Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit info tentang aurat bagi kaum wanita yang perlu dipelihara sepanjang masa dari pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim.. Artikel ini ditulis sekadar menyuarakan luahan hati saya yang cuba untuk menegur kaum perempuan di luar sana, tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk melakukannya.. Maklumlah saya sendiri pun manusia biasa yang tidak sempurna.. Yang mempunyai banyak kelemahan dan saya akui, saya sendiri pun agak jahil dengan ilmu agama..
Tetapi dalam Islam kita disuruh untuk menegur sesuatu kemungkaran yang kita nampak di hadapan mata. Sekiranya kita tidak mampu mencegahnya dengan perbuatan, kita cuba mencegahnya dengan perkataan, dan sekiranya kita tidak mampu mencegahnya dengan perkataan, kita mencegahnya di dalam hati.. ;)
Jadi sekiranya anda rasa tersinggung ketika membaca artikel ini, terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf.. Perkara yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, dan perkara yang kurang baik itu datangnya dari kelemahan saya sendiri selaku hambanya..
Jika kita lihat pada hari ini terdapat sebahagian kaum perempuan (muslimah) masih lagi tidak menutup aurat.. Terdapat sebahagiannya pula yang hanya menutup aurat sewaktu berada di sekolah atau di tempat kerja sahaja.. Apabila berada di luar kawasan kerja atau persekolahan mereka dengan sewenang-wenangnya mendedahkan aurat.. Saya tertanya-tanya di dalam hati.. Siapa sebenarnya yang lebih berkuasa, ditakuti dan dihormati oleh mereka? Adakah guru mereka sewaktu di sekolah? Ataupun Ketua dan rakan sekerja mereka sewaktu ditempat kerja? ataupun Allah S.W.T.?
Cuba kita sama-sama muhasabah diri.. Adakah peraturan menutup aurat itu merupakan peraturan manusia yang perlu dipatuhi sewaktu berada di tempat kerja/sekolah? ataupun ianya peraturan Allah S.W.T yang terkandung di dalam Al-Quran?
Saya pasti anda tentu tahu jawapannya.. Jika kita mengamati sedalam-dalamnya peraturan tersebut, kita akan dapat memahami kenapa Allah memerintahkan kita supaya menutup aurat mengikut hukum syarak.. Allah maha mengetahui ke atas segalanya.. Allah ada jawapannya untuk setiap peraturan yang terkandung di dalam Al-Quran..
Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui situasi dan hakikatnya yang sebenar. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita yang sangat cantik pada pandangan mereka atau sukar hendak diharapkan.
Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. Walaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimewa itu menyebabkan lelaki tergoda. Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.
Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit info tentang aurat bagi kaum wanita yang perlu dipelihara sepanjang masa dari pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim.. Artikel ini ditulis sekadar menyuarakan luahan hati saya yang cuba untuk menegur kaum perempuan di luar sana, tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk melakukannya.. Maklumlah saya sendiri pun manusia biasa yang tidak sempurna.. Yang mempunyai banyak kelemahan dan saya akui, saya sendiri pun agak jahil dengan ilmu agama..
Tetapi dalam Islam kita disuruh untuk menegur sesuatu kemungkaran yang kita nampak di hadapan mata. Sekiranya kita tidak mampu mencegahnya dengan perbuatan, kita cuba mencegahnya dengan perkataan, dan sekiranya kita tidak mampu mencegahnya dengan perkataan, kita mencegahnya di dalam hati.. ;)
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".Surah Al-Asr (Ayat 1-3)
Jadi sekiranya anda rasa tersinggung ketika membaca artikel ini, terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf.. Perkara yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, dan perkara yang kurang baik itu datangnya dari kelemahan saya sendiri selaku hambanya..
Jika kita lihat pada hari ini terdapat sebahagian kaum perempuan (muslimah) masih lagi tidak menutup aurat.. Terdapat sebahagiannya pula yang hanya menutup aurat sewaktu berada di sekolah atau di tempat kerja sahaja.. Apabila berada di luar kawasan kerja atau persekolahan mereka dengan sewenang-wenangnya mendedahkan aurat.. Saya tertanya-tanya di dalam hati.. Siapa sebenarnya yang lebih berkuasa, ditakuti dan dihormati oleh mereka? Adakah guru mereka sewaktu di sekolah? Ataupun Ketua dan rakan sekerja mereka sewaktu ditempat kerja? ataupun Allah S.W.T.?
