Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 31-35)

Bila kita sebut tentang Diet, kita tentu menggambarkan kita perlu mengikat perut untuk menahan makan, mengurangkan makan, berpuasa dan sebagainya.. Sehingga ada yang sanggup tidak makan nasi seharian, semata-mata untuk berdiet bagi cepat kurus.. 

Sebenarnya cara berdiet sebegitu adalah salah.. Dalam kehidupan kita seharian, kita memerlukan makanan untuk hidup.. Dan bukan hidup untuk makan.. Walaupun berdiet, kita tetap perlu mendapat makanan yang seimbang.. Cuma kuantitinya perlu dikurangkan.. Kalau sebelum ini kita makan nasi 5 kali sehari.. Cuba kurangkan pengambilan makanan, mungkin menjadi tiga atau dua kali sehari..

Jadi 5 tips diet yang saya kongsikan pada kali ini berkisarkan kepada pengambilan makanan yang seimbang..



Tip yang ke 31.

Diet anda seharusnya mengandungi 50% hingga 55% karbohidrat.

Karbohidrat adalah sumber tenaga yang tersedia.


Jadi, diet yang betul adalah dengan menyeimbangkan pemakanan anda.. Tanpa karbonhidrat yang mencukupi, anda mungkin akan kekurangan sumber tenaga..


Tip yang ke 32.
25%  hingga 30% diet anda terdiri daripada protein.

Protein amat diperlukan dalam tubuh badan kita.. Fungsi protein adalah untuk membina dan memulihkan bahagian yang rosak dalam tubuh badan..  Selain itu, protein juga membantu meningkatkan daya ketahanan badan anda.

Andakah anda dapat mengenal pasti tisu atau sel-sel yang rosak dalam badan anda, untuk anda memperbaikinya sendiri?? Tentu mustahil bukan.. Badan kita bukannya seperti sebuah kereta yang membolehkan kita menerokai setiap komponen di dalamnya untuk mecari kerosakan..

Jadi dengan pengambilan protein yang mencukupi untuk badan anda, akan dapat membantu sistem badan anda memperbaiki sendiri sekiranya terdapat sel atau bahagian yang rosak tanpa kita ketahui..

Tip yang ke 33.

Kandungan lemak dalam diet perlu ada antara 15% hingga 20% sahaja.

Anda hanya memerlukan lemak sebanyak ini sahaja dalam diet dan anda perlu mengekalkan jumlah ini.

Sekiranya anda mengambil lemak yang berlebihan dalam diet anda, anda tanggung lah sendiri akibatnya.. Ataupun dengan erti kata lain usaha diet anda akan menjadi sia-sia..

Tip yang ke 34.

Cuba berusaha untuk mengamalkan makanan vegetarian.

Makanan vegetarian sangat baik bagi mereka yang cuba menjaga diet.

Jadikan tabiat memakan makanan yang bukan vegetarian hanya pada hujung minggu atau pada masa anda rasa tidak dapat mengelak daripada memakan daging.

Tip yang ke 35.

Pilihlah daging putih berbanding daging merah.

Daging putih, seperti ikan dan pelbagai jenis burung adalah jauh lebih baik daripada daging merah.. Contoh daging merah adalah seperti daging lembu atau daging kambing..

Daging merah mempunyai kandungan lemak dan kolestrol yang sangat tinggi.. Ianya kurang sesuai dimakan untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Tapi kebanyakan kenduri majlis perkahwinan yang terdapat di Malaysia, menyediakan daging merah  sebagai sajian utama.. Kenduri wajib datang, bila dijemput.. Bila dah datang kenduri, tentu tak sampai hati kalau tak makan.. Jadi makanlah dengan kadar yang berpatutan sahaja, walaupun kita mendapati lauk kenduri tersebuit memang sedap.. ;)



Catat Ulasan

1 Ulasan