Sesi perbualan saya dengan Luis kira-kira 3 bulan yang lalu..
Luis : "Nuar jom kita buat lawatan untuk aktiviti kelab KRS (Kebajikan Dan Rekreasi Staf JKE)"
Anuar : "Nak pergi lawatan ke mana? Ada Idea tak?"
Luis : "Aku cadangkan kita pergi buat lawatan ke Karangkraf dan TV3.. Boleh kita rehatkan minda"
Anuar : "Ok gak tu.. Bila kita nak buat lawatan tersebut?"
Luis : "Kita buat masa pelajar cuti semester dalam bulan Mei atau Jun.. Nanti aku dapatkan nombor Contact Karangraf"
Anuar : "Ok set.. Nanti aku siapkan apa yang patut"
Itulah antara sebahagian sesi perbualan saya dengan Luis, untuk menggerakkan aktiviti kelab KRS pada semester ini..
Syukur Alhamdulillah.. Setelah bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja dan surat lawatan.. Akhirnya kami berjaya merealisasikan perancangan tersebut... Seperti yang telah dipersetujui bersama, tarikh lawatan kami ke Karangkraf ditetapkan pada 11 Jun 2012.. (Sehari sebelum hari jadi saya)..
Sekiranya anda berminat untuk membuat lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf, anda perlu mengemukakan surat permohonan ke Karangkraf dalam tempoh sebulan sebelum lawatan diadakan.. Untuk mendapatkan makluman lanjut tentang prosuder lawatan, anda boleh (klik di sini)..
Untuk maklumat anda, Karangkraf menerima dua sesi lawatan dalam sehari.. iaitu pada jam 9.00 pagi untuk sesi yang pertama dan 2.30 petang untuk sesi yang kedua.. Memandangkan kedudukan PSIS yang agak jauh dari Karangkraf, kami meminta supaya sesi lawatan tersebut (pada sebelah pagi) dilewatkan sedikit kepada jam 9.30 pagi..
Pada hari lawatan.. Kami bertolak dari PSIS pada jam 7.10 pagi.. Saya selaku konduktor bas tidak bertauliah dengan bantuan Hafiz AC mengenalpasti Port-port untuk mengambil penumpang di beberapa lokasi seperti Taman Ayer Manis, Sungai Besar dan Kuala Selangor..
Nasib baiklah Hafiz AC dan rakan-rakan lain ada membantu.. Kalau tak letih juga dibuatnya..
Syukur Alhamdulillah.. Tiada sebarang masalah yang kami hadapi di sepanjang perjalanan kami ke Karangkraf.. dan Kami tiba di Karangkraf pada jam 9.45 pagi.. Lewat 20 minit daripada masa yang dirancang..
Kehadiran kami disambut dengan penuh kemesraan oleh Cik Aqmar Laili (Eksekutif Perhubungan Awam) dan En. Hashim Anang (Pengurus Tugas-tugas Khas).. Indah rupa dari pada khabar.. Itulah perumpamaan yang dapat saya gambarkan apabila pertama kali bersua muka dengan Cik Aqmar, setelah beberapa kali berhubung melalui email dan perbualan telefon..
Ucapan kata-kata aluan dan sedikit sesi pengenalan daripada Cik Aqmar Laili
Semua peserta tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil dari Karangkraf
Berkesempatan bersalaman dengan Encik Mohd Nasir Bin Haji Hamzah yang merupakan
Pengarah dan Perintis Utama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.
Mendengar sedikit taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohd Nasir Bin Haji Hamzah
Secara peribadinya saya berasa kagum dengan kejayaan syarikat ini. Ini kerana Karangkraf merupakan satu-satunya kilang milik usahawan bumiputra yang terletak di kawasan 'pulau perindustrian' Shah Alam.. Jiran-jiran karangkraf di kawasan ini terdiri daripada syarikat luar seperti Cadbury, UMW Toyota, Nippon, dan Volvo..
Kejayaan Karangkraf boleh dijadikan contoh sebagai syarikat milik usahawan Melayu yang benar-benar berjaya.. Buktinya kesemua aset (bangunan) milik Karangkraf yang terdapat di beberapa lokasi di Malaysia berjaya dibeli tanpa menggunakan bantuan kerajaan..
Sehingga kini Karangkraf telah menghasilkan 29 jenis percetakan dan merupakan syarikat percetakan yang mengeluarkan produk terbanyak di Malaysia..
Sesi bergambar satu Malaysia bersama Encik Mohd Nasir Hamzah dan En. Hashim Anang
Sebelum sesi lawatan dimulakan, terlebih dahulu kami diberikan taklimat oleh En. Hashim Anang, selaku Pengurus Tugas-tugas Khas di syarikat ini.
Sesi Taklimat yang disampaikan oleh En. Hashim Anang
Agenda petama, kami di bawa melawat ke Bahagian wartawan dan Editorial majalah/buku/Sinar Harian..
Siapakah geranggannya lelaki berbaju hitam ini??
Rasa seronok melihat persekitaran kerja di Karangkraf.. Suasana kerja di sini kelihatan selesa dan menyeronokkan.. Para pekerja diberi kebebasan semasa bekerja.. Semua staf kelihatan begitu tekun dan bersemangat menyiapkan kerja masing-masing..
Syarikat Karangkraf menggunakan pendekatan mengurangkan penggunaan kertas dalam urusan kerja sesama kakitangan.. Jadi mereka menggunakan sistem atas talian untuk pelbagai aktiviti seperti permohonan cuti, tempahan peralatan, tempahan kenderaan, penghantaran hasil kerja dan sebagainya..
