Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sekarang ini saya berada di Batu Gajah Perak (rumah Ayah Mertua saya).. Sambil pergi meronda-ronda dekat Pekan Batu Gajah, ternampaklah iklan rumah Banglo satu tingkat yang pernah menjadi idaman saya sebelum ini..
Pada kira-kira dua tahun yang lepas, saya dan isteri berharap sangat dapat memiliki Rumah Banglo Satu Tingkat Di Taman Desa Permai, Batu Gajah, Perak ini..
Plan Rumah (Klik di sini)
Spesifikasi:
- Single Storey Bangalow House
- Keluasan Tanah 50 'x 80'
- Jenis A (3 ruangan) - Build-up 1134 Kaki Persegi.
- Jenis B (4 bilik) - Build-up 1251 Kaki Persegi.
Ciri-ciri:
- Pembeli Mempunyai Pilihan Untuk Perubahan Reka Bentuk dan Susun Atur
- Kualiti Bahan Bangunan & Design
- Rekabentuk yang luas dan praktikal
- lokasi yang strategik
- Berhampiran dengan kemudahan Awam
- Harga yang sangat berpatutan
- Pinjaman Sehingga 95% (Pemohon yang layak sahaja)
Dari stesen Keretapi ini, kita boleh menaiki keretapi express untuk pergi ke Kuala Lumpur.. Masa perjalanan dari sini ke KL Central dengan menaiki keretapi Express cuma 2 jam sahaja..
Semasa saya berhasrat untuk membeli rumah ini, saya dan isteri bertugas di Mukah Sarawak.. Jadi, dengan adanya rumah ini secara tidak langsung akan memudahkan perjalanan kami dari Batu Gajah ke KLIA..
Dari Batu Gajah-KL Central (2 jam).. Dari KL Central-KLIA (tak sampai satu jam).. Total perjalanan ke KLIA cuma mengambil masa 2 jam setengah sahaja.. Berbanding 4 jam sekiranya menaiki kereta..
Bagi pendapat peribadi saya, rumah ini memang berbaloi untuk dimiliki, disebabkan harganya sangat berpatutan.. Ketika fasa 1 rumah ini dibangunkan, harganya cuma RM148,000 sahaja.. Pada ketika itu, bukannya senang nak dapatkan rumah Banglo satu tingkat dengan harga di bawah RM150K...
Ketika di peringkat pembinaan Fasa 1, saya berkesempatan melihat pembinaan tersebut dijalankan.. Saya dapati rumah ini dibina dengan menggunakan batu bata tanah liat (warna merah)... Ini menunjukkan pemaju menjaga standard dan kualiti rumah-rumah yang mereka bangunkan di taman tersebut..
Gambar Rumah Banglo Satu Tingkat, Lot tengah
Apabila dah berminat.. saya pun telah membuat tempahan untuk membeli seunit rumah di taman tersebut.. Rumah yang kami tempah tersebut adalah rumah Lot Tepi untuk pembangunan pada fasa yang ke 4.... Kebetulan pula pada ketika itu tinggal dua unit lot tepi sahaja yang masih ada.. Jadi kami telah menempah salah satu daripadanya..
Dapat Fasa ke 4 pun jadilah.. Asalkan berjaya mendapatkan rumah tersebut..;)
Masa tu saya fikir berbaloi membeli rumah banglo lot tepi ini disebabkan rumah yang saya ada sebelum ini adalah rumah tengah.. Lagipun harga yang ditawarkan untuk rumah Lot tepi di sini, bagi saya memang sangat berbaloi dengan keluasan tanah tambahan yang diberikan..
Kalau tak silap saya, rumah Corner Lot yang telah kami tempah tersebut berharga RM178,000 untuk keluasan tanah dalam lingkungan 85' X 80'.. Iaitu berbeza sebanyak RM30K daripada harga "rumah tengah"..
Rumah di sini dibangunkan secara berperingkat, mengikut Fasa.. Apabila telah selesai pembangunan rumah untuk Fasa 1, pemaju akan membangunkan rumah pada Fasa yang ke 2, seterusnya Fasa ke 3 dan akhir sekali adalah Fasa yang Ke 4..
Jadi pihak pemaju memberitahu saya, supaya menunggu kira-kira 2 tahun sehingga tiba giliran membangunkan rumah untuk Fasa yang ke 4..
Setelah dua tahun berlalu, pemaju baru sempat untuk membangunkan rumah ada Fasa yang ke 3.. Sedangkan harga rumah Banglo satu tingkat ini telah dinaikkan sebanyak RM20k..
Harga "Rumah tengah" telah dinaikkan kepada RM168,800
Sebelum ini rumah Banglo tersebut berharga RM148,800.. Tapi sekarang harga rumah Banglo tersebut telah menjadi RM168,800..
Ini merupakan harga untuk "rumah tengah".. Harga untuk rumah Lot tepi saya tidak pasti pula berapa.. Saya menjangkakan harga rumah lot tepi tersebut tentu boleh mencecah sehingga RM200,000.. huhuhu..
Saya rasa agak terkilan juga di atas peningkatan harga rumah tersebut.. Rasa terkilan disebabkan tidak berjaya membelinya pada harga dua tahun yang lepas..
