Pencapaian Blog Coretan Anuar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini merupakan hari kedua terakhir saya bekerja di pejabat.. Esok Masih tinggal baki sehari sahaja lagi sebelum bercuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.. ;)

Pada ketika ini, saya lihat rakan-rakan sepejabat saya bekerja dengan "mood hari" raya.. 

Lagu raya jelas berkumandang di Pejabat.. Fikiran masing-masing dah teringat dekat kampung halaman dan persiapan hari Raya.. Maklumlah pada ketika ini dah ada rakan-rakan sepejabat yang telah bercuti.. 

Bagi rakan-rakan sepejabat yang masih tinggal ini, mereka sebenarnya sayang nak habiskan cuti tahunan.. disamping ingin memberikan komitmen terhadap tugas.. 


Walaupun pada hakikatnya, konsentrasi sewaktu bekerja dah semakin berkurangan pada waktu-waktu begini.. Terutamanya apabila anak bersekolah pun dah mula bercuti, dalam masa yang sama para pelajar di kelas pun dah ramai yang balik kampung.. 

Pendek kata semuanya serba tak kena untuk mengekalkan momentum bekerja.. Inilah penangan saat-saat mendebarkan menjelang Cuti Hari Raya.. Saya percaya sebahagian besar daripada anda turut mengalamai situasi ini di tempat kerja anda.. Betul tak?

Oklah cukup untuk setakat ini melayan Feel raya.. Kita berbalik semula kepada tajuk entri saya pada kali ini.. iaitu tentang Pencapaian Blog Coretan Anuar..

Syukur Alhamdulillah.. Berkat kesabaran saya menulis blog selama ini telah berjaya membuahkan hasil... 

"World Ranking" Blog Coretan Anuar berjaya diturunkan daripaa 1.5 juta kepada 359K dalam masa dua bulan.. Ini bermaksud, pada ketika ini Blog Coretan Anuar berada dalam Rank 359K untuk semua laman web/blog yang terdapat di dunia ini berdasarkan Rank Alexa..

Bukannya senang nak sampai ke tahap ini.. Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan trafik yang konsisten sekitar 500 UV sehari.. 

Trafik terkini Blog Coretan Anuar dari Nuffnang

Syukur Alhamdulillah.. Saya berjaya melakukannya.. Dan baru-baru ini, trafik Blog Coretan Anuar telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan..

Walaupun trafik yang berjaya saya perolehi tidaklah sebanyak trafik yang masuk ke blog-blog terkenal.. Tapi bagi saya, dapat 1K UV dalam sehari pun dah kira bersyukur sangat.. 

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan saya di Facebook, rakan-rakan blogger yang lain, dan para pembaca yang sudi membaca blog saya.. Tanpa sokongan yang anda berikan, tentu saya tidak akan mengecapi kejayaan ini.. 

Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua yang telah memberikan sokongan kepada saya samada secara langsung atau tidak langsung..

Saya teringat pengalaman saya sewaktu mula-mula menulis blog.. Masa tu nak dapat trafik 100UV sehari pun payah.. Sampai satu ketika, saya hampir berputus asa daripada menulis blog.. 

Pada ketika itu artikel yang terlintas di fikiran memang banyak yang nak ditulis.. Tapi tiada masa disebabkan komitmen terhadap keluarga dan kerjaya.. Dalam masa yang sama tiada motivasi untuk menulis disebabkan sambutan yang tidak menggalakkan..

Ketika saya hampir-hampir menyerah kalah.. Secara tidak sengaja, saya terbaca pengalaman saudara Jamal.. 

Rupa-rupanya bukan saya sorang jer yang mengalami pengalaman yang teruk.. Masih ada orang yang pernah melalui pengalaman yang lebih teruk daripada saya, sebelum beliau berjaya menjadi seorang usahawan internet yang berjaya.. 

Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Jamal, di atas semangat yang telah beliau berikan kepada saya secara tidak langsung menerusi ebook dan blog beliau.. 

Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Irfan Khairi, sifu saya yang "sedang bergaduh" pada ketika ini iaitu Eyriqazz Vs Denaihati, Sahabat-sahabat saya:

  • Lanun Sepet yang sedang menanti Kelahiran Cahaya Mata
  • Penganggur Ensem yang bakal menjadi jutawan hartanah
  • Bro Framestone yang sedang menati hari-hari bahagia
  • Faiz yang begitu menyayangi Mukah
  • Bro Zarul Umbrella yang sibuk mengelilingi Dunia 
  • Isteri dan anak-anak saya yang cuba memahami hasil usaha saya selama ini.
  • dan lain-lain..

Terima kasih di atas segala sokongan dan tunjuk ajar yang telah kalin berikan..

Semoga dengan kejayaan yang saya kecapi pada hari ini akan menjadi bantu loncatan kepada saya untuk mengecapi kejayaan demi kejayaan menerusi penulisan Blog pada masa akan datang.. Insya Allah..

Minta tolong sama-sama doakan yer.. Amin.. Terima kasih..

Catat Ulasan

3 Ulasan