Tips Mempertahankan Diri Daripada Ancaman Jenayah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan.. artikel ini ditulis bukan untuk berseronok-seronok seperti Artikel yang pernah saya tulis sebelum ini tentang pertarungan sengit di Antara Eyriqazz Vs Denaihati.. 


Artikel ini ditulis untuk memberi peringatan kepada kita semua supaya sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri daripada ancaman jenayah.. 

Baru-baru ini berlaku satu kes Pecahrumah yang dialami oleh Denaihati (seorang blogger terkenal).. Saya bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Denaihati sekeluarga.. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengalaman yang dialami oleh Denaihati, anda boleh klik di sini..

5 orang perompak yang berjaya memecah masuk ke rumah beliau hanya sempat merembat wang tunai, barang kemas, jam tangan, Smart phone, dan tiga buah laptop.. Memang sedih bila membaca kisah tersebut.. Mujurlah tiada ahli keluarga beliau yang tercedera.. Setakat wang ringgit yang hilang masih boleh dicari ganti.. 


Saya mengucapkan takziah kepada tuan Denaihati dan sekeluarga di atas musibah yang telah beliau alami.. Semoga tuan tabah dan sabar dalam menghadapi ujian tersebut.. Tentu ada hikmah di sebalik musibah yang telah menimpa tuan sekeluarga.. Hanya Allah yang lebih mengetahui daripada segalanya...

Masalah jenayah di negara kita kini berada dalam tahap  yang amat serius. Terlalu banyak kes – kes yang dilaporkan dalam media massa seperti kes rompakan, kecurian, samun, ragut, mencabul, rogol, gangguan seksual, bunuh dan sebagainya.

Ianya berlaku setiap hari dan seolah – olah sudah tiada jalan lagi untuk menanganinya walaupun setiap hari jugalah, pihak polis membuat tangkapan dan mahkamah menjatuhkan hukuman kepada penjenayah – penjenayah tersebut.

Sekiranya dahulu kita boleh menganggap rumahlah tempat yang paling selamat untuk didiami, tetapi kini tidak lagi.

Banyak keganasan dan jenayah yang berlaku terutamanya yang melibatkan kaum hawa seperti penderaan, pencabulan dan rogol.

Apatah lagi di luar rumah terutamanya di kawasan – kawasan bandar yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai ragam.

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk setiap orang daripada kita pada hari ini untuk menguasai kemahiran seni beladiri untuk mempertahankan diri dari sebarang ancaman jenayah!



Pada masa sekarang ini kejadian jenayah dan ancaman daripada musuh boleh terjadi di mana-mana sahaja. Tidak kiralah anda berada di rumah, tempat kerja, taman permainan, Shopping Complex dan sebagainya.. 

Oleh itu penting rasanya untuk kita tahu apa tindakan yang perlu diambil sekiranya kita berdepan dengan situasi yang tak disangka sebegini. Maklumlah, 'Malang Tidak Berbau'...

Berikut saya kongsikan beberapa Tips mempertahankan diri yang boleh anda lakukan sebagai persediaan...

1. Kekuatan Fizikal

Kuatkanlah fizikal anda. Lakukanlah aktiviti senaman secara rutin yang dapat membantu menguatkan tubuh anda.

Sebagai contohnya, aktiviti bangkit tubi dan tekan tubi dapat membina kekuatan pada tubuh bahagian atas anda.

Tanpa kekuatan, tumbukan atau tendangan anda tidak mungkin mampu menewaskan penjenayah.


2. Daya Tahan Kardiovaskular Yang Tinggi

Ingat akan prinsip pertahankan diri iaitu lari lebih baik daripada dipukul. Sentiasa bersedia untuk lari kerana itulah pilihan utama anda. Larilah sekuat hati anda sambil menjerit meminta tolong...

Namun, anda memerlukan daya tahan kardiovaskular yang tinggi bagi mengelakkan anda keletihan ketika sedang berlari.

3. Jarak Anda.

Apabila anda sedang berhadapan dengan penjenayah dan sedang berkomunikasi dengannya, pastikan anda tidak berdiri terlalu dekat dengan mereka.

Wujudkan sempadan dengan mengawal jarak anda sekurang-kurangnya 2 meter.

Bercakap dengan nada suara yang tegas dan pandanglah dengan tepat pada matanya. Jangan sesekali terleka dengan terlepas pandang pada penjenayah walaupun sedetik.

Ini akan membuka ruang untuk mereka mengambil kesempatan.

4. Pengetahuan Tentang Strategi Dan Teknik Pertahankan Diri

Hadirlah ke mana – mana kursus beladiri atau berdaftarlah sebagai ahli seni beladiri.

Belajarlah sebanyak mungkin yang anda mampu terutamanya kaedah melepaskan diri dari pegangan atau pelukan, bagaimana untuk gunakan teknik memanipulasikan sendi ( kuncian ) dan bagaimana untuk berlawan dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring di lantai.

Merujuk kepada statistik bagi mangsa jenayah, kaum wanita yang mendominasinya diikuti golongan kanak – kanak, orang tua dan orang kurang upaya.

Kenapa keadaan seperti ini boleh berlaku?

Kenapa wanita menjadi pilihan para penjenayah?

Adakah ianya merupakan kesilapan daripada wanita itu sendiri atau disebabkan oleh faktor – faktor lain?

Jawapannya ialah anda perlu mengupas apa yang terkandung di dalam pemikiran seseorang penjenayah.

Mengapa para penjenayah amat meminati wanita untuk dijadikan mangsa?

Sebenarnya, kebanyakan penjenayah menganggap wanita merupakan kaum yang lemah dari segi fizikalnya. Inilah faktor utama mengapa wanita dipilih sebagai mangsa.

Keduanya, hampir kesemua wanita apabila keluar dari rumah akan memakai barang – barang perhiasan diri seperti rantai, gelang dan anting – anting yang diperbuat daripada emas.

Faktor ketiga ialah wanita mudah untuk dipengaruhi dan mempercayai seseorang.

Keempat, perasaan takut yang begitu tinggi juga merupakan kelemahan pada wanita yang mana penjenayah dengan mudah boleh mendapatkan wang atau barang berharga yang diminta menerusi gertakan dan ugutan – ugutan.

Faktor kelima pula, cara berpakaian sesetengahnya yang tidak senonoh dan sengaja mendedahkan bahagian – bahagian sulit mereka dan ini merangsang penjenayah untuk menjadikannya sebagai mangsa.

Namun terdapat juga wanita yang berani tetapi keberanian mereka telah mengundang malapetaka kerana cuba melawan tetapi mereka langsung tidak mengetahui asas – asas untuk membeladiri.

Inilah kesilapan yang paling ketara.

Oleh itu, hadirlah ke kelas – kelas beladiri dan carilah kesempatan untuk menghadiri mana – mana kursus atau bengkel beladiri wanita.

InsyaAllah, banyak tips – tips dan panduan yang dapat diperolehi daripada program – program seperti ini.

Namun jika anda  masih mencari-cari panduan untuk menguasai kemahiran seni bela diri, mungkin anda boleh klik di Sini

P/S: Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.. Sekiranya anda menyukai info ini, sila klik like pada button Facebook yang terdapat di sini..

Catat Ulasan

1 Ulasan