Nak buat macamana, dah terpaksa menunggu giliran.. Dan saya percaya apabila Fasa ke 4 dibangunkan nanti, berkemungkinan besar harga rumah Banglo satu tingkat ini akan naik lagi..
Jadi saya memohon pendapat daripada anda..
Adakah wajar saya membeli Rumah Banglo satu tingkat tersebut (Lot tepi), sekiranya harganya melebihi RM220K?
Ps: Lepas ni saya dah tak sanggup untuk membeli rumah baru.. Jadi mulai sekarang saya kena belajar dengan AbangEnsem macamana nak beli rumah terpakai..
Pss: Apa agaknya yang sedang berlaku di antara Eyriqazz Vs Denaihati
Info Berkaitan:
- Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 tingkat)
- Pak Ya Homestay di Perak 2 (Rumah corner lot)
- Pak Ya Homestay 3 di Taiping Perak (Rumah Semi D)
- Cadangan Pak Ya Homestay 4 di Seri Iskandar Perak disebabkan adanya permintaan..
- GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
- Senarai Homestay di Seri Iskandar Perak
- Senarai Homestay Di Batu Gajah Perak
- Tips Uruskan Rumah Sewa
118 Ulasan
Rasanya wajar kot.. tak rugi kalau beli rumah harga mahal pun sbb harga rumah sentiasa naik.. so, pendek kata confirm tak akan rugi.. kalau beli RM200k.. Nanti kalau nak juai beberapa tahun lagi, harga rumah tu mesti dah naik 250k.. so, dh untung 50k dh kann.. ;)
BalasPadamTerima kasih di atas pendapat yang diberikan..
Padamwow. mudahnya buat duit.
PadamPelaburan Hartanah memang boleh buat duit kalau tahu caranya.. Setakat ini saya sedang belajar ceranya daripada Abang Ensem..
Padammcm mana ni? sy dh buat bayaran 10% takkan harga nk naik lg kot? mst kne ikot hrga kita beli la kan..
PadamOk gak tu...mcm best jeOk
BalasPadamTerima kasih di atas pendapat yang diberikan..
Padamkalau ada duit tak rugi beli rumah ni
BalasPadamTerima kasih di atas pendapat yang diberikan..
PadamKalau rumah tu untuk duduk sendiri dan harganya masih dalam kemampuan anda, just proceed je sebab untuk duduk dan untuk investment adalah 2 perkara yang berbeza.
BalasPadamTerima kasih di atas info yang diberikan..
PadamSebenarnya Rumah ini dibeli untuk duduk sendiri.. Tapi tunggu dapat berindah ke Ipoh..
Sebelum dapat berpindah ke Ipoh, mungkin rumah ini akan dijadikan sebagai Homestay..
Batu Gajah - Tempat kelahiran saya dan saya membesar.... teringat Taman Tasik SM NOOR masik kecik2x dulu....
BalasPadamTentu banyak nostalgia awak di Batu gajah.. ;)
PadamSaya baru mengenali Batu gajah semasa saya baru mula bercinta dengan anak Pak mertua saya..
Kalau cukup pada budget boleh je bro.. sebab semakin hari semakin ditangguh pembelian tu.. harga semakin naik.. dekat area aku duduk damansara ni.. memang tak mampu dah nak beli rumah teres setingkat ni.. semua harga setengah juta je.. tapi kalau masih lingkugan 200k boleh je beli..
BalasPadamBetul tu saya setuju dengan pandangan yang awak berikan.. harga rumah semakin lama semakin mahal.. macam rumah dekat kawasan batu Gajah ni masih mampu lagi kita nak beli..
Padamkalau dekat kawasan Damansara memang tak dapat harga rumah macam ni mengikut sepesifikasi yang saya nyatakan di atas.. ;)
harga RM220K tu masih relevan lagi terutama kalau nak beli untuk kegunaan sendiri.. lagipun kalau tangguh lagi mesti harga masa depat akan lebih tinggi
BalasPadamBetul tu saya setuju dengan pandangan yang awak berikan.. harga rumah semakin lama semakin mahal.. Semakin kita tangguh semakinlah kita menggigit jari bila nak beli rumah..
PadamBagi saya masih releven dan boleh beli :)
BalasPadamTerima kasih di atas pandangan yang awak berikan.. Secara tidak langsung dapat membantu saya membuat keputusan..
PadamBagaimana klu dgn prospek masa depan yg cerah.. dia tukar buat banglo 2 tingkat plak..? atau semiD 2 tkt yg harga lebih mahal dari sekarang..? :)
BalasPadamRumah Bunglow satu tingkat ini di bina secara berperingkat..
PadamDaripada semi D saya prefer membeli bunglow satu tingkat.. Sebab kanan-kiri kita akan dapat tanah..
Untuk rumah dua tingkat pula saya kurang berkenan disebabkan tak larat nak mengemas rumah atas dan bawah.. Kalau rumah setingkat ni senang sikit nak kemas rumah.. ;)
Untuk rumah Banglo satu tingkat ini.. Sebelum pembeli bersetuju untuk membina rumah, pembeli boleh bincang dengan pemaju terlebih dahulu, tentang design rumah yang kita nak..
Disebabkan itu saya berminat untuk membeli lot tepi.. Jadi ada lebihan tanah untuk saya membuat sebuah taman untuk berekreasi.. hehehe.. Sekadar cadangan jer tu..
