Sewaktu menyaksikan kejayaan Skuad Jamaica mengungguli acara 4X100 meter Olimpik 2012 dengan catatan masa 36.84 saat..
Saya teringat kepada gambar anak-anak saya sewaktu kali pertama saya membawa mereka beriadah di Stadium Sabak Bernam..
Adam dan Haikal di garisan Permulaan..
Sewaktu melihat gambar-gambar ini, saya terfikir.. Bila agaknya atlit Malaysia akan berjaya menguasai acara trek di sukan Olimpik?
Adam berlari dengan penuh semangat..
Negara kita masih jauh ketinggalan dalam menampilkan atlit-atlit yang cemerlang dalam acara sukan.. Terutamanya dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan di Pentas Olimpik..
Pada masa sekarang ini kita hanya mampu berbangga dengan pencapaian individu ,dua Perak yang berjaya di perolehi oleh Datuk Lee Chong Wei dalam Temasya Olimpik London 2012 dan Olimpik Beijing 2008 menerusi acara Badminton..
Sedangkan negara-negara lain gah dengan pencapaian emas atlit-atlit mereka seperti berikut:
Rank
|
Atlit
|
Negara
|
Acara
|
Pingat Emas
|
Pingat Perak
|
Pingat Gangsa
|
Jumlah Pingat
|
1
|
Michael
Phelps
|
US
|
Swimming
|
18
|
2
|
2
|
22
|
2
|
Larisa
Latynina
|
Soviet
Union
|
Gymnastics
|
9
|
5
|
4
|
18
|
3
|
Nikolai Andrianov
|
Soviet
Union
|
Gymnastics
|
7
|
5
|
3
|
15
|
4
|
Boris
Shakhlin
|
Soviet
Union
|
Gymnastics
|
7
|
4
|
2
|
13
|
5
|
Edoardo Mangiarotti
|
Italy
|
Fencing
|
6
|
5
|
2
|
13
|
6
|
Takashi Ono
|
Japan
|
Gymnastics
|
5
|
4
|
4
|
13
|
7
|
Paavo Nurmi
|
Findland
|
Athletics
|
9
|
3
|
0
|
12
|
8
|
Birgit
Fischer
|
Germany
|
Canoeing
|
8
|
4
|
0
|
12
|
9
|
Bjørn Dæhlie
|
Norway
|
Cross-country
skiing
|
8
|
4
|
0
|
12
|
10
|
Sawao Kato
|
Japan
|
Gymnastics
|
8
|
3
|
1
|
12
|
??
|
Lee
Chong Wei
|
Malaysia
|
Badminton
|
0
|
2
|
0
|
2
|
Pencapaian Pingat Top 10 Sukan Olimpik Sepanjang Zaman
Sehigga kini negara kita masih mengidamkan sekurang-kurangnya mendapatkan satu pingat emas di Sukan Olimpik.. Bilakah agaknya penantian tersebut akan berakhir??
Pelbagai inisiatif/ganjaran telah disediakan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta kepada para atlit, sekiranya mereka berjaya membawa pulang pingat emas sukan Olimpik..
Tapi sehingga kini belum ada atlit negara kita yang bertuah kerana berjaya memiliki pingat emas tersebut..
Bukannya mereka tidak berusaha.. Kita sendiri telah menyaksikan betapa bersungguhnya Datuk Lee Chong Wei sewaktu melawan Lin Dan dalam acara Badminton perseorang lelaki, Peringkat Akhir..
Tapi nak buat macamana?? Rezeki belum berpihak kepada kita..
Satu demi satu generasi atlit meninggalkan kita.. Suatu ketika dahulu harapan disandarkan kepada Jailani Sidek dan Razif Sidek.. Kemudian kita ada Rashid Sidek untuk menggalas harapan.. Yang terkini kita ada Datuk Lee Chong Wei.. Tapi malangnya, kita masih belum mempunyai jaguh sebenar di sukan Olimpik..
Diharapkan ada generasi atlit baru yang akan muncul sebagai hero untuk sukan olimpik yang bakal diadakan 4 tahun lagi..
Ataupun mungkin kita akan terus menanti atlit demi atlit generasi baru.. yang bakal membawa pulang pingat emas pertama sukan Olimpik..
Sama-samalah kita berdoa dan menanti.. ;)
0 Ulasan