Good Luck Kepada Calon-Calon Peperiksaan SPA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Good Luck saya ucapkan kepada rakan-rakan kita yang bakal menduduki peperiksaan SPA pada bulan ini. Semoga anda berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut untuk membolehkan anda menjadi seorang penjawat awam.. 

Untuk makluman anda.. Bermula pada minggu lepas, Ada beberapa jawatan yang telah dipanggil oleh pihak SPA untuk menjalani peperiksaan bertulis iaitu:
  • Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 untuk pengisian kekosongan di peringkat negeri, 
  • Penolong Penguatkuasa N27 untuk JPJ dan KDN, 
  • Penolong Pegawai Keselamatan KP27 untuk JPM,
  • Peperiksaan untuk Gred 41 yang lain termasuk Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Sekiranya anda pernah membuat permohonan untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.. Anda boleh membuat semakan nama anda dan tarikh-tarikh peperiksaan bertulis untuk kesemua jawatan di atas di laman web SPA bermula daripada sekarang..

Sekiranya nama anda tersenarai dalam panggilan peperiksaan tersebut, anda perlu melakukan 3 perkara untuk lulus dalam peperiksaan tersebut iaitu:
  1. Buat persediaan
  2. Hadir peperiksaan
  3. Jawab soalan!

Nampak memang mudah untuk lulus, kalau tahu caranya dan mempunyai disiplin untuk melakukannya..

Tapi dalam keadaan mood sedang berseronok menyambut Hari Raya ini, tentu besar  cabarannya untuk membuat persediaan tersebut.. 

Kata orang, raya tetap raya.. Tapi jangan lupa juga untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut..  

Anda perlu set diminda anda... bahawa ini adalah peluang terbaik untuk anda menjadi seorang penjawat awam.. dan menikmati beberapa kelebihan yang diperolehi oleh pekerja di sektor kerajaan seperti:
  1. Elaun perumahan
  2. Cost of living allowance (COLA)
  3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  4. Kenaikan gaji setiap tahun
  5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
  7. Cuti bersalin
  8. Pinjaman perumahan
  9. Caruman KWSP atau pencen
  10. Bersara pada umur 60 TAHUN (kuatkuasa 2013)
  11. Peluang kenaikan pangkat
  12. Peluang melanjutkan pelajaran
  13. Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Disebabkan kelebihan - kelebihan yang disediakan untuk pekerja di sektor kerajaan. Maka tidak hairanlah ramai berebut - berebut untuk memohonnya.. Walaupun kita semua sedia maklum gaji yang diterima oleh penjawat awam tidaklah selumayan gaji yang diterima oleh para pekerja di sektor swasta..

Ada satu berita baik yang saya terima daripada satu sumber yang boleh dipercayai tentang Tips untuk lulus  Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat, Gred S41  .. Mungkin tips ini sangat berguna kepada anda yang bakal menduduki peperiksaan tersebut pada 15 Sepetember nanti..

Saya di sini hanya mampu mendoakan kejayaan anda, dan berharap anda berjaya menjadi salah seorang penjawat awam setelah lulus peperiksaan tersebut nanti..

Jadi sekiranya anda benar-benar berminat untuk menjadi Pegawai Pembangunan Masyarakat S41, anda perlu terlebih dahulu lulus atau melepasi peperiksaan bertulis Kemasukan Perkhidmatan Awam..

Disebabkan itu, saya merasakan.. Anda memerlukan satu panduan yang lengkap tentang apa yang patut dilakukan, apa yang patut dijawab dan bagaimana untuk berjaya menjawab semua soalan betulis tersebut.

“Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41”

Sumber : Klik Di Sini

Sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat S41, saya syorkan anda klik di sini

Catat Ulasan

0 Ulasan