Walaubagaimanapun kena ikut budget yang mampu saya keluarkan nanti.. ;)
Menarik betul rumah ni...tapi batu gajah la pulak....
BalasPadamNampaknya kita mempunyai pendapat yang serupa..
Padam220k untuk banglo setingkat? Berbaloi utk duduk sendiri!
BalasPadamTerima kasih di atas pendapat yang diberikan.. ;)
PadamKalau nak ulang alik mudah ke KLIA, cadangan saya lebih baik ambil yg betul-betul dekat dengan KLIA. 2 jam bukannya dekat.
BalasPadamSaya ada jumpa satu kawasan banglo yang sedang dalam proses untuk dibuat di Salak tinggi, Sepang. Sgt dekat dgn KLIA (15 minit), rumah lebih besar dan mewah, tp harga pun mahal sikit lah. Sgt sesuai untuk orang yg nk settle down.
https://www.facebook.com/menjual.rumah
Sekadar cadangan.
Terima kasih di atas komen yang diberikan..
PadamUntuk pengetahuan Tuan, syatu masa dahulu saya amat memerlukan tempat paling mudah untuk sampai ke batu Gajah selepas turun dari kapal terbang..
Tapi sekarang selepas saya dapat bertugas di semenanjung, ianya bukan lagi satu keperluan..
Sebenarnya saya memang ada berhasrat untuk membeli rumah sebagai pelaburan di kawasan KL.. Sebab kita semua sedia maklum, dekat KL ni senang nak dapatkan penyewa..
Tapi bila difikirkan balik.. siapa nak menjenguk rumah saya nanti? Takkanlah saya nak menjenguk penyewa rumah saya ni sebulan sekali?
Jadi mungkin saya cuba untuk mencari kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kampung halaman saya sahaja.. ;)
masih ok lagi harganya tu..kalau di area taiping rumah berkembar 3 bilik tidur pun dh mencecah 250k...hartanah di batu gajah masih lagi dikatakan murah lagi berbanding tempat lain yang pesat membangun....
BalasPadamBeli di Sabak Bernam pon OK baaaa
BalasPadamDekat Sabak Bernam harga rumah mahal.. Rumah teres biasa pun dekat RM200k.. Rumah semi D dekat RM250K..
PadamMasa mula-mula pindah ada juga niat nak beli rumah dekat Sabak Bernam.. Tapi bila mengenangkan nak berpencen dekat kawasan Ipoh, jadi survey rumah dekat kawasan Ipoh jugalah..
Lagi pun harga rumah dekat sana lebih murah berbanding dekat Selangor..
Rumah tu ayah Saya Ckp tanah lombong, pasal tu murah... Lagipon kaw.tu selalu banjir?.cube Tgk rail train kt ctu..tggi kan? Tny pemaju spe byk beli uma tu Kalo byk org lua Ipoh mknenye dyeorg x tw kaw.tu Cmne..
BalasPadamKalo Banglo murah cmtu kt Ipoh ni slalunya hbis x Sempat org lua nk beli.. I kot logik gak... Mustahil cine2 kt epo ni Xnk wt asset dgn banglo murah cmtu..
BalasPadamTerima kasih di atas maklum balas yg diberikan.. Ayah mertua saya membesar di kawasan ini..beliau pernah mendirikan sebuah rumah utk abg beliau @ pakcik isteri saya yg terletak dlm lingkungan 1 km daripada kawasan banglo tersebut.. Setakat ni alhamdulillah.. Tak pernah lagi berlaku banjir dkt kawasan tersebut.. Sepertu yg tuan kata.. Saya setuju kawasan ini merupakan kawasan lombong.. Ayah mertua saya kerap memancing ikan talapia dkt lombong yg ada sejak beliau muda lagi. Menurut ayah mertua saya, tapak perumahan utk rumah bunglo tersebut bukan tapak lombong.. Disebabkan itu beliau yg telah mengesyorkan saya membeli rumah tersebut..
PadamTerima kasih di atas maklum balas yg diberikan.. Ayah mertua saya membesar di kawasan ini..beliau pernah mendirikan sebuah rumah utk abg beliau @ pakcik isteri saya yg terletak dlm lingkungan 1 km daripada kawasan banglo tersebut.. Setakat ni alhamdulillah.. Tak pernah lagi berlaku banjir dkt kawasan tersebut.. Sepertu yg tuan kata.. Saya setuju kawasan ini merupakan kawasan lombong.. Ayah mertua saya kerap memancing ikan talapia dkt lombong yg ada sejak beliau muda lagi. Menurut ayah mertua saya, tapak perumahan utk rumah bunglo tersebut bukan tapak lombong.. Disebabkan itu beliau yg telah mengesyorkan saya membeli rumah tersebut..
PadamMana taman ini? Tak dapat cari...dekat mana?
PadamDekat Kampung Pisang... Berhampiran dengan stesyen LRT/Keretapi Batu Gajah..
Padamsya pun pernah mengidam untuk beli rumah kat situ tapi setelah survey memang kawasan banjir dan agak jauh kedalam perlu merentasi sungai denganjambatan yang agak uzur.last buat keputusan beli kt lahat tropicana pengkalan rm205,800.00 design lg cantik dan dekat ngan bandar dan juga dekt denmgan stesen keretapi lahat.
