Kaum wanita merupakan insan yang begitu istimewa.. Setelah berkahwin dengan isteri saya barulah saya dapat memahami jiwa seorang wanita.. Mereka begitu teliti dalam menjaga penampilan, kesihatan dan kecantikan..
Bagi pendapat wanita, selain kulit wajah, rambut, mata, penjagaan leher juga tidak kurang pentingnya. Leher yang bersih, sihat dan terjaga akan memberi kecantikan ekstra kepada seseorang wanita; apatah lagi apabila mengenakan blaus tanpa kolar atau mengenakan rantai mutiara yang indah...
Gaya Pakaian tersebut sesuai untuk kaum wanita bukan muslim sahaja.. Sekiranya kaum wanita muslim berkenan untuk bergaya sedemikian rupa (mendedahkan leher) ada batasnya..
Mungkin sesuai untuk kerja pejabat di rumah atau sekiranya rakan-rakan di tempat bekerja anda semuanya kaum wanita.
Penampilan diri dan penjagaan kecantikan tetap diperlukankan bagi kaum wanita muslimah.. Walaubagaimanapun batasan aurat tetap perlu dipelihara...
Sebenarnya penjagaan leher tidak banyak bezanya dengan penjagaan kulit wajah kerana kulit bahagian tubuh ini mempunyai ciri yang sama. Walau bagaimanapun bahagian leher
lebih cepat kotor akibat lekatan kotoran debu, sisa bedak dan berpeluh. Kotoran yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan berkumpul dan membuatkan warna kulit tidak sekata dan cepat berkedut.
Berikut disarankan beberapa cara perawatan leher yang anda boleh amalkan:
Pembersihan
Sebaiknya bersihkan leher dua kali sehari dengan menggunakan cairaan pembersih lengkap bersama penyegarnya. Setelah itu dibilas dengan air sejuk bagi menghilangkan sisa buih pembersih. Akhir sekali sapukan krim pada leher dan urut dengan lembut agar krim cepat meresap.
Membuang Kulit Mati
Apabila kulit leher terasa kasar, ini menandakan kotoran sudah banyak menempel. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyumbat saluran kelenjar minyak dan boleh menyebabkan jerawat. Penggunaan skrub adalah cara yang paling tepat untuk membuang sel-sel kulit mati yang menempel. Pastikan anda memilih skrub untuk muka dan leher kerana skrub jenis ini mempunyai butiran yang halus.
Melembut dan Menegangkan
Kulit bahagian leher adalah yang paling sensitif. Oleh itu tanda penuaan yang paling awal iaitu kedutan akan kelihatan di bahagian ini. Namun masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan masker secara teratur sekali atau dua kali seminggu. Caranya setelah leher dibersihkan, sapu masker dari bahagian bawah dagu hingga ke paras bahu. Setelah kering bilas dengan air sehingga bersih. Selain menegangkan kulit masker juga bertindak untuk menyingkirkan sel kulit mati menyegar dan membuatkan kulit terasa lembut.
Membentuk Otot
Salah satu penyebab mengenduran kulit leher adalah kerana keadaan otot-otot leher itu sendiri. Hal ini dapat diatasi dengan melakukan beberapa senaman leher seperti berikut:

- Berpaling ke kiri dan kanan mendongak dan menunduk hingga otot terasa lentur.
- Memuncungkan bibir ke depan dan pada pasa yang sama bahu ditolak ke kanan dan kiri.
- Lakukan urutan ringan dengan menyapu leher dengan minyak lalu urut dari bawah hingga ke atas menggunkan telapak tangan. Hindari dari mengurut dengan arah yang bertentangan kerana ia akan menyebabkan kulit leher bertambah kendur dan menggelebeh.
Nota : Artikel ini dihasilkan dengan bantuan isteri saya yang meminati bidang kecantikan dan penjagaan diri..
0 Ulasan