyriqazz.com
  8. Cabaran Pertandingan ini berlangsung sehingga 31 Disember 2012. 

Kriteria Pemarkahan Pertandingan

Pemarkahan pertandingan akan dibuat melalui dua entri yang terdapat di blog anda iaitu:

1) Entri Pertandingan

    - Penilaian terhadap SEO, Google+, Facebook Like, Twitter Button 

2) Entri pilihan anda sepanjang tahun 2012 (Sila letakkan link entri pilihan anda pada entri pertandingan)

    - Penilaian terhadap Google+, Facebook Like, Twitter Button 


a) Penilaian terhadap SEO

Penilaian Blog akan dilakukan terhadap SEO melalui kata kunci "Blog Popular" yang mendapat tempat di Google Malaysia (http://www.google.com.my ) yang akan diambil menggunakan Google Chrome pada tarikh antara 1-7 Januari 2013.

Hanya blog yang berada di Page pertama hingga ke 10 dalam hasil carian tersebut sahaja di ambil kira.. Dengan menggunakan skor mata seperti berikut:
  1. Page Pertama = 300 Mata
  2. Page Ke 2      = 270 Mata
  3. Page Ke 3      = 240 Mata
  4. Page Ke 4     = 210 Mata
  5. Page Ke 5     = 180 Mata
  6. Page Ke 6     = 150 Mata  
  7. Page Ke 7     = 120 Mata
  8. Page Ke 8     = 90 Mata
  9. Page Ke 9     = 60 Mata
  10. Page Ke 10   = 30 Mata  
P/s: Untuk melayakkan blog anda di nilai dalam Pertandingan ini, sila pastikan blog anda berjaya berada dalam page pertama hingga ke 10 tersebut..

b) Undian pada google+, Facebook Like, dan Tweeter Button
Penilaian akan dibuat terhadap Google +, Facebook Like dan Twitter Button bagi kedua-dua entri pertandingan (Entry Blog Popular 2 dan entri yang dicadangkan sebagai entri pilihan terbaik di blog anda bagi tahun 2012)



c) Entri terbaik di blog anda sepanjang tahun 2012

Seperti yang dinyatakan di atas, entri ini adalah entri yang anda cadangkan untuk dinilai bagi membantu anda memenangi pertandingan ini.. Sekiranya entri anda berjaya mengumpul mata terbanyak entri anda akan memenangi hadiah untuk kategori entri pilihan terbaik bagi tahun 2012.. (Tapi sebelum itu pastikan blog anda layak dinilai untuk pertandingan ini dengan menempatkannya dalam page 1-10 hasil carian google)



Contoh Penilaian:


Sekiranya anda menghantar 3 penyertaan, saya hanya akan menilai entri yang berjaya berada di page 1-10 dalam hasil carian tersebut walaupun entri lain berjaya mendapat undian tertinggi untuk Google+, Facebook Like dan Twitter Button.. Contohnya:



Blog A ada menghantar 3 penyertaan:



entri 1 (Blog Popular): Berada di Page pertama (300 mata), 50 FB Like, 2 Google+, 0 Twitt, 

entri cadangan 2012: 70 FB Like, 2 Google+, 0 Twitt,

Jumlah = 424 Mata



entri 2 (Blog Popular): Berada di Page Ke 11 (tiada mata), 450 FB Like, 5 Google+, 10 Twitt, 

entri cadangan 2012: 70 FB Like, 2 Google+, 0  Twitt ,

Jumlah = 537 Mata




entri 3 (Blog Popular): Berada di Page Ke 9 (60 mata), 300 FB Like, 7 Google+, 30  Twitt , 

entri cadangan 2012: 70 FB Like, 2 Google+, 0  Twitt,

Jumlah = 469 Mata




Dalam kes ini Jumlah mata entri 2 tidak akan dinilai dalam pertandingan ini walaupun blog tersebut berjaya mendapat mata jumlah yang lebih tinggi berbanding entri 1 dan entri 3.. Ini disebabkan entri 2 terkeluar daripada page 1 hingga ke 10 hasil carian google untuk keywood "blog Popular"..


