PIS Politeknik Pertama menang anugerah antarabangsa..

Tahniah diucapkan kepada dua orang pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) kerana berjaya menggondol dua pingat perak pada pertandingan Inovasi 40th International Exhibition of Invention of Geneva di Geneva, Swirtzerland yang diadakan pada 18 hingga 22 April lalu.. 

PIS melakar sejarah kerana menjadi Politeknik pertama di negara ini yang menyertai pertandingan berprestij dunia itu yang mempertandingkan 646 projek oleh oleh institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh dunia. 


Dua projek yang dipertandingkan ialah mesin pencucuk sate dan acuan pembuat cincau yang masing-masing dihasilkan oleh Hasry Abdul Samad (36) dan Zia Mohd Yusof (31) bersama empat orang pelajar jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ibrahim Sultan.

Menurut hasry Abdul Samad yang mencipta mesin pencucuk sate, "idea menghasilkan mesin berkenaan timbul selepas melihat kesukaran kerja membuat makanan itu yang mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkannya". 

"Mesin ini dapat membantu pengusaha sate atau orang perseorangan membuat sate dengan lebih cepat dan mudah kerana mampu membuat lebih 100 cucuk sate dalam masa satu jam". Katanya.

Sementara itu, pereka mesin pencetak cincau, Ahmad Zia Mohd Yusof berkata "Idea mencipta mesin ini adalah daripada rakan baik saya yang juga pengusaha minuman cincau. Menerusi rekaan ini, ia akan dapat membuat pelbagai cincau terutama dalam bentuk seperti 'mutiara', selain mempercepatkan proses membuat minuman itu berbanding sebelumnya".  

Semoga dengan kejayaan ini, akan mengangkat nama politeknik sebagai salah sebuah institusi Pengajian Tinggi yang cemerlang dan terkenal di mata dunia.. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Untung la pensyarah jkm..guna projek pelajar last2 kata buat sendiri..leh claim jadi inovasi..tahniah en hasry..x de kredit apa2 ke buat kami yg berhempas pulas siang malam..modal pun kami sendiri..hahaha..tahniah2.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. nak masuk bertanding
    1. yuran bayar guna USD bukan 200usd..300usd
    2. tiket kene bayar
    3. hotel pun bayar
    4. makan minum dekat luar negara tu lagi
    5. dan menang pun selalunya sijil dan pinggat...

    tu pun bdk nak claim...hadoi

    BalasPadam