"Makanlah sayang... Sikit pun jadilah. Kesian nasi tu. Nanti dia menangis kalau sayang tak makan." Itulah pujukan si ibu jika si anak tidak mahu makan. Si ibu sanggup lakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian si manja, namun si anak tetap tidak mahu menjamah makanan. Apa yang lebih membimbangkan si ibu apabila berat badan anak tidak meningkat dengan perkembangan usianya.
Saya percaya kebanyakan keluarga tentu pernah mengalami situasi sebegini.. Bagi saya dan isteri situasi sebegini kami lalui hampir setiap hari.. Ada kalanya kami begitu rungsing memikirkan berat badan kedua-dua anak lelaki kami terutamanya apabila ditimbang semasa membuat pemeriksaan secara berkala di klinik kesihatan..
Letih jugalah kena dengar ceramah daripada jururawat bertugas apabila mendapati graf berat badan anak saya yang sulung berada pada kawasan kuning dan graf berat badan anak saya yang kedua berada pada kawasan merah.. Huhuhu.. Sabarjelah..
Berdasarkan pendapat rakan-rakan atau kenalan kami, anak-anak kami kecil dan "ringan" mungkin disebabkan oleh faktor keturunan.. Ini disebabkan tubuh badan saya dan isteri sememangnya kecil dan kurus.. Perasan kurus jer saya ni.. hahaha.. Sebenarnya isteri saya jer yang kurus.. saya ni berisi banyak sikit..
Tapi disebabkan kedua-dua anak saya aktif dan sihat, maka tiada sebarang rawatan susulan dikenakan kepada mereka.. Cuma yang agak meletihkan, kami perlu membawa anak-anak kami ke klinik kesihatan sebulan sekali, bagi pemeriksaan berat badan mereka..
Sebenarnya dah bermacam usaha kami lakukan untuk menaikkan selera makan anak-anak kami.. Tetapi hasilnya agak mendukacitakan.. Terutama anak saya yang ke dua (Adam).. Walaupun telah berumur 2 tahun 6 bulan, tetapi Adam masih menyusu badan.. Beliau lebih menikmati susu badan berbanding makanan-makanan yang terhidang di hadapan mata..
Tetapi dalam masa 2 minggu kebelakangan ini alhamdulillah.. Kedua-dua anak saya telah menunjukkan perkembangan yang positif.. Agak mudah untuk memberi makanan kepada mereka dan Selera makan mereka juga semakin baik.. Syukur Alhamdulillah..
1. Makan dengan kerap
Tidak dinafikan memujuk si anak untuk makan mengambil masa yang lama. Sebagai ibu dan bapa, anak perlulah bersabar dan teruskan usaha tanpa jemu. Galak si anak makan dengan kerap adalah cara terbaik untuk memastikan anak anda cukup makan. Enam hidangan yang kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama yang berat. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Harus diingat jangan sesekali memaksa si kecil makan. Dikhuatiri si kecil akan lebih liat untuk makan!
2. Berikan pilihan makanan
Si ibu harus bijak mempelbagaikan jenis makanan di rumah. Sediakan snek kegemaran si anak dan berilah dia ruang untuk memilih makanan atau snek yang digemari seperti emping jagung atau biskut coklat. Berikan snek kepada anak anda selepas dia menikmati hidangan utama.
3. Bekalkan makanan ke sekolah
Kadang kala kesibukan si anak di sekolah dan leka bermain menjadikan si comel kurang makan. Oleh itu jika anak anda ke sekolah, bekalkan makanan snek sihat seperti biskut, kismis, kurma, lobak merah dan kacang. Oleh itu, biarpun dia tidak sempat menjamah makanan berat di sekolah, dia mampu habiskan snek di sekolah.
4. Beri galakan kepada si anak
Sebagai orang yang dewasa, galakan ibu bapa amat berharga buat si kecil. Sokongan dