Tinggal sebulan sahaja lagi sebelum Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati berakhir.. Pada ketika ini saya melihat kebanyakan peserta sedang mengatur strategi bagaimana untuk menguasai SEO sehingga membolehkan blog mereka berada di muka surat pertama hasil carian Google..
Pagi tadi saya cuba menyemak kedudukan blog saya di Google untuk keyword Eyriqazz Vs Denaihati.. Bila tengok result yang dipaparkan oleh Google, macam tak percaya pun ada..
Blog saya berada di Page pertama, dan berada di rank kedua untuk keyword tersebut..
Saya sama sekali tidak percaya dengan keputusan tersebut.. Maklumlah, biasanya result yang ditunjukkan oleh google boleh berubah dalam sekelip mata..
Saya cuba menyemak, adakah saya sedang login google pada ketika itu... Sekiranya kita login google semasa kita sedang membuat carian sesuatu keyword, biasanya blog kita akan dipaparkan di page pertama.. Jadi tak bestlah, sekiranya saya tersenyum sorang-sorang apabila melihat blog saya berada di page pertama... ;)
Syukur Alhamdulillah.. saya dapati pada ketika itu saya belum lagi login untuk sebarang aplikasi Google... Kiranya boleh percayalah result ini.. Atau adakah saya masih sedang berada dalam keadaan syok sendiri??
Ialah manalah tahu, dekat komputer saya menunjukkan keputusan begini.. Dekat komputer orang lain, lain pula keputusannya..
tetapi setelah membaca komen yang ditinggalkan oleh Bro Zarul di blog beliau.. barulah saya percaya memang blog saya sedang berada di Page pertama untuk keyword Eyriqazz Vs denaihati..
Syukur Alhamdulillah... Sebenarnya saya langsung tidak menyangkan blog saya akhirnya boleh beada di Page pertama.. Sedangkan pada hari yang sebelumnya blog saya berada di page yang kedua.. Sama dengan Blog Bro Zarul..
Tapi tempoh contest ini masih lama lagi.. Macam-macam perkara masih boleh berlaku..
Saya pun tidak tahu berapa lama blog saya boleh kekal berada di Page pertama.. maklumlah blog saya hanyalah sebuah blog picisan...
Walaubagaimanapun, saya harapkan semoga Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati akan dapat berjalan dengan lancar, dan semoga saya dapat menimba lebih banyak ilmu untuk memperbaiki kemampuan SEO blog ini..
2 Ulasan
mmg terbaik lah.. :)
BalasPadamtahniah,,, terbaek!
BalasPadam