BalasPadammasih ada lagi kot 3unit
salam,
BalasPadamdesa permai weekend ni nk tgk sb dkt dgn sekolah wifey. tp mmg betul pernah sblm ni banjir kt sana disebabkan air sungai naik slps hujan lebat. lahat tropicana pengkalan tu menarik tp knpe xde org duduk lagi?
Sy pun berminat jga dgn rmh banglo kat situ..ttp btl ke ianya tanah lombong n kawasan banjir..risau jga nk beli..
BalasPadamBanglo utk dijual di RPT Kg Sentang, Bt Gajah. Keluasan binaan : 43 x 36 kaki persegi ; 3Bilik 2 Bath 1 Ruang solat. Keluasan lot tanah 90 x 60 kaki persegi. Ketinggian tanah dari jalan 4 kaki. Berhampiran sekolah, masjid, sekolah agama, tadika, kedai makan, bengkel motor/kereta, kedai runcit, car wash, setesen KTM Batu Gajah & kws perumahan. Harga : RM 220K . Hubungi : 019-4408588.
PadamPandangan saya eloklah buat rumah sendiri, setahu saya tanah lot kawasan sini harganya murah jika nak dibandingkan dengan kawasan saya(Alor Setar). Bila ada tanah, bolehlah buat rumah sendiri dengan plan sendiri, maksud saya cari tukang buat dan kita beli barang. Harganya jauh lebih murah dari harga banglo yang saudara kehendaki, tapi kerjanya rumit sikit la, sbb kita kena bersusah paya sikit. Saya rasa kalau keluasan rumah 32' x 50' perbelanjaannya dalam 100k hingga 120k saja. Itu pun ikut kawasan la plak.
BalasPadamSlm..dlm mencari info ttg desa sentral ni terjumpa blog en anuar ni..sy sedikit cnfuse dgn tulisan d ats.bl anuar bli rmh ni?sy jg bru beberapa hr lps g booking rmh dkt cni.sy jg ambil corner lot 100x80ft lbh kurg dgn hrga rm256k utk fasa yg ke 4..btl ke kawasan ni kawasan banjir?sy bkn org batu gajah tp org teluk intan..rmh d teluk intan sgt2 melampau hrganya..semi d double storey pun dh mencecah 690k..memandangkan sy mencari rmh yg ada tanah ayh mencdgkan sy cari d bt gajah sbb kemudahan n dia pnh bekerja d cni..so rsnya btl ke pilihan utk tinggal d taman ni?tq
BalasPadamWaalaikumsalam.. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya..
PadamSaya pernah booking rumah Banglo corner lot di kawasan ini pada tahun 2010.. Masa tu harga yang ditawarkan untuk lot tepi masih murah lagi.. Tapi bila harga rumah di kawasan tersebut naik, saya tidak jadi membeli rumah tersebut..
Pakcik isteri saya tinggal di kawasan kampung bersebelahan dengan kawasan rumah banglo ini.. Ayah mertua saya pernah membantu beliau mendirikan rumah di kampung tersebut.
Jadi pakcik isteri saya dan ayah mertua saya tahu selok belok kawasan Banglo batu Gajah ini, seperti dimana kedudukan lombong dan di bahagian mana kawasan yang dinaiki air..
Sewaktu saya nak booking rumah tersebut dua tahun yang lalu, ayah mertua saya turun sekali melihat peta rumah.. Tujuannya untuk memastikan kawasan rumah yang bakal saya beli bukan kawasan lombong..
Tapi untuk kes puan ni saya tak tahu lokasi mana yang puan beli.. Kalau saya tengok peta tersebut pun saya tak tahu samada kawasan tersebut, kawasan lombong ataupun tidak,,
Setakat ni saya tak pernah dengar daripada mereka yang mengatakan kawasan tersebut banjir.. Kalau banjir tentu saya boleh tahu sebab pakcik isteri saya, tinggal di kawasan tersebut..
Jadi, buat masa ini saya rasa kawasan tersebut selamat untuk diduduki..
terima kasih krn membalas..oh phm sudah.. =)
Padamsy baru booking di kawasan yg sm dgn yg ada dlm gambar kt ats tu..baru2 ni g survey kt taman ni..rekabentuk rumah pun sm..cuma ruangan dalaman yg fasa ke 4 ni dh sedikit berbeza...sbb sgt teruja nk ada rmh sndiri n harga yg bgs dgn keluasan tnh yg bsr..sy rs berbaloi beli rmh kt sini..lgpun kemudahan semua ada dkt2..1 lg sy rasa pemaju dh tukar nama taman ni kot dr desa permai ke desa sentral..
Banglo utk dijual di RPT Kg Sentang, Bt Gajah. Keluasan binaan : 43 x 36 kaki persegi ; 3Bilik 2 Bath 1 Ruang solat. Keluasan lot tanah 90 x 60 kaki persegi. Ketinggian tanah dari jalan 4 kaki. Berhampiran sekolah, masjid, sekolah agama, tadika, kedai makan, bengkel motor/kereta, kedai runcit, car wash, setesen KTM Batu Gajah & kws perumahan. Harga : RM 220K . Hubungi : 019-4408588.
