Tips menghilangkan Perasaan Malu Untuk Berniaga..

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera..

Pada kali ini saya ingin berkongsikan sedikit tips untuk menghilangkan perasaan malu untuk berniaga.. Dengan tips yang saya kongsikan ini diharap dapat "mengubati" penyakit malu tersebut..

Seperti yang kita semua sedia maklum 9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan.. Disebabkan itu Rasululullah s.a.w sendiri turut menjalankan perniagaan sebagai sumber rezeki.. Jadi berniaga merupakan satu jenis pekerjaan yang sangat baik.. Dan ianya sangat digalakkan..

Tapi tidak semua orang mampu berniaga.. Ini kerana terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum mula berniaga.. Antara persediaan paling penting untuk memulakan perniagaan adalah pengetahuan dan modal..

Nak memulakan perniagaan kita perlu tabah dan sabar.. Macam-macam perkara yang
bakal kita hadapi apabila menceburkan diri dalam perniagaan seperti rugi, barang tak laku, tak dapat pusing balik modal dan sebagainya..

Tanpa kesabaran yang tinggi boleh menyebabkan perniagaan kita "gulung tikar".. Kita lihat contoh bagaimana Rasulullah S.A.W boleh berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.. Rasulullah mempunyai sifat-sifat terpuji seperti penyabar, jujur dan amanah.. Sifat-sifat ini amat diperlukan oleh seorang peniaga untuk berjaya di dalam perniagaan mereka..

Berbalik kepada tajuk utama Entri ini iaitu tips menghilangkan perasaan malu untuk berniaga..

Perasaan malu untuk berniaga sememangnya wujud dalam diri kebanyakan orang termasuk juga saya.. (Sebenarnya sampai sekarang pun saya masih malu-malu untuk berniaga).. Terutamanya apabila saya mula menjual Kain Lampin Bayi (CD)

Pelbagai persepsi negatif yang bermain di minda saya untuk mula menjual  Kain Lampin Bayi (CD)  tersebut.. Ialah saya seorang lelaki hendak menjual barang-barang kegunaan bayi yang lebih digemari oleh kaum wanita.. Tapi disebabkan saya berpandangan barang tersebut dapat memberi faedah kepada pemakainya, maka saya teruskan juga "hasrat murni" untuk menjual CD tersebut.

Jadi pada permulaannya saya cuba menggunakan cara berniaga tanpa bersemuka dengan rakan-rakan saya untuk menghilangkan perasaan tersebut.. Dan di sini saya akan kongsikan cara tersebut..

Pertama sekali kita perlu mengenal pasti apa yang menyebabkan kita berasa malu untuk berniaga.

Biasanya kita malu untuk memberitahu secara bersemuka kepada rakan atau orang ramai tentang barangan yang kita jual.. Kiranya malu untuk membuat promosi..

Jadi cara mudah untuk mengurangkan perasaan malu kita adalah dengan mengiklankan barangan tersebut di internet. Beri sebanyak mungkin informasi tentang barangan yang kita jual.. Sebagai permulaan mungkin kita boleh menggunakan blog percuma untuk tujuan pengiklanan tersebut..

Kemudian letakkan URL blog kita di laman web sosial seperti facebook, twitter, my space dan sebagainya..

Setelah itu, kita perlu rajin-rajin bersosial dengan rakan-rakan kita di laman web tersebut.. Sekali sekala, update blog kita dan kongsikan info terbaru tersebut di wall facebook kita..Dengan cara ini Lambat laun pasti ada rakan-rakan kita yang "terperasan" kita ada menjalankan satu perniagaan dan mereka akan bertanyakan tentang barangan tersebut kepada kita..

Pada masa tersebut secara tidak langsung kita "didesak" oleh pelanggan kita untuk memasarkan perniagaan kita.. Ini sesuatu yang menarik, kerana kita diberi peluang untuk menceritakan perniagaan kita kepada orang yang berminat.. Kita akan rasa lebih yakin untuk menceritakan barangan yang kita jual kepada pelanggan yang berminat berbanding kita mempromosikan barangan tersebut kepada mereka yang belum tentu meminati barangan tersebut..

Ianya merupakan dua situasi yang berbeza.. Bila pelanggan sendiri yang berminat untuk bertanya, ianya merupakan satu isyarat yang terbaik kepada kita yang menunjukkan barangan jualan kita mempunyai tarikan di hati pelanggan..

Jadi secara tidak langsung, bila perkara ini kerap berlaku kepada kita ianya akan dapat melatih kita untuk mengurangkan perasaan malu tersebut..

Saya rasa setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Diharap tips yang diberikan ini akan dapat membakar semangat anda untuk memulakan perniagaan.. Terutamanya bagi anda yang pemalu seperti saya..

Salam kejayaan daripada saya untuk semua..

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Nice tips. Antara penghalang untuk berniaga adalah diri sendiri

    BalasPadam
  2. Betul tu.. Kita kena membuang perspektif negatif dalam diri kita.. Berfikir secara positif.. Yakin boleh..

    BalasPadam