Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Bagaimana keadaan anda pada hari ini? Saya harap anda berada dalam keadaan sihat sejahtera... Adakah anda telah membaca mengikuti 50 tips diet yang telah saya kongsikan sebelum ini? Kalau belum, anda boleh membaca kesemuanya, tanpa tertinggal walau satu tips pun..
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang terus setia mengikuti kesemua tips diet yang saya kongsikan di blog ini.. Harap anda boleh terus membaca tips yang berikutnya sehingga lengkap 101 tips kesemuanya.. Insya Allah..
Pada kali ini saya ingin kongsikan tips diet yang seterusnya, iaitu tips yang ke 51 hingga 55.. Selamat membaca..
Tips Diet ke 51.
Jika anda membuat keputusan bahawa inilah masa untuk anda mulakan senaman, mulakan dengan perlahan dan jangan sesekali berputus asa sekiranya anda tidak berjaya mencapai apa yang anda harapkan pada minggu pertama.
Ramai orang melakukan kesilapan ini.. Mereka berasa kecewa setelah mendapati tiada perubahan pada berat badan mereka setelah seharian bersenam.. Bagi kaum lelaki pula, mereka mendapati tidak dapat perubahan pada aset perut mereka yang sentiasa kehadapan..
Mereka beranggapan bahawa apabila mereka telah berusaha melakukan senaman, mereka akan dapat menurunkan berat badan sebanyak beberapa kilogram. Tetapi mereka mendapati usaha mereka seakan-akan tidak mendatangkan sebarang hasil.. hanya penat yang dapat.. Di tambah lagi dengan lenguh/sakit-sakit seluruh badan, akibat tidak pernah bersenam sebelum ini..
Ini adalah suatu yang berbahaya sebenarnya.
Jika anda memaksa badan anda dengan teruk dalam jangka masa yang berterusan, anda sebenarnya akan menyebabkan sakit sendi, sakit belakang malah boleh juga mengoyakkan otot anda.
Kaedah yang kita akan ikut ini adalah cara yang perlahan - lahan untuk berjaya melakukannya.
Tips Diet ke 52.
Dapatkan berat badan anda sebelum anda memulakan program senaman dan periksa perubahannya. Ia mungkin memerlukan tempoh masa satu atau dua minggu sebelum anda sedar akan perubahannya.
Walau bagaimanapun, adalah sangat penting untuk anda memerhatikan berat anda secara berterusan.
Anda harus ingat bahawa walaupun pengurangan hanyalah beberapa kilogram, tetapi ianya tetap merupakan suatu pencapaian yang boleh dibanggakan.
Tips Diet ke 53.
Apabila anda melihat ada perubahan pada berat badan anda, hadiahkan diri anda dengan sesuatu.
Apabila saya mengatakan anda harus menghadiahkan diri anda sendiri, tidak bermakna anda perlu makan makanan ringan seperti coklat dan manisan.
Mungkin anda boleh pergi menonton wayang atau belikanlah diri anda pakaian baru.
Ini adalah sesuatu yang akan memberi anda dorongan untuk berusaha lebih lagi.
Ia adalah satu idea yang baik bagi anda menyimpan wang yang anda ingin belanjakan untuk membeli aiskrim dan coklat, tetapi digunakan untuk menghadiahkan diri anda membeli sesuatu yang dapat menyokong program diet anda seperti kasut sukan baru, "dumble", reket tenis, reket badminton, meja pingpong dan sebagainya..
Tips Diet ke 54.
Anda boleh berhenti bersenam untuk sehari dalam seminggu.
Ini bukan sahaja satu idea yang baik, tetapi ianya juga merupakan satu rutin senaman.
Badan anda memerlukan satu hari rehat daripada rutin senaman, jadi jangan segan untuk mengambil satu hari setiap minggu daripada apa jua yang anda lakukan.
Tips Diet ke 55.
Saya ingin memberitahu anda satu rahsia yang pernah saya baca daripada buku dan internet.
Kita tahu bahawa kebanyakan kita akan mengalami penambahan berat pada bahagian tengah badan.
Jadi, saya akan menerangkan kepada anda cara termudah untuk mengurangkan lemak di bahagian perut dan pinggang anda.
Walau bagaimanapun, ianya tidak sesuai dilakukan oleh ibu – ibu yang baru lepas bersalin.
Cuba tarik nafas anda sekuatnya dan pada masa yang sama kempiskan perut anda.
Tahan nafas anda untuk beberapa saat dan kemudian secara perlahan-lahan, hembuskan nafas anda dengan perut anda masih dikempiskan.
Ulanginya sebanyak 50 hingga 60 kali dalam sehari. Sebenarnya, anda boleh bernafas seperti ini bilamana anda ingat untuk melakukannya.
Selepas sehari, anda akan dapat merasakan bahawa otot perut anda mengecut setiap kali apabila anda melakukannya.
Sekiranya anda membuat latihan sebegini selama 20 hari berturut-turut, anda akan mendapati bahawa sukat lilit perut anda akan berkurangan sekurang-kurangnya 1 inci.
Di bawah, saya ada sertakan jadual tentang beberapa senaman dan bilangan kalori yang dapat di bakar untuk senaman tersebut.
Pilihlah senaman yang anda suka lakukan dan juga sesuatu yang anda suka buat untuk jangka masa yang panjang.
Pemilihan senaman adalah bergantung kepada anda sendiri, tetapi cuba apa sahaja yang anda ingin buat bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 minit.
Kadar kalori yang dibakar sebenarnya hanya akan dapat dicapai sekiranya anda dapat menghabiskan senaman tersebut selama 20 minit.
Senamrobik
|
200-250 kalori
|
Berbasikal, Statik
|
250-300 kalori
|
Berbasikal sebenar
|
300-400 kalori
|
Berlari 5~6 batu/jam
|
300-350 kalori
|
Memanjat tangga
|
200-250 kalori
|
Berenang
|
350 kalori
|
Berjalan pantas
|
150-180 kalori
|
Daripada jadual diatas, anda boleh dapati bahawa berjalan juga adalah merupakan satu senaman yang tidak patut ditinggalkan.
Jika anda mendapati bahawa jadual seharian anda sangat ketat untuk diisi dengan senaman, pilihlah untuk berjalan.
Berjalanlah sebanyak yang mungkin.
Cuba rancang perjalanan anda ke sesuatu tempat lebih awal.
Ia akan memberikan anda peluang untuk berjalan.
Selamat bersenam dan mengamalkan diet yang sihat..
P/s: Jangan lupa untuk mengikuti tips yang seterusnya, dan juga membaca 50 tips sebelumnya.. ;)
0 Ulasan