Setiap mata yang berjaya diperolehi akan dinilai dalam jadual seperti berikut:

No.
Blog Peserta
Entri Blog Popular 2
Entri Pilihan 2012
Jumlah Mata
SEO
FB Like
Google +
Tweet
Jumlah
FB Like
Google +
Tweet
Jumlah
1.
90
50
3
0
143
350
5
0
355
498
2.
30
21
1
0
52
25
2
0
27
79

















































Nota :

  1. 20 Peserta yang berjaya mendapat Jumlah mata terbanyak bagi keseluruhan Pertandingan ini akan menentukan pemenang tempat pertama hingga ke 20
  2. Peserta yang berjaya mendapat Jumlah mata terbanyak untuk Entri Blog Popular 2 akan memenangi hadiah Entri Blog Popular 2 Terbaik
  3. Peserta yang berjaya mendapat Jumlah mata terbanyak untuk Entri Pilihan 2012 akan memenangi hadiah Entri Pilihan Terbaik 2012..

Senarai Hadiah Pertandingan :


1g Gold Bar 999 (Bunga raya) keluaran syarikat GSR untuk dimenangi..

1g Gold Bar (Bunga Raya) With Certificate  


Hadiah terkumpul Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 setakat ini telah mencecah RM1545.00.. Berikut merupakan senarai hadiah Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 berdasarkan jumlah hadiah yang berjaya di kumpul setakat ini:
  • Tempat Pertama  : 1g Emas 999 + RM155
  • Tempat Kedua     : Wang Tunai RM200
  • Tempat Ke 3       : Wang Tunai RM150
  • Tempat Ke 4-5    : Wang Tunai RM100 bagi setiap pemenang
  • Tempat Ke 6-10   : Wang Tunai RM40 bagi setiap pemenang
  • Tempat Ke 11-20 : Wang Tunai RM30 bagi setiap pemenang.
  • Entri Pilihan Terbaik Tahun 2012 : Wang Tunai RM70
  • Entri Blog Popular 2 Terbaik : Wang Tunai RM70

* Update sehingga 29 November 2012..



Insya Allah..  Hadiah Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2 akan bertambah dari masa ke semasa.. Ini disebabkan hadiah tersebut akan dikumpulkan hasil daripada komisyen-komisyen yang berjaya saya perolehi dalam tempoh 3 bulan (September hingga November) melalui blog Coretan Anuar, sembang hari2, Discount Hari2, dan juga para penaja yang sudi menyumbangkan hadiah untuk pertandingan ini..

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja Pertandingan Anugerah blog Paling Popular 2, anda boleh menghubungi saya menerusi email: nuargto@gmail.com

Kelebihan Menjadi Penaja Pertandingan ini:

  • Setiap penaja Pertandingan ini akan mendapat Hadiah istimewa daripada blog Coretan Anuar dan 
  • link blog/laman web anda akan turut berada di blog para peserta Pertandingan ini nanti..

P/s :Good Luck saya ucapkan kepada para peserta Pertandingan ini.. Semoga anda berjaya menjadi salah seorang pemenang Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..


Catat Ulasan

115 Ulasan

  1. Menarik anugerah blog paling popular ni... :D tapi bila nak bermain dengan SEO ni, kena tengok-tengok dulu... Semoga semuanya berjalan lancar bro...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih eizil.. Diharap eizil sudi memeriahkan pertandingan ini nanti..

      Padam
  2. Wah ada lagi satu pertandingan ni. Semoga berjalan seperti dirancangkan

    BalasPadam
  3. Wah kena ikut ni. Nanti nak ikut, tapi bukan sekarang. Sekarang ada sibuk sikit.Lagipun dah lama tak main dengan SEO ni. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemputlah join.. Tempoh pertandingan ini pun lama.. Ada masa yang banyak untuk menghasilkan entri yang mesra seo..

      Padam
    2. Kalau fokus keyword blog popular ja boleh? susah pula nak buat ayat natural kalau ada 2 dalam ayat.

