Tip Diet ke 61.
Pilihlah
gaya senanam yang boleh disesuaikan dengan gaya hidup anda.
Setiap
kita mempunyai gaya hidup dan pekerjaan yang berlainan, dan dengan itu tidak
munasabah seandainya kita meniru secara terus apa yang dinyatakan dalam buku.
Cuba
ikuti rutin senaman yang sesuai untuk anda.
Anda
harus faham bahawa apa yang sangat penting berbanding dengan bersenam itu
sendiri, ialah bagaimana kita boleh menjadikan ia sebagai satu amalan.
Tip Diet ke 62.
Jangan
berdiri sahaja, tetapi cuba berjalan. Kalau anda ingin berjalan ke sekeliling,
lakukannya.
Jangan
berdiri di suatu tempat sahaja.
Mundar-mandir
adalah suatu benda yang baik untuk dilakukan.
Jika
anda berfikir tentang sesuatu, cubalah mundar-mandir. Ia akan menolong anda
untuk melapangkan fikiran anda.
Tip Diet ke 63.
Jangan
duduk, cubalah berdiri.
Jika
anda telah berdiri, jangan duduk semula.
Kaedah
yang terbaik adalah cuba pilih satu kedudukan yang menyebabkan anda rasa kurang
selesa.
Berikut merupakan sedikit fakta yang menakutkan buat mereka yang menghabiskan sebahagian masa dengan duduk, menurut kajian yang dijalankan oleh American Cancer Society:
- Wanita yang menghabiskan masa 6 jam sehari dengan duduk, mempunyai risiko sebanyak 37% untuk mati lebih awal daripada wanita yang duduk kurang daripada 3 jam sehari;
- Bagi lelaki pula, risiko nya adalah sebanyak 17%
- Bagi wanita yang hanya duduk dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyihatkan (seperti bersenam), kebarangkalian untuk mati lebih awal meningkat kepada 94% manakala lelakik pula 48%;
Jelas, mereka yang banyak bekerja sambil duduk akan menghadapi risiko penyakit seperti:
- Sakit jantung;
- Obesiti (kegemukan);
- Diabetes;
- Kanser;
- Dan kematian lebih awal.
Jadi, jika anda tergolong dalam salah seorang yang bekerja sambil duduk lebih daripada 6 jam sehari, adalah digalakkan untuk anda mengubah cara kerja daripada duduk kepada berdiri.
Tip Diet ke 64.
Jangan habiskan banyak masa cuti anda dengan berbaring.. Walaupun anda ingin menghabiskan masa beristirehat di rumah, tetapi cubalah duduk. ataupun sekali sekala melakukan senaman "duduk dan baring" selama 10 kali untuk setiap sesi..
Sumber : Harian Metro
Dengan melakukan kaedah senaman yang melibatkan pergerakan baring, duduk dan bangun akan dapat meregangkan otot-otot tertentu seperti otot perut, belakang, paha dan pinggul.
Tip Diet ke 65.
Jangan
amalkan sentiasa duduk di sofa.
Ia
memang sesuatu yang sangat selesa, apabila anda suka duduk di sofa.
Jika
anda tidak suka untuk menjadi gemuk, tukarkanlah tabiat anda dengan mengubah
gaya hidup anda.
Anda
ingin tahu apakah cara terbaik untuk melaksanakannya?
Alihkan
kerusi yang anda suka.
Sebenarnya,
ianya adalah satu idea yang baik jika anda dapat meletakkan kerusi yang kurang
menarik di depan televisyen.
Ini
akan mengurangkan kecenderungan untuk anda menjadi gemuk dan suka duduk di sofa
sambil menonton televisyen.
3 Ulasan
berdiri pun di kire diet jugak ek?
BalasPadamkalo camtu ari2 la saya berdiet.. tapi lepas bersalin susah plak nak turunkan berat badan.. dush..1
tip 65, jgn amalkan duduk kat sofa.. haah, kalau asyik duk kt sofa, nanti mesti jadi malas. mula2 duduk, pastu baring then tidur la terus..
BalasPadamWah. Info ne. Tq.
BalasPadam