Syukur Alhamdulillah..
baru sahaja selesai menyiapkan dan menghantar kertas kerja ke pejabat Timb. Pengarah Akademik (TPA) PSIS.. Fuh!! Lega betul rasa hati.. ;)
Isi kandungan kertas kerja tersebut adalah untuk mengadakan lawatan kerja ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd.. Sekarang ni kertas kerja dan surat permohonan dah siap.. Tengah tunggu dapatkan "green light" daripada TPA dulu..
Pihak Karangkraf saya dah roger awal-awal lagi.. 3 minggu lepas saya dah hantar surat permohonan melalui email.. walaupun surat tersebut belum ditandatangani oleh TPA.. Bukan selalu saya buat kerja macam ini.. Lagipun niat saya baik.. Saya cuma nak maklumkan kepada Unit lawatan karangkraf, tentang hajat kami yang ingin mengunjungi premis mereka..
Tak sangka pula saya mendapat maklum balas beberapa hari selepas itu.. Pegawai eksekutif Unit lawatan Karangkraf menghubungi saya menerusi telefon, Untuk membincangkan tentang masa dan tarikh lawatan kami.. Sekarang ni pihak karangkraf telah memberi lampu hijau.. Tunggu lampu hijau daripada bos PSIS sahaja.. Harap-harap semunya dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang... Nantikanlah ketibaan kami ke Kumpulan Media Karangkraf nanti.. ;)
Berdasarkan keratan Akhbar Berita Harian bertarikh 8 Mei 2012 yang bertajuk “Program latihan penerbitan perlu diwujudkan”. Dalam keratan akhbar tersebut ada menyentuh tentang Statistik yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan jumlah penerbitan pada tahun 2011 hanya 17,000 judul buku sahaja. Justeru itu latihan penerbitan perlu diberikan kepada orang ramai khususnya kakitangan akademik untuk meningkatkan kemahiran mengarang dan penerbitan supaya dapat membantu negara mencapai sasaran 26,000 judul buku setahun.
Sumber : Utusan Malaysia
Tujuan utama lawatan kami ke Kumpulan Media Karangkraf ini adalah untuk mendapatkan pendedahan dalam bidang penulisan dan penerbitan yang terdapat di Malaysia.. Setakat ni saya berkesempatan untuk menulis blog dan ebook sahaja.. Teringin juga nak menerbitkan hasil penulisan sendiri.. Mana tahu, lepas ni ada rezeki nak simpan koleksi buku terbitan sendiri..
Di Politeknik, bidang penulisan dan penerbitan masih kurang
dikuasai oleh sebilangan besar pensyarah. Ini disebabkan pensyarah politeknik kurang
diberi pendedahan tentang bidang ini berbanding pensyarah Universiti. Di
Universiti bidang penerbitan sudah tidak lagi asing bagi setiap pensyarah
disebabkan ia merupakan satu keperluan dalam pekerjaan mereka..
Sebagai sebuah institusi pendidikan yang mempunyai ramai
kakitangan akademik.. Staf politeknik juga sepatutnya dapat memberi sumbangan dalam bidang
penerbitan.. Secara tidak langsung dapat membantu negara untuk mencapai sasaran menerbitkan 26,000 judul buku setahun.
Saya percaya tentu ada dalam kalangan rakan-rakan staf yang mengatakan "Saya tak ada masa nak menulis buku", "Saya tak tahu nak menulis apa?", "Saya tiada idea nak tulus apa?", "Saya tidak pandai menulis" dan sebagainya..
Dulupun saya mempunyai pandangan yang sama seperti itu..
Tetapi apabila diwujudkan item pembentangan, penulisan dan penerbitan dalam kriteria kenaikan pangkat skim pensyarah politeknik.. Ramai pula pensyarah yang mempunyai masa untuk menulis, dan membentangkan hasil penulsian mereka..
Sebelum ini mereka kata tiada masa untuk menulis..Tetapi dengan izin Allah, secara tiba-tiba mereka berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya satu penulisan ilmiah.. Nak naik pangkat punya pasal, daripada tidak boleh.. semuanya jadi boleh.. Ajaib bukan??
Jadi kesimpulannya kita boleh.. Cuma selama ini, tiada faktor pendorong yang membolehkan kita menghasilkan penulisan ilmiah untuk diterbitkan.. Bila ada galakan dan dorongan.. Insya Allah, semuanya boleh..
Semoga selepas mengikuti lawatan kerja ke Kumpulan Media Karangkraf ini, akan dapat memberikan semangat kepada rakan-rakan saya untuk menghasilkan penulisan dan seterusnya menerbitkan sekurang-kurangnya sebuah buku setahun..
Sebagai tanda penghargaan kepada kumpulan Media Karangkraf, Jom beramai-ramai dapatkan edisi terkini majalah-majalah terbitan karangkraf yang sedang hangat di pasaran.. Terdapat pelbagai topik hangat dan menarik untuk bacaan anda sekelurga.. Bangsa membaca, bangsa Berjaya.. ;)
P/s: Saya suka membaca majalah Mingguan Wanita dan Seri Dewi Keluarga..
1 Ulasan
Salam. mcm mne nak contact Karangkraf if nak buat lawatan. contact through email or what? t/kasih
BalasPadam