      Padam
    3. Terima kasih di atas pandangan yang diberikan.. Baiklah saya akan ubah kepada keyword blog popolar untuk membolehkan para peserta menulis dalam keadaan nrutral.. Cuma persaingan untuk keyword ini agak besar disebabkan keyword ini telah dimonopoli oleh blogger2 lain sebelum ini..

      Padam
    4. Walaupun persaingan untuk keyword blog popular memang besar, tapi saya percaya anda boleh melakukannya.. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..

      Padam
    5. Terima kasih terima pandangan saya. Tak tahu lagi boleh ka tak nak bersaing tapi takpa, boleh di cuba. hehe

      Padam
    6. Saya join ya. Ini entri penyertaan saya.

      http://naziman.com/blogging/contest-giveaway/blog-popular/

      Padam
    7. Terima kasih kerana sudi menyertai pertandingan ini.. Good luck..

      Padam
  4. all the best dengan contest ni.. juga peserta

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih donny.. Berdebar menunggu peserta pertama yang akan menyertai pertandingan ini...

      Padam
  5. WAH ABANG NUAR BANYAK DUITLAH....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur alhamdulillah.. Tolong doakan semoga rezeki saya sentiasa bertambah.. Supaya boleh saya kongsikan rezeki tersebut dengan pembaca blog saya.. Setakat ini rezeki yang saya perolehi melalui blog-blog saya akan dijadikan hadiah kepada para pembaca blog saya..

      Padam
  6. Balasan
    1. Kena pakai keyword blog popular semaksimum yg mungkin utk memastikan blog anda berada di posisi terbaik di laman web google..

      Padam
  7. menarik tp adoii... pakai keyword ni lemah sikit :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum cuba belum tahu.. Sewaktu saya menyertai contest seo eyriqazz vs denaihati saya tidak menyangka boleh menang tempat kedua contest tersebut memandangkan peserta yang menyertainya hebat2 belaka.. Tetapi berkat kesungguhan dlm memahami seo, syukur alhamdulillah blog saya berjaya dlm senarai pemenang top 5 contest tersebut..

      Padam
    2. betul cakap anda.. belum cube belum tau.. thanks.. :D ~MiszNadea~

      Padam
  8. good luck untuk semua peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2

    BalasPadam
  9. Wah teringin nak jadi penaja..ada kah penaja pun boleh menyertai?

    BalasPadam
  10. semoga berjaya menjadi penganjur bro.

    BalasPadam
  11. wahh..ada pertandingan lagi plakk..

    BalasPadam
  12. Email kat aku detail utk jadi penaja bro.. myfauziblues@gmail.com

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. Kalau nak jadi penaja macamana pula? nurhafiz2009@yahoo.com

      Padam
    2. Sesiapa sahaja boleh join pertandingan ini..

      Padam
    3. NUR CUBA JE LA YE:

      http://nurhafiz2009.blogspot.com/2012/10/blog-popular.html

      Padam
  14. Assalam..tq invite kuiz aritu dan maaf tak sempat join......insyaallah akan join contest ni..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. Kuiz hari tu saya adakan semata2 utk memeriahkan contest seo eyriqazz vs denaihati disamping utk menggalakkan peserta kuiz membaca entry penyertaan saya dlm contest tersebut.. Jadi kalau x join pun takper.. Saya harap awak dpt join pertandingsn ini..hadiahnya semakin meningkat.. Hujung minggu ni saya akan update hadiah terkini..

      Padam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Salam saya join contest ni :)

    Ni Url petmalink http://www.akmaomar.com/blog-popular-lebih-mudah-dikenali/

    Semoga memenuhi syarat..tq

    BalasPadam
  17. Wah.. Meriah sekarang ni dengan pertandingan berasaskan SEO semua tu. Semoga ramai yang join la ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum ni saya kurang berminat bermain dengan seo..sebab saya rasa susah nak memahami seo.. Tapi semenjak saya berjaya menyelitkan diri dlm senarai pemenang top 5 contest seo eyriqazz vs denaihati.. Saya rasa seronok bermain dgn seo.. Memang mencabar minda dan strategi..