PadamSalam,saya baru semalam booking rumah di tempat yang sama,tapi saya ambil lot tengah untuk fasa 4,RM 148k untuk 3bilik 2bilik air.kalau dilihat area rumah ni memang berbaloi ambil..tapi risau la pulak kalau kawasan ni kawasan banjir...tapi memang elok sangat2 rumahnya,batu bata memang pakai yang warna merah punya..tp dah dgr kwsn banjir ni..takut jgk sbb kwsn ni mmg berhampiran dgn sungai..
BalasPadamSlm tanpa nama..beberapa hari lps sy pergi blik dkt kawasan ni tp kbtln ms tu baru lps hjn..apa yg sy dapati kawasan dkt sekitar ni penuh dgn takungan air..tb2 baru sy sdr yg kawasan rmh ni ada longkang ke x. .tp sy rs xder..btl x?sy xingat..dh dkt kg baru tersedar..so ianya membuatkan sy pk balik n survey rmh2 lain..lg 1..sy rs projek ni agak lembap n pekerja binaan xramai..ini buatkan sy pk balik..bl nk dpt rmh ni..byk plak risikonya..aduh poning..ye la kan..nk beli rmh bkn sesenang nk bli pisang goreng..tkt tersilap beli sakit plak esk2..
PadamBanglo utk dijual di RPT Kg Sentang, Bt Gajah. Keluasan binaan : 43 x 36 kaki persegi ; 3Bilik 2 Bath 1 Ruang solat. Keluasan lot tanah 90 x 60 kaki persegi. Ketinggian tanah dari jalan 4 kaki. Berhampiran sekolah, masjid, sekolah agama, tadika, kedai makan, bengkel motor/kereta, kedai runcit, car wash, setesen KTM Batu Gajah & kws perumahan. Harga : RM 220K . Hubungi : 019-4408588.
PadamUntuk fasa ke 4. lokasi nya di kwsn tnh tnggi bebnding fasa sbelumnya. Lbih kurang 5 kaki tinggi. kawasan d tepi lmbong jauh gak la. bkn lmbong y di kambus.pernah bnjir tp bkn di kawasan perumahan tp di kawasan perumahan di sebelah sekolah menengah berdekatan sklh memandu pada tahun 1999. Masa tu sy pernah mengharungi bnjir tersebut. paras betis juga la.So minggu lps sy dh survey kawasan tu dh dipebaiki. sungai pn dh dlm. Bg peminat memancing. mmg best. ikn kt lmbong tu mau joran Rm500 keats ja..ha.
BalasPadamslam klu kita nk ikut org ckp,sampai bila kita xdpt menduduki rumah dan membeli rumah banglo yg kita idamkan selama ne.ok say nk tanye tuan d puanx adakah kerjaan pusat tersbut x trun pdang klu berlaku bencanax yg x diingini.klu kws tersbut berlaku banjir.sory say berckp klux tersinggung persaan yg meluahkn tempat tersbut
BalasPadamHrga rumh skrg mmg mhl...200 k tu kira berbaloi la...
BalasPadamTerlihat biasa tapi keren dan elegan sob, sesuai lah dengan harganya....
BalasPadamlatest fasa 4 keluasan tanah sama 50x80 tapi binaan rumah makin kecil iaitu 24x38...huhuhuhuhu saya pun baru cadang nak beli kat situ.
BalasPadamciktom mmg berminat nak beli rumah..tgh usahakan kumpul duit utk deposit...mmg untung buat homestay..makcik2 ciktom 3org semua ada rumah buat homestay..mmg berbaloi lebih2 lg skang musim cuti sekolah+kenduri kahwin...
BalasPadamBeli rumah sekarang memang agak mahal. Apa akan jadi kalau 10-20 tahun dari sekarang berapa agak2nya?
BalasPadamnak tanya.. apa status rumah tu skang.. da setahun lebih kan... cuma nak tau saja...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamX cuba tengok di kellie perdana berhampiran callie castle di batu gajah, ada lot banglow 50 x 80, ada yang buat rumah, harga 248k.
BalasPadamsaya dah booking kat kellie perdana.. rumah banglo 50 x 80.. harga 248 k..
Padamsaya pon..berjiran la kite..
Padamjangan beli umah kat kawasan ni,developer penipuuuuuuuuuu.....masa booking sampai la nak ambil resit rasmi booking sepatah haram pasal bayaran muka 10% diorg x pernah cakap pon..,yang diorg nyatakan hanayalah yakinkan kita pinjaman perumahan 100%.Tup2 masa nak sign agrement dgan lawyer...baru la bgtau kna bayar 10% duit muka....cilakak punya developer.skrg diorg nak burn duit booking...hahahha bnyak cantik...
BalasPadamye ke..mungkin sedara sorang je kot.saya baru je sign snp baru ni utk fasa 4 rmh 4 blk.bayar utk loyer itu ini lebih 3k lbh..cuba gi bincang leklok dgn loyer.....tapi ejen juak rumah ni memang sengal skit..kena folo up byk kali..dokumen sy dah bg dia hilang..bagi kali ke dua pon, bila dia submit, jadi lain,,utk rumah 3 bilik lak
Padamhah!!! terkena la saya...saya dah bayar 10%....
BalasPadamsaya pun dah booking rumah ni sebab design rumah ni ok..
