Bertemu lagi pada kali ini untuk membincangkan ilmu pemasaran dalam perniagaan.. Sebenarnya saya dalam proses mempelajari ilmu pemasaran sebagai persediaan untuk mengajar kursus keusahawanan pada semester hadapan.. Insya Allah jika diizinkan tuhan..
Jadi, sambil saya membaca, saya cuba menyampaikan sedikit ilmu yang saya pelajari melalui penulisan blog.. Dengan cara ini, memudahkan saya untuk memahami perkara yang saya pelajari dan dalam masa yang sama dapat berkongsi informasi dengan para pembaca blog saya..
Artikel sebelum ini kita ada membincangkan kepentingan penjenamaan perniagaan kita sebagai salah satu faktor penyumbang kepada pemasaran.. Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsikan tentang beberapa strategi yang berkesan dalam pemasaran, walaupun masa terus silih berganti.
Ini adalah salah satu daripada prinsip mudah yang jarang
difahami oleh kebanyakan jurujual. Jika anda ingin menjual secara efektif, anda
harus menumpukan kepada pelanggan yang berminat dengan produk anda terlebih
dahulu.
Didalam pemasaran online, inilah yang dinamakan trafik
sasaran (targeted traffic)
Ianya lebih efektif, dan anda tidak perlu bersusah payah
untuk meyakinkan para pelanggan. Anda juga akan berpeluang mendapat banyak
jualan.
Perhatikan prinsip ini ketika anda berurusan dengan pelanggan
anda:
Jangan cuba menjual
sikat kepada seseorang yang tidak mempunyai rambut!
Maknanya, juallah produk yang betul dan kepada orang yang
betul.
Cari Kaedah Untuk Mendapatkan Prospek / List
Mencari prospek / list adalah sangat penting. Ini disebabkan
orang ramai tidak akan membeli produk anda apabila pertama kali melihatnya.
Statistik menunjukkan bahawa orang ramai hanya akan mula serius memikirkan
untuk mendapatkan produk anda setelah mereka melihatnya, atau mengenalinya
lebih dari 7 kali. Dalam perniagaan online, ianya berlaku sekurang – kurangnya
selepas 7 emel follow up dilancarkan.
Anda boleh membina sendiri pangkalan data untuk pelanggan
anda ataupun senarai list.
Ini sangat penting, kerana dengan memiliki list anda
berpeluang untuk menghantar informasi follow up sehingga 7 kali atau lebih,
sebelum mereka dipengaruhi oleh iklan – iklan yang lain.
Ini akan membawa kita ke bahagian yang selanjutnya…
Bina Perhubungan Yang Kukuh
Jualan baru ataupun jualan yang berulang – ulang biasanya di
akibatkan oleh perhubungan yang baik sejak awal lagi. Sebelum seseorang membeli
produk anda, anda harus biarkan mereka menanamkan kepercayaan terhadap anda.
Untuk memastikan ini, anda perlu tanamkan kepercayaan tersebut secara tidak
langsung (pelanggan anda mungkin sangat sukar dipengaruhi, tetapi kadang kala
perkataan ‘jaminan’ sahaja sudah cukup untuk ‘menyentuh’ seseorang).
Jangan biarkan prospek anda beralih arah! Ambillah masa
bersama mereka dan layanlah mereka seperti seorang rakan karib. Tetapi, jika
anda menghabiskan masa melayan semua orang tak kiralah samada individu tersebut
prospek atau tidak – anda bakal kehilangan kesemuanya, kerana anda tidak fokus!
Jadi, tumpukan kepada proses pembinaan hubungan yang kukuh
dengan prospek anda dan pasti nanti, ianya akan menghasilkan jualan.
Lakukan Kajian Terhadap Statistik Pelanggan
Apabila kita berbicara tentang
angka dan nombor, ramai yang tidak begitu mengambil berat akan hal ini. Angka
dan nombor didalam perniagaan amatlah penting untuk dikaji serta dijadikan kayu
pengukur. Jika anda memahami serta bijak memanipulasikan statistik angka, besar
kemungkinan perniagaan anda akan terus berkembang.
Bagi perniagaan online, yang
menjual melalui penggunaan surat jualan kebiasaannya akan dikenalpasti
prestasinya dengan cara membandingkan jumlah pembelian dan jumlah pelawat yang
datang.
Ini dikenali sebagai nisbah
pertukaran (conversion rate), iaitu melihat berapa ramaikah yang membeli dari
sejumlah trafik yang datang ke laman web mereka.
Jika anda melakukan pemasaran di
luar sana, janganlah cuba mendesak pelanggan anda sehingga akhirnya mereka
melarikan diri dari anda. Anda seharusnya berkongsi informasi dengan mereka dan
bantu mereka untuk memenuhi keperluan mereka. Jangan sesekali mendesak serta
memaksa mereka mendapatkan produk anda walaupun anda sedar produk anda mungkin
tidak dapat membantu mereka. Ini pasti akan menimbulkan masalah buat anda di
kemudian hari.
Jika prospek tersebut tidak
termasuk didalam sasaran pasaran anda, biarkan sahaja. Maknanya, bilangan
prospek anda mungkin sedikit tetapi ianya sangat tepat untuk berada didalam
bidang sasaran pasaran anda.
Di dalam bidang perniagaan, anda tidak boleh bergantung
sepenuhnya kepada nasib dengan beranggapan perniagaan anda gagal kerana anda
tidak dilahirkan untuk menjadi seorang peniaga.
Sebaliknya, anda harus faham bahawa setiap individu boleh
dilatih untuk menjadi peniaga. Seterusnya pula, ia bergantung kepada usaha anda
untuk mempelajari selok belok perniagaan disamping daya keinginan yang tinggi
untuk berjaya.
Jutawan yang ada sekarang ini pun, kebanyakannya bukanlah
dari latar belakang keluarga yang menjalankan perniagaan.
Begitu juga halnya dalam bidang pemasaran. Ia bukan berkisar
samada anda berbakat atau tidak dalam melakukan pemasaran sebaliknya ia lebih
kepada teknik dan strategi yang digunapakai.
Dengan maklumat yang dikongsikan didalam ebook ini, walaupun
nampak ringkas tetapi saya berharap ia akan membantu anda untuk melihat dengan
lebih jelas lagi tentang strategi yang betul dalam melaksanakan kempen
pemasaran anda.
Semoga perniagaan anda, baik secara online ataupun offline
akan berkembang dan menjadikan anda seorang jutawan nanti.
Salam hormat.
0 Ulasan