      Padam
  18. macam nie lulus ke kalau join,,,http://www.putera-malam.net/2012/09/blog-popular-2.html

    BalasPadam
  19. Balasan
    1. Saya menjemput pakar seo untuk menyertai pertandingan ini..

      Padam
  20. salam...

    saya ada emel untuk menjadi penaja...tapi masih belum mendapat balasan..

    p/s: betul ke penaja pun boleh join contest ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas kesudian puan utk menjadi penaja pertandingan ini.. Saya akan membalas email puan pada esok pagi.. Penaja boleh menyertai pertandingan inini..

      Padam
  21. Dah join,,,http://hatiputera.com/blog-popular...valid ke tak,,,

    BalasPadam
  22. good luck semua semoga menjadi blog yang terbaik.........

    BalasPadam
  23. alaaa SEO sy tinggi laa xturun2 pn lgi sjk pakai domain nie

    BalasPadam
  24. wah, hadiah menarik...

    rugi kalau orang tak join

    BalasPadam
  25. perghhh.. masyuk nie.. tpi google + dngan twitter tak bley lawan hihihi

    BalasPadam
  26. waahh menarik,putri nak join tapi masa sibuk :'(

    BalasPadam
  27. salam pakjoe ingat pakjoe nk penaja...tpi pakjoe nk taja barang murah je hehe...pa2 kita sembang fb chat la add cerita pakjoe...pakjoe nk antar msg yg tuan blogger bg 2 pakjoe x pandai hehehehe sori

    BalasPadam
  28. anugerah yg best ni..hihihi...blog sy tak layak

    BalasPadam
  29. insyaAllah ada kelapangan dapat join..
    all d best and gd luck utk semua

    BalasPadam
  30. assalamualaikum...

    aku baru menulis pasal contest nie. harap2 naiklah raking kat Google Malaysia nanti :D

    http://www.khairilmazri.com/2012/10/luahanhati-26-bila-aku-lawan-dengan.html

    blog aku just blog peribadi. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Bro kerana sudi menyertai Pertandingan ini.. Good Luck.. ;)

      Padam
  31. Tak ada ke senarai peserta yang join ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan boleh tengok senarai peserta yg join dgn membaca senarai url yg didaftarkan pada ruangan komen entri ini.. Saya akan keluarkan senarai tersebut pada pertengahan bulan november nanti..

      Padam
  32. Semoga berjaya pertandingan blog popular ini,
    Menjadi satu wadah dan madah utk terus dikenali,
    Di semua peringkat dlm menuju ke destinasi,
    Yang memberi semangat utk sama-sama disertai.

    Ada ruang masa terluang Insya Allah akan menyertai.

    BalasPadam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  34. Alhamdulillah, done writing my entry.. Harap ada rezeki.. =)

    INI PERMALINK PENYERTAAN SAYA :-

    http://pape-jer.blogspot.com/2012/10/blog-popular-vs-blogger-popular.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi join Pertandingan ini.. Semoga berpeluang menjadi salah seorang pemenang.. ;)

      Padam
  35. Saya minta maaf, saya tukar permalink post saya.Bukan tukar entri sebab saya tukar struktur url sekarang ni. Tak tahu la boleh naik ka tak ni. Sosial share dari permalink pun dah hilang macam mula dari kosong ja rasa. Ini permalink baru saya.

    http://naziman.com/blog-popular/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada masalah.. Kalau nak tambah entri baru pun takpe.. Setiap blog boleh menghantar seberapa byk penyertaan.. Tanpa sebarang had.. Cuma setiap blog hanya boleh memenangi salah satu hadiah tempat 1-20..