PadamIrfan zack iskandar...da byr penuh ke 10% tu? Pastu ape pulak step seterusnye? Blh share? Sy 1st time nak beli umah. Mang berminat ngan tmpt ni cuma x berkenan ngam prosedur yg pemaju tetapkan.
PadamSaya bayar penuh,,sekarang pemaju bagi alasan kena tunggu pejabat tanah bagi status,baru leh masuk loan...prosedur yg pemaju bagi mmg sakit hati...apa nak buat,baru nie pegi tengok fasa 2 punya rumah baru siap....
Padamyeke? ade apa2 masalah lagi ke dgn developer tu? sy baru berkira2 nak bayar deposit rm1000
BalasPadamAssalam. Just nak mntk pendpt anda2 semua. Sy pon br je byr duit booking 3 ribu pd pemaju. Pastu dpt surat suh dtg sign snp berserta dgn 10%. Harge umah 156, 800. Sign snp ngan loyer kene byr seribu. Sy rs x puas hati n pegi refer ke opis ssf kat ipoh. Staf dia ckp mmg standard surat mcm tu. Kene byr 10% tu. Rase bengang plak sbb blm apa2 dahkene byr itu ini. Pastu ble sy tanya kalo nak cancel mcmna sbb sy xde duit nak byr 10% tu. Ktnya leh byr dlm 5k dulu ms sign ngan loyer. N booking tu x dpt blk kalo kita cancel melainkan kalo lon bank kite x lulus. Mmg sy rs x puas hati dgn prosedur pemaju ni. So sudahnya sy x jd sign n mntak pk dulu. Pd pndpt korg mcmna ye. Nak proceed ke @ batal sbb sy rs cam ade yg x kene laa...
BalasPadamKepada penghuni Taman Desa Permai / Taman Desa Sentral fasa 1 dan fasa 2 diharap dapat kongsi pengalaman anda...
BalasPadamsekarang masalahnya bro. pejabat tanah yang lambat lulus.
Padamsalam. untuk beli rumah di sini anda kena berani dan tebal muka untuk kerap pegi ke pejabat ssf di medan istana itu. sebab pengalaman saya memang saya sound mereka kerana segala kos mereka wat kerja kita yang bayar, begitulah juga dengan peguam rumah saya yang lambat nak keluarkan mohon keluar cf jadi memang saya sembor. untuk pengetahuan anda kerani di ssf selalu je kena maki dengan pembeli sebab lambat pengurusan tetapi yang wat keja orang lain tp dia yang kena. ini cerita benar sebab saya berurusan dengannya. kerap juga saya pi n tya apa ceta. akhirnya dapat rumah lot tepi special untuk fasa 1. xde banjir pong, di buai oleh alunan keretapi je n kicauan burung. untuk fasa 1 saja majoriti yg beli semua orang batu gajah sekitarnya. ada 1-2 yg bukan dr perak pong. nasihat saya pi kat pejabat depa n tanya apa ceta
PadamBoleh sayer tahu,pemaju desa sentral batu gajah nie , dekat ngn mydin meru ker? Ader saper2 kat sini yang guna loan gov x????
BalasPadamsalam. taman ni memang pelik. kerana dia mempunyai 2 agreement iaitu pemaju n pemilik tanah. yang menjadi masalah sekarang pihak tanah saja yang lambat meluluskan tanah. sekiranya kamu telah layak n loan lulus, x mesti rumah leh wat selagi tanah x lulus. untuk nak beli memang berbaloi, sekarang dah fasa 7 habis di tempah. mmg betul pembinaan di buat setelah selesai setiap fasa. la ni fasa 3 dah siap. fasa 4 tahun depang la. rumah di sini bentuk hadapan saja harus sama, tetapi di dalam ikut suka mau cam mana. kalu rumah 3 bilik lu leh tgk dia pya tiang 4 segi kalu kalu bulat 4 bilik. 10q
BalasPadamsalam nak tanya..sy pun ada book utk 3 bilik utk fasa 3.. masa book tu kat ejen dia dpn mydin ipoh nama en badrul.. sy bayar book rm500.00 utk fasa ke 3 sbb gantikan org yg kencel.. tarikh book 14.9.13. en badrul kata dia akan hubungi sy dlm masa sebulan sekiranya sy dpt lot tu.. tp sampai skang sunyi sepi jer.. bila sy call dia kata tunggu dr pejabat tanah utk kencel kan nama pemilik yg 1st tu dlm masa 2minggu.. sampai skang pun senyap lg.. mintak pendapat kawan2.. perlukah sy terus kan permohonan ni.. takut masalah di kemudian hari.. tq..
Padampi pejabat dia org (SSF) kat medan istana (dekat tokong india n taman dr apatah ) 2 n tya kedudukan. betul ke egen ssf. yg gua tau pejabat tanah yg lambat lulus. ada fasa 2 yg dah pacak tiang loan rumah dah lulus tp pejabat tanah yg lambat lulus. la na xwat lg.
Padambadrul dan anak buah dia...penipu laknat...bayar deposit RM500...hilang mcm tu saja...dah jadi kes polis...