Cuba kita sama-sama muhasabah diri.. Adakah peraturan menutup aurat itu merupakan peraturan manusia yang perlu dipatuhi sewaktu berada di tempat kerja/sekolah? ataupun ianya peraturan Allah S.W.T yang terkandung di dalam Al-Quran?
Saya pasti anda tentu tahu jawapannya.. Jika kita mengamati sedalam-dalamnya peraturan tersebut, kita akan dapat memahami kenapa Allah memerintahkan kita supaya menutup aurat mengikut hukum syarak.. Allah maha mengetahui ke atas segalanya.. Allah ada jawapannya untuk setiap peraturan yang terkandung di dalam Al-Quran..
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".
Surah An-Nuur (31)
Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. Walaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimewa itu menyebabkan lelaki tergoda. Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.
Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati ).
Apapun alasan dan hujah diberikan. Persoalan yang paling utama dalam hal ini adalah patuh dan taat perintah Allah kerana perintah Allah itu mengatasi perintah manusia.
"Wahai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selaku ingat".
Surah Al-A'araaf (26)
Nafsu syahwat lelaki dan wanita kadar dan keupayaannya adalah berbeza. Nafsu syahwat lelaki aktif hampir sepanjang hayat tubuh badan mereka, manakala wanita akan menurun apabila terhenti pusingan haidnya. Pusingan haid terhenti dalam lingkungan usia 50an.Ini bermakna terdapat ramai kaum lelaki tua dan muda yang tercabar dengan perlakuan mendedahkan aurat ini dan disamping itu terdapat pula mereka yang sengaja mempragakannya atas alasan yang tersendiri.

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah maha pengampun lagi Maha Penyayang ".
Surah Al-Azhab (59)
Perintah menutup aurat ini ditujukan kepada kaum muslimin dan muslimat. Manakala yang bukan Islam mereka diperintahkan Allah supaya mengenal Allah atau makrifatullah terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan perintah-perintah yang lain. Namun begitu kita berharap mereka yang bukan Islam juga hendaklah memakai pakaian yang bersopan ketika berada di tempat awam.
Binatang jantan dan juga mengalami situasi yang sama seperti manusia pada amnya, iaitu binatang yang jantan mempunyai kekuatan syahwatnya melebihi binatang yang betina. Ini berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kambing Boer.. Kajian tersebut menyatakan seekor kambing Boer mampu melayani antara 50-80 ekor kambing betina.
Mesej
yang hendak disampaikan di sini ialah nafsu syahwat lelaki melebihi keupayaan nafsu syahwat wanita dan aktif sampai ke penghujung hayatnya dan binatang yang jantan juga terdapat situasi yang sama iaitu melebihi syahwat yang betina. ( Kenyataan ini bukanlah sesuatu yang tepat ). hanya sekadar sesuai untuk direnungkan bersama sahaja dan mengenali lelaki dan wanita , juga mengenali jantan dan betina.
"Dan perempuan-perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka yang tidak bermaksud menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
Surah An-Nuur (60)
Kaum wanita sangat mustahak mengetahui perkara ini supaya mereka merasai tanggungjawab menutup aurat itu sebagai suatu kewajipan dan perintah Allah yang sangat rasional dan wajar untuk mereka tunai dan laksanakan. Allah telah mengulangi peringatan-Nya beberapa kali tentang kewajipan menutup aurat ini di dalam Al-Quran.
Jadi diharapkan kepada kaum wanita diluar sana supaya sentiasa menutup aurat walau di mana jua anda berada.. Kita perlu mengubah corak kehidupan kita sekiranya kita mendapati ianya tidak bertepatan dengan ajaran Islam. Menutup aurat merupakan satu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T ke atas kita dan bukannya peraturan yang ditetapkan oleh manusia..
Wallahu ‘alam bi sawab.
0 Ulasan