      Padam
  36. Pondok kecil join jugak..rasanya dah penuhi syarat penyertaan tu. Hehe..

    http://pondokkecil.com/blog/blog-popular/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Hafizul kerana sudi join Pertandingan ini.. Semoga berpeluang menjadi salah seorang pemenang.. ;)

      Padam
    2. ramai da otai2 turun pdg..insyaallah,akan turut serta.. ;)

      Padam
  37. Luahan hati berterusan bertemakan blog popular...

    http://www.khairilmazri.com/2012/10/luahanhati-27-nak-jadi-blog-popular.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mazri kerana sudi join Pertandingan ini.. Semoga berpeluang menjadi salah seorang pemenang.. ;)

      Padam
  38. Sebelum sy join contest ni, sy nk tnye mengenai "Entri terbaik di blog anda sepanjang tahun 2012". Kalau sy gne entry contest SEO boleh ke? tapi contest SEO tu cancel, xjdi diumumkan utk menang. harap dpt beritahu sy ye.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk entry terbaik di blog anda bagi tahun 2012, tak kisah entry apa pun.. Yang penting entri tersebut diterbitkan pada tahun 2012..diharap dengan bantuan entri sokongan ini dapat membantu para peserta mengumpul lebih byk mata utk memenangi pertandingan ini..

      Padam
    2. ohh okay. Thanks sebab jawab soalan ni. Sy akan cuba join :)

      Padam
  39. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  40. Blog Popular | Solehah Shamsuddin

    http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2012/10/blog-popular_23.html

    BalasPadam
  41. mcam nk join tapi "pemalu"...bgaimana nk atasi sifat pemalu yg menebal dlm diri ini..."Manusia terpinggir melara"...:(

    BalasPadam
  42. as salam anuar, saya budak baru belajar, kalau belum tepat harap betulkan :)

    http://www.nuruldahlya.com/2012/10/blog-popular-oh-blog-popular-part-1.html

    BalasPadam
  43. bro anuar , joined "kalau salah tlong jolokkan"

    Blog Popular

    BalasPadam
  44. http://kertaswarnamerah.blogspot.com/2012/10/3-blog-popular-pilihan.html

    nak join,^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada yang belum lengkap bagi tahu la eh,^^

      Padam
  45. ok. dah siap. layak masuk ke tidak nih??

    http://ohcikgu.com/2012/10/27/blog-popular-blog-cikgu-cikgu-kurang-popularkah/

    BalasPadam
  46. assalamualaikum, saya join :D

    http://zaza96.blogspot.com/2012/10/blog-popular-mula-bersaing.html

    BalasPadam
  47. post yang kedua : http://zaza96.blogspot.com/2012/10/6-blog-popular-tanah-air.html :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam... Saya dah senaraikan kedua-dua entri ini dalam senarai entri pertandingan.. Good Luck..

      Padam
  48. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  49. post /entry kedua untuk join contest nie ..makin meriah nmpak....

    Blog Politik Popular 2012 Pilihan

    BalasPadam
  50. Aril Impian- Pencetus Generasi Hadapan

    Salam semua....saya baru buat entry ni just simple2 jer...saya nak join jugak

    ni entry saya yer

    http://arilimpian.blogspot.com/2012/11/blog-popular-aril-impian-dari-sudut_15.html

    BalasPadam
  51. salam bro.
    Banyak info dan ilmu seo disini.thanks sharing.

    BalasPadam
  52. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  53. http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/11/blog-popular.html

    BalasPadam
  54. ASSALAMUALAIKUM...

    WOW PENERANGAN PANJANG LEBAR :D

    SAYA NAK CUBA NASIB ^^

    BalasPadam
  55. Saya join je... masih boleh lagi kan ^^

    http://aidanatasya.com/blog-popular-berblog-jana-pendapatan-lumayan/

    BalasPadam
  56. erm semangat semakin sengit contest ni....yang terbaik semuanya ape pendapat abg nuar

    http://arilimpian.blogspot.com/

    BalasPadam
  57. Assalamualaikum......

    Semakin hari semakin ramai yang sertai,
    Perasaan terasa iri hati,
    Dengan rasa merendah diri,
    Mahu sertai sebagai memenuhi janji.

    http://www.sensasi2020.com/2012/11/bertapa-sukarnya-menjadikan-entri-kita.html

    BalasPadam
  58. JOin tanda sokongan... http://www.silenceblogz.com/2012/11/blog-popular-oh-blog-popular.html

    blog aku bukan blog SEO jus t join tanda sokongan...