Padamkepada artmisa6494,saya dah pon pergi ke syarikat ssf tu bnyk kali...lebih dari 5x...dan masa diorg mintak 10% tu mmg sy cakap kenapa masa booking dulu pihak syarikat@agen xpenah nk cakap?kenapa perlu yakinkan pembeli boleh buat 100% pinjaman?kenapa nak disorkkan pasal bayaran duit muka?dan sy juga telah berurusan dengan staf ssf bernama NURUL yg mengaku sbgai projek manager di kawasan tersebut....amat mengejutkn...sy dh bgtau sy tak mampu nak bayar duit muka 10%...kemudian si nurul tu boleh ckp "xpe...encik bayar je berapa yg encik ada...rm1k boleh,rm2k pon boleh...."dan bertitik tolak dari cara dia cakap sy dah nampak ade yg tak kena dgan syarikat ni....dan kenapa perlu disalahkan agen?syarikat yg melantik agen mereka...knapa syarikat ssf x ambil tindakan atau menyediakan garis panduan pada agen yg mereka lantik?kenapa nak salahkn pula pejabat tanah?mana sistem syarikat ssf ni?untuk makluman....kawan sy smpai skrg xdapat kunci lg...dah 3 tahun menunggu...fasa yg dh siap di depan skali tu...alasan CF xdpt lg...kalau CF dpt lmbat...mesti ade masalah kan...kan3...
BalasPadamkepada seua pembeli dan bakal membeli dan yg pernah cuba nk beli rumah banglo ni,,diminta sms/wasup saya dgn kadar segera ke 0176503036
BalasPadamkepada semua pembeli dan bakal membeli dan yg pernah cuba nk beli rumah banglo ni,,diminta sms/wasup saya dgn kadar segera ke 0176503036
BalasPadamApa hal plak nie....?
Padamapa crita dgn status rumah kt sini, sapa2 yg tau blh la update.
BalasPadamen badrul ni mmg dh x jd agen dlm SSF nie dh ilang kn diri..sya rsa dh mati kot...nyusah kn org je
BalasPadamsalam rakan2. En Badrul mmg dh lari hilang bsma duit booking bkal2 pembeli. xtau la pe msalah dia... dlm keadaan sakit pn ada niat songlap duit booking.. rmai jg yg kena. opis agen di mydin ipoh dh tutup. sy antra yg jd mangsa.. dh tpon nurul dr ssf coprtion..dia ckp si bdrul dh lama xbg duit book. xkn la pantau.. msa sy nk book dlu..msti mlalui agen shj.. sff x buat.. tp bila agen dh lari .. ssf suruh sy byar smula duit duit booking.. ssf x btangungjwb.. kpd rakan2 yg snasib sy.. tlg kongsi pdngn n ape patut sy buat..
BalasPadamKepada tanpa nama. Utk pgetahuan anda. Ada yg loan rumah dah lulus tp tanah belum lulus jd hanya tiang saja yg pacak
BalasPadamTerlihat biasa tapi keren dan elegan sob, sesuai lah dengan harganya....
BalasPadamteman dah kabo,ade masalah dgan developer ni,especially si nurul kononya projek manager kat ssf,hancur,pr out...ade ke org nak beli rumah nak main2?gile apa budak tu?adakah nurul tu budak lepasan SPM yg baru keje?...main lepas tangan...hati2 le mengkome semua,selidik la dulu sblm beli rumah kat situ,teman pon dh ilang duit booking tu...
BalasPadamhakikatnya...jika dilihat harga rumah tu skrg telah naik dgn mendadak....umpama ada usaha untuk menggagalkn pembeli sblm ni...cth mcm kes di atas di mana syarikat mengatakn duit booking telah dilarikn oleh en badrul....jika pekara itu berlaku ianya adalh tgjawab syarikat kerana en badrul adalah ejen mereka,maka tidak timbul isu mesti bayar balik duit booking tersebut.apa yg terjadi,pihak syarikat sdri telah membuat kesilapan dari awal iaitu meletakkan harga rumah yg amat rendah sebelum ini sedangkan di tempat lain harga rumah banglo tidak kurang dari rm200k.nak salahkn tokey syarikat pon tak boleh,sapa yg tak nak untung yg maksimum kan?jadi pada mereka yg telah booking rumah tersebut dr awal,bersabar dan berhati2lah,dulu harga rumahnya bermula dr harga rm130k,tapi skrg dah melonjak ke rm180k...nmpak tak permainan diorg????
BalasPadamHmmmm.....saya pun dh terkena....dh buat police report pun...and tunggu jer la tindakan selanjutnye...dh gi gegor pejabat SSF tu kite plak yg kena sergah...kurang ajar punye company....mmg developer ni teruk sila bagi warning pd sahabat and saudara2 kita yang lain....
BalasPadamapa yang awak dh terkena.....cer citer ckit.....
Padamtgk nie....http://www.mudah.my/Banglo+Taman+Desa+Permai-27247258.htm
Padamnampak elok rumah banglo tuh,
BalasPadamsangat diminati banyak orang,
thx
sangat elok rumah banglo itu.
BalasPadampegangan rumah untuk taman ini kekal @ pajakan..kalau boleh nak beli rumah yang pajakan kekal..sebab beli rumah untuk di duduki...
BalasPadamsekarang dah jadi rm198k
BalasPadamYaa sekrg dh jd 198K harga rmh n bile teemasuk harga tanah dh jd 268K.