Sebahagian staf yang terdapat pada bahagian wartawan dan Editorial majalah/buku/Sinar
Sesi lawatan seterusnya kami di bawa ke Jabatan Grafik.. Saya suka berada di jabatan ini kerana dapat melihat hasil kerja pakar-pakar dalam bidang grafik.. Di Jabatan ini terdapat beberapa orang graduan lulusan Diploma Politeknik Johor Baru (PJB) atau nama terbarunya Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)..
Tentu sedang kagum melihat skill grafik yang ditunjukkan.. Cool brother, teruskan cover Macho
Tekun melihat proses editing grafik..
Foto Digital akan di 'touch up' sebelum dihantar untuk dicetak
Staf di sini mempunyai kepakaran yang tinggi dalam mengedit gambar.. Kebanyakan gambar-gambar yang anda pernah lihat pada cover majalah, kebanyakannya jauh berbeza berbanding gambar sebenar.. Kesemua gambar tersebut telah diedit..
Disebabkan itu gambar-gambar tersebut kelihatan begitu sempurna.. Dengan kulit yang putih, cantik dan licin.. Senyuman yang manis.. Tiada parut pada bahagian lengan, leher atau kedutan pada wajah.. Senyuman bayi yang begitu dengan pandangan mata yang begitu mempersonakan.. Secara realitinya.. tengok boleh, tapi jangan percaya 100%.. Sebahagiannya menggunakan teknik super impose untuk mencantikkan gambar..
Selepas berada di Jabatan Grafik, kami dibawa pula ke Kilang Percetakan Ultimate Print.. Kilang ini bukan sahaja mencetak produk keluaran syarikat karangkraf.. Tetapi juga turut mencetak katalog peengiklanan milik syarikat swasta seperti Giant, Sony Ericson dan sebagainya..
Carta Aliran Proses Percetakan di Ultimate Print
Majalah yang telah siap dicetak..
Suasana dalam Kilang Percetakan Ultimate Print
Para pekerja tekun menyiapkan kerja masing-masing..
Katalog pengiklanan bagi sebuah syarikat yang telah siap dicetak untuk edaran..
Bahan yang hendak dicetak pada asalnya dalam format PDF kemudian di cetak pada sekeping plat
Kemudian pada bahagian ini warna-warna percetakana akan ditentukan..
Setiap Plat hanya boleh digunakan sekali sahaja.. Plat yang telah digunakan dikumpulkan di sini sebelum dibuang/dilupuskan..
Tempat dakwat Percetakan
Kertas-kertas ini diimport dari luar negara..
Mesin percetakan yang besar
Akhbar sinar Harian merupakan satu-satunya akhbar pelbagai edisi yang mengkhususkan Wilayah di Semenanjung Malaysia.. Terdapat beberapa orang wartawan ditempatkan dibeberapa lokasi di Malaysia untuk mencari berita.. Setiap berita yang wartawan perolehi perlu dihantar kepada editor Karangkraf selewat-lewtanya sebelum jam 12.00 tengah malam..
Akhbar Sinar harian akan mula dicetak pada jam 12.00 malam sehingga jam 2.00 pagi.. Selepas siap dicetak, akhbar ini akan diedarkan ke seluruh negara..
Van ini digunakan untuk menghantar majalah dan Akhbar.. Siapakah dua orang wanita ini??
Akhir sekali, bila dah penat berjalan.. Sudah tentu perut pun turut berbunyi minta diisi.. Nasib baiklah pihak Karangkraf telah menyediakan sedikit jamuan untuk santapan kami.. Buat susah-susah jer.. Terima kasih banyak-banyak yer.. ;)
Sesi menjamu selera
Setelah selesai makan, diadakan sesi penutup.. Diharap sudilah menerima cenderamata sebagai kenang-kenangan yang tidak seberapa daripada kami..
Sesi penutup dan penyampaian cenderamata..
Sesi terakhir sekali adalah sesi bergambar dan membeli belah di kedai buku Karangkraf..
Sesi bergambar 1
Luis bersama Anuar.. ni jadi ker tak nak bergambar??
Encik Lokman selaku Ketua Delegasi bersama Mahat
Gosip Pengetua Asrama dengan siapa tu??.. Ehem.. Ehem..
Jangan setakat baca jer.. Beli sekali.. Diskaun 15% untuk Setiap buku dan Majalah
Jom baca buku di sini Tokey Emas dan pereka fesyen..
Akhir kata.. Terima kasih saya ucapkan kepada Cik Aqmar Laili dan En. Hashim Anang kerana sudi menemani kami di sepanjang lawatan tersebut.. Banyak ilmu yang kami timba sepanjang mengikuti lawatan ini..
Semoga selepas lawatan ini, akan mewujudkan satu hubungan yang berterusan antara warga PSIS dan juga warga Karangkraf.. Insya Allah..
7 Ulasan
nice job..well done..lain kali g tempat lain plak ye..
BalasPadamTq.. Insya Allah akan cuba diaturkan.. Ada cadangan tak nak pergi ke mana pula lepas ni?
PadamSeronok juga pergi lawatan macam nih...dapat ilmu dan dapat makan he3...
BalasPadamBetul tu.. Kalau ada rezeki dapat masuk akhbar atau majalah.. hehehe
PadamApasal tak gitau nak turun Shah Alam? Dah tak jauh dah dari rumah gua..
BalasPadamRumah yang abang AE duduk sekarang dekat Shah Alam ker?? Sorrylah.. Manalah saya tahu..
PadamLagipun AE tak bagi nombor phone, macamana saya nak contact?...
Lain kali kalau saya pergi Shah Alam saya roger2 dekat blog AE..
Assalamualaikum, tumpang tanya apa proses nk buat lawatan ke karangkraf ye? Saya nak bawak pelajar2 dari kelab redaksi melawat karangkraf.. mohon maklum balas
BalasPadam