    BalasPadam
  59. Nak tanya? Adakah blog saya tersenarai juga sensasi2020, harap saudara dapat berikan jawapannya.

    http://www.sensasi2020.com/2012/11/bertapa-sukarnya-menjadikan-entri-kita.html

    BalasPadam
  60. Nak tanya? Adakah blog saya tersenarai juga sensasi2020, harap saudara dapat berikan jawapannya.

    http://www.sensasi2020.com/2012/11/bertapa-sukarnya-menjadikan-entri-kita.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entri anda akan saya senaraikan dalam senarai peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2.. Biasanya bila ada 3 peserta baru join, baru saya update senarai nama peserta...Harap bersabar..

      Padam

  61. Xavi Gerad Jude Am. Seorang wakil Aiicco Insurans plc. Kami menawarkan pinjaman pada kadar 3% dikembalikan. jika anda berminat kenalan Ini (CEO) E-mail address: xavigeradloanfirm@yahoo.com
    Aiicco insurans plc hanya dibenarkan pada pada usia 20 di atas.
    Pelaburan Pinjaman Peribadi.
    Pinjaman harta Pelaburan.
    Pinjaman penyatuan.
    Pembinaan Pinjaman.
    Pilih satu atau pembayaran-tahun.
    Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
    Terma pinjaman yang fleksibel.
    Kami memberi pinjaman daripada 500,000 euro kepada 800,000 USD.
    Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Hubungi kami hari ini pada .. SR GERAD Jude pinjaman Pelaburan plc: E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com.

    BalasPadam
  62. Pertandingan ini menguji setiap peserta utk lakukan yg terbaik, dgn strategi yg betul dan kerja keras yang jitu utk kekal berada di atas serta terbanyak dlm klik button sosial.

    BalasPadam
  63. http://www.silenceblogz.com/2012/11/blog-popular-blog-paling-popular.html

    BalasPadam
  64. tak tercapai dek akal join pertandingan ni..maklum la..nubie lagi..xpe..pelan2 kayuh...parking dl kat blog ni...sedut ilmu sket2 dr otai2..i'allah..akan join lain kali bile cukup ilmu di dada...

    BalasPadam
  65. Harap admin terima penyertaan ini.. kalau ada silap bagitahu lah.

    http://lokmanramli.blogspot.com/2012/11/blog-popular-impian-setiap-blogger.html

    BalasPadam
  66. Memang menarik. Hadiahnya lagilah menarik. All the best buat semua peserta.

    BalasPadam
  67. Menarik cara pertandingan ni dijalankan ... mampukah aku ye

    BalasPadam
  68. Assalamualaikum Bro Anuar saya datang menyahut cabaran ini..

    http://lonelystarz.blogspot.com/2012/12/blog-popular-kata-kunci.html

    terima kasih.

    BalasPadam
  69. wah hebat pertandingan ini, nak join jugak la..!hehe

    BalasPadam
  70. wah,, sngat menarik.. nak gak join.. tapi xpower lagi seo

    BalasPadam
  71. Ramai yang dah join nampaknya ... makin mantap dah blogger2 bermain SEO ni .. tak terkejar dibuatnya.

    BalasPadam
  72. Rasanya dah 2 kali post link, tpi xde pun dlm ruangan komen ni..ok koz post lgi sekali>>> http://kozumiro.blogspot.com/2012/10/ciri-ciri-blog-popular.html

    BalasPadam
  73. fuhh..dah nak tamat. memang penat contest ni. hehe..

    BalasPadam
  74. ramai para blogger SEO dah menenggelamkan entry Blog popular dari blog aku... ekekeke... kepada yg dah join caiyoookkk2x moga berjaya...

    BalasPadam
  75. Assalamualaikum....

    Nak tanya???
    Dalam satu entri penyertaan, berapakah entri pilihan sepanjang 2012 untuk diletakkan?? 1 entri pilihan atau 3 entri??

    BalasPadam