Tiba-tiba BE bertukar menjadi Meter Earning.. Disebabkan..

Terkilan betul saya dibuatnya..


Apabila mendapati Bufferd Earning (BE) atau dalam bahasa Melayunya pendapatan terumpuk yang diharapkan dapat bertahan lama.. Tiba-tiba bertukar menjadi Meter Earning atau dalam Bahasa Melayunya Pendapatan Meter..


Tak sempat lagi nak merasa pendapatan yang selesa.. Dia dah buat perangai dah..

Status keahlian Nuffnang saya yang sebelum ini Ekskusif (glitterati).. tiba-tiba bertukar menjadi Ahli Biasa.. (Tengok gambar di bawah)




Patutlah Bufferd Earning (BE) yang sedang menari-nari di blog saya ditamatkan dengan serta merta.. Sedihnya.. Ingatkan sempatlah nak tengok nilainya mencecah puluhan ringgit.. Tak sangka pula rupanya ada masalah lain yang timbul..


Setahu saya.. status keahlian akan bertukar kepada ahli biasa, apabila dekat blog kita ada  memasang iklan daripada pesaing nuffnang yang lain seperti Says.my, Mangga dan Advertlets..


Tapi masalahnya di sini, tiada satu pun dalam senarai pesaing nuffnang tersebut berada dalam blog saya.. Jadi apa masalah yang berlaku sebenarnya ni??

Buat masa sekarang ni saya sedang menunggu email daripada pihak nuffnang.. Biasanya pihak nuffnang akan menghantar email kepada kita untuk memaklumkan perubahan status keahlian tersebut.. Jadi tunggu jerlah dengan sabar.. Mungkin saya ada membuat sebarang kesalahan yang perlu diperbetulkan.. :(

Pernah tak anda mengalamai situasi yang sama seperti ini?? kalau ada, nak minta tolong berikan pendapat atau pandangan..

Terima kasih..

Catat Ulasan

30 Ulasan

  1. hantar la email ke pihak nuff & dptkan penjelasan..
    ade ke letak post @ iklan pihak pengiklan yg lain di blog..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas cadangan yang diberikan.. nanti saya akan menghantar email kepada nuffnang..

      Iklan affiliate biasa memang ada dipasang di blog saya..

      Tapi iklan pesaing nuffnang setakat ini tiada..

      Padam
  2. curious gak nk tau..pesal jd gitu yek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sedang menanti jawapannya daripada pihak nuffnang..

      Padam
  3. mm.. mybe de iklan pesaing nuffnang kot dlm blog kita yg nuffnang dpt kesan
    jom join sini
    http://www.nurfuzie.com/2012/06/pencarian-cik-en-dan-blog-entry-kita.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.. Nanti saya cek habis-habisan.. Dekat mana iklan pesaing nuffnang tu bersembunyi.. pandai pula dia nak main nyorok-nyorok yer.. ;)

      Padam
  4. mungkin da iklan yg mnjd pesaing Nuffnang da dlm blog ni.tp sy xpsti yg mne satu.tkut klu ckp nt,tersalah plak kn.Hrp Nuffnang cpt2 reply ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. takder awak.. Betul.. Saya dah cek.. Memang tak ada..

      Padam
  5. walaw macam mane pon bang kite harus bersyukur,, dan terus berjuang,,, dikit demi dekit lame-lame jadi buket,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas kata-kata semangat yang diberikan... Teruskan perjuangan sebagai seorang blogger picisan..

      Padam
  6. Perkara sama telah terjadi kepada blog saya bertukar menjadi ahli biasa. Sudah email kepada pihak Nuff tetapi tidak berpuashati dengan penjelasan mereka berikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa kesudahannya dengan blog awak... Dah dapat bertukar balik ke belum status keahlian awak?

      Padam
  7. Saya masih menunggu BE dari nuffnang. Blog tak cukup power kot pasal tu tak pernah dapat:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jun Aina.. Kena sabar.. Sebenarnya saya pernah mengalami situasi yang sama seperti yang pernah awak alami.. Dan saya pernah menulis artikel tersebut di blog Sembang hari2 tentang penyelesaian kepada masalah tersebut.. Kalau awak rajin, boleh selongkar artikel-artikel dekat blog tersebut..

      Antara tips yang pernah saya kongsikan adalah: Kalau nak dapat BE daripada nuffnang sekali sekala kita kena menulis artikel "membodek nuffnang"..

      Kena rajin update blog, kena kerap update profile kita dekat akaun nuffnang.. Terutamanya setelah kita pulish sesebuah artikel/entri..

      Biasanya nuffnang akan memberikan BE mengikut isi kandungan sesebuah blog.. Sekiranya blog berunsur akademik, nuffnang akan bagi BE kepada blog yang mengandungi cerita tentang akademik.. begitu juga sebaliknya bagi blog yang menceritakan tentang masakan, sukan, hiburan, kekeluargaan dan sebagainya..

      Kebanyakan blog yang saya lihat mengandungi cerita tentang peribadi.. Sama juga seperti blog saya.. Isi kandungan blog peribadi ni biasanya caca merba.. Bercampur-campur..

      Jadi cuba sekali-sekala kita fokus untuk menulis beberapa entri dalam bidang yang sama.. Contohnya tentang pendidikan.. Buatlah 3-4 artikel secara berturut2 tentang pendidikan..

      Kemudian, anda perlu mengemaskini akaun nuffnang anda dengan meletakkan maklumat berkisarkan tentang pendidikan...

      Insya Allah.. Sekiranya pada ketika itu ada institusi pendidikan yang membayar iklan kepada nuffnang, iklan tersebut akan diletakkan di blog anda..

      Cuba dulu.. kalau masih belum berjaya, cuba hantar tiket kepada nuffnang.. Dengan memohon BE daripada mereka.. TQ..

      Padam
  8. eh.. pelik jugak tu tetiba bertukar status macam tu.. hurmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini merupakan pengalaman pertama saya terkena macam ni.. Sebelum ni ok jer.. Saya masih menunggu jawapan daripada pihak nuffnang berkaitan perkara ni..

      Padam
  9. Balasan
    1. Saya pun sedang mencari jawapan untuk persoalan tersebut..

      Padam
  10. Setakat ni saya tak tahu macamana boleh jadi macam tu.. Saya ada hantar email kepada nuffnang.. Tapi sampai sekarang pun masih belum mendapat sebarang jawapan..

    Cuma pagi tadi semasa saya buka akaun nuffnang, saya dapati status keahlian saya telah bertukar kepada glitterati semula.. Syukur Alhamdulillah..

    Tapi BE yang bertiga tu tetap dah tak dapat diselamatkan.. Nak buat macamana bukan rezeki saya.. ;)

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Ala.. komen sikitlah Bro.. nak tahu juga pandangan bro berdasarkan pengalaman bersama Nuffnang..

      Padam
  12. Bro ada tukar theme, masa dah dapat BE?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adalah juga.. Apa kaitan tukar theme dengan pengiklanan nuffnang??

      Padam
  13. mudahan bro tabah hadapi ujian ni. tunggu penjelasan dr nuffnang dululah kot.

    BalasPadam
  14. pernah gak jadi sekali..tapi 3 hari dah ok dah

    BalasPadam
  15. jadi dh tau ke nape bertukar? sy ni bdk bru lg ler xtau... =)

    BalasPadam
  16. 7a replica bags site web y9d18t7v53 replica bags bangkok replica bags and watches replica hermes bag k0l07y7b77 hermesreplica bags neverfull find more g3x76e7s51 louis vuitton replica replica bags bangkok

    BalasPadam