Syukur Alhamdulillah..
Hari ini saya rasa bersyukur sangat.. Sebab dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Pagi tadi masa masuk office, tiba-tiba dapat satu envelope.. Bila dapat envelope, biasanya saya akan terfikir "hutang apa pula yang datang pada kali ni?".. "berapa agaknya hutang yang aku kena bayar pada kali ini??
Suspen juga ni.. Walaubagaimanapun kenalah buka juga envelope tu.. Tak kisahlah, walau apa pun isi kandungannya... Jeng..jeng..jeng.. Bila dah buka envelope rupa-rupanya dapat rezeki daripada nuffnang.. Syukur Alhamdulillah..
Terima kasih
nuffnang sebab bagi saya cek pada kali ni.. Walaupun nilainya tidaklah sebanyak mana, tapi dapatlah juga lebihan rezeki pada bulan ini..
Buat masa ini saya terpaksa merahsiakan rezeki yang saya perolehi daripada
nuffnang .. Bukannya apa.. Sebab malu dekat
Red Mummy dan rakan-rakan blogger yang lain..Maklumlah Income yang mereka perolehi daripada
nuffnang boleh cecah sampai 4-5 angka.. Nilai cek yang saya perolehi ini terlalu kerdil jika hendak dibandingkan dengan cek Red Mummy .. Cuma saiz cek dan envelop sahaja yang 'confirm' sama.. ;)
Sumber : Red Mummy
Selain rezeki daripada nuffnang.. Rupanya ada rezeki lain lagi yang menanti saya.. Bila saya buka akaun email saya.. Rupanya ada komisyen yang saya terima daripada salah satu pengiklanan affiliate yang dipasang di blog saya..
Kata orang rezeki yang kita perolehi ditentukan oleh Allah S.W.T.. Sebagai hambanya, kita hanya mampu berusaha.. Selepas berusaha kita bertawakal kepada Allah S.W.T.. Sambil tu jangan lupa berdoa semoga kita dimurahkan rezeki.. Seperti yang dinyatakan dalam maksud Ayat Seribu Dinar seperti berikut:
"Dan siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar baginya. Dan Dia mendatangkan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka (Tidak dijangkakan). Dan siapa yang berserah diri sepenuhnya (Bertawakal) kepada Allah, maka ia berada dalam jaminanNya (dicukupkan keperluannya oleh Allah). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya, dan sesungguhnya Allah menjadikan bagi tiap-tiap sesuatu itu ada ukurannya"
(Surah at-Talaq : 2-3)
Jadi, rajin-rajinlah membaca ayat seribu dinar, semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki..
Selain itu, saya juga ada menerima sampul yang mengandungi cenderamata daripada rakan blogger iaitu Mia liana.. Isi kandungan sampul tersebut mengandungi Sticker Mialiana.com..
Terima kasih Mia, kerana sudi memberikan cenderamata tersebut kepada saya.. Cenderamata ini diberikan kepada saya sempena kejayaan beliau berjaya berada dalam senarai Top 10 Blogger Of The Year.. Dalam pertandingan DiGi WWWOW Awards 2012.. Tahniah Mia .. Semoga blog Mia terus success selalu..
Secara kesimpulannya saya rasa bersyukur sangat pada hari ini.. Sebab dimurahkan rezeki selama satu hari... secara terus menerus.. sehingga ke malam hari..
Pada sebelah malamnya pula ada majlis ceramah Isra' Mikraj di surau yang terletak dihadapan rumah saya.. Dengar ceramah dapat sedikit ilmu.. Dan insya Allah dapat sedikit pahala disebabkan berkesempatan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah selain daripada mendengar ceramah agama dan bertahlil Arwah..
Lepas habis mendengar ceramah, ada majlis makan-makan... Menu yang dihidangkan boleh tahan juga sedapnya.. Ada nasi minyak, Daging Kambing masak kurma, Jelatah, Ikan Bawal Goreng sambal, Udang goreng tepung, Limau Sunquick dan Air Sirap bandung..
Malam tadi syukur Alhamdulillah.. Kami sekeluarga dapat makan free.. Siap boleh bungkus bawa balik lagi disebabkan ada lebihan makanan..
Maklumlah duduk dekat kawasan taman.. Masa cuti sekolah macam ni masing-masing ada hal.. Ada yang balik kampung, bercuti-cuti Malaysia, mengunjungi saudara mara dan sebagainya..
Kesemua makanan yang disajikan pada malam tadi disediakan oleh Catering.. Bila majlis dah tamat, takkan catering nak bawa balik makanan yang tidak habis tersebut.. Jadi, baki makanan tersebut dibungkuskan untuk pada tetamu yang masih tinggal..
Mujur pula saya balik lambat malam tadi.. Jadi adalah lebihan rezeki untuk saya..hehehe... ;)
17 Ulasan
tahniah bro...
BalasPadamTerima kasih Shahjiehan..
Padamsama-sama anuar.... sebagai ingatan dan kenangan daripada mia...
BalasPadamdoa rezeki untuk Anuar. Tahniah =)
BalasPadamTerima kasih Cik Bunny..
PadamAlahmdulilh...walaupun singgit kita dpt, duit jgk..ttp kna bersyukur..
BalasPadamBetul tu.. Walaupun seringgit rezeki juga..
Padamtahniah, rezeki yg banyak pun bermula dari yg sikit.
BalasPadamTerima kasih tuan Denaihati.. kata orang sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.. Syukur Alhamdulillah..
PadamAssalam..
BalasPadamTahniah..
Waalaikumsalam.. Terima kasih...
PadamTahniah..sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
BalasPadamTerima kasih.. Insya Allah.. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit..
PadamSalam ziarah. walaupun terlambat, tetap tahniah. Jemput joint juga ya Giveaway akak, boleh lihat di http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/giveway-sempena-iphone-5-gadget-impian.html
BalasPadamjangan lupa tekan button share di bawah tajuk entry akak ni (http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian_7.html) untuk share di facebook @ tweeter.
insya Allah, berjaya dapatkan pack serbuk tu nanti.
erm tahniah ye!
BalasPadamtahniah.. saya lak pelik lepas suruh org tukar templat be tak pernah masuk dah..
BalasPadamni lah dianamakan rezeki... lama atau baru dalam dunia blogger bukan jadi ukuran dah.. yg penting kena bijak mengambil peluang... tahniah NUAR...
BalasPadam