BalasPadamSaya bru aje book semlm conner lot i 329K.
Apa pun x rugi utk membili n sya difahamkan cuma tinggal 6 lot sahaja..
Yaa sekrg dh jd 198K harga rmh n bile teemasuk harga tanah dh jd 268K.
BalasPadamSaya bru aje book semlm conner lot i 329K.
Apa pun x rugi utk membili n sya difahamkan cuma tinggal 6 lot sahaja..
RM262-00 per sq ft...macam dh di klang valley....
BalasPadamharga tanah pulak 131000-00...
329,000...
Perrhh.. boleh tahan gaks harga tuh... Tapi berpatutan kot ngan keluasan rumahnya...
BalasPadamhttp://supernifzvitamin.com/panjat-candi-borobodur-tatkala-hamil-7-bulan/
okay jugak.. kena dgn harga sy rasa.. huhu
BalasPadampergh ramai betul komen kat sini....memang hot entri ni..
BalasPadamterima kasih infonya..
BalasPadamApa itu stres atau masalah yang telah hampir mengambil sukacita Anda pergi? Apakah Anda perlu mantra kastor kuat untuk mendapatkan masalah Anda diselesaikan untuk Anda, kemudian menghubungi Dr.miss iman atau memanggil + 2348104857337.for berikut dan banyak lagi
BalasPadamdan dia adalah kastor mantra yang dapa
Jika nak beli rumah dengan cara yang betul mungkin tiada masalah.Tak elok tuding jari pada sesiapa pun.Harap selepas ini selidik syarikat dulu sebelum bayar ape2 booking.
BalasPadamFyna pun tengah usha-usha nak beli rumah. ^_^
BalasPadamWow! Banyaknya komen kat sini... baik untuk SEO ni... :D
BalasPadamsalam admin..sy bercadang membeli banglo desa sentral ni tp bila baca pengalaman kwn2 kt atas,rasa macam berbelah bahagi pula..mcm byk masalah pula dgn pemaju..harga skrg utk 3 bilik rm238k,utk 4 bilik 278k..hrga mmg murah dan berbaloi
BalasPadamsalam admin..sy bercadang membeli banglo desa sentral ni tp bila baca pengalaman kwn2 kt atas,rasa macam berbelah bahagi pula..mcm byk masalah pula dgn pemaju..harga skrg utk 3 bilik rm238k,utk 4 bilik 278k..hrga mmg murah dan berbaloi
BalasPadamAda lg x sape2 yg bercadang nk beli rumah ni pd thn 2017 ni?mgkin kita boleh kongsi2 pandangan?
Tanpa Nama dan Sara..
BalasPadamSaya pun baru bercadang untuk membeli rumah di situ.. Sesiapa boleh komen keadaan terkini di sana?
projek slow siapa yang nak beli rumah kat sini kena sabar menunggu.
BalasPadamprojek slow siapa yang ingin beli rumah disini kena sabar menunggu
BalasPadamsaya bukan orang perak.masa jalan2 di mydin aman jaya ptghan thn 2014, terjumpa la sykt ni dok promot rumah desa sentral ni.
BalasPadamsaya beli rumah fasa 4..4 bilik 178k.
jun 2017 rumah dah siap. jalan pon dah siap..sykt pemaju kc biz bgtau tunggu surat panggil utk serah kunci..cf pon belum dapat lagi.brp lamalah pulak nk dpt cf tu
awal 2017 ni dah stat potong gaji.adehh..
tak sabar tunggu dpt kunci rumah..ada jg komen pembeli yg x bernasib baik rupanya..tumpang simpati.
sy pon mula berurusan dgn badrul tu..masa bayar deposit rm500, dia bgtau harga rumah rm178k..sy dtg amik resit minggu berikutnya, badrul takde, staf lain yg ada..dorg bgtau harga rumah rm188k, badrul tersilap sebut.. saya berkeras kata, badrul bgtau minggu lepas harga 178k, so sy tetap dgn harga tu..alhamdulillah xde berubah.
Encik tanpa nama diatas mcm mn nak hubungi encik? Saya br bc entry ini.. Dah bayar duit booking,skrg tgh deal dgn lawyer.. Risau lah pulak..mcm2 berlegar dlm otak nih..kata nya rumah siap minimum dlm 2 tahun.
Padamsalam admin..sy bercadang membeli banglo desa sentral ni tp bila baca pengalaman kwn2 kt atas,rasa macam berbelah bahagi pula..mcm byk masalah pula dgn pemaju..harga skrg utk 3 bilik rm238k,utk 4 bilik 278k..hrga mmg murah dan berbaloi
BalasPadamAda lg x sape2 yg bercadang nk beli rumah ni pd thn 2017 ni?mgkin kita boleh kongsi2 pandangan?
Tanpa Nama dan Sara..
BalasPadamSaya pun baru bercadang untuk membeli rumah di situ.. Sesiapa boleh komen keadaan terkini di sana?
projek slow siapa yang nak beli rumah kat sini kena sabar menunggu. projek slow siapa yang nak beli rumah kat sini kena sabar menunggu.
BalasPadamreplica bags blog replica bags india replica bags hermes
BalasPadamdasyatnya harga dulu. 2010, 148k boleh dapat untuk banglo. sekarang ni teres pun developer juga dekat 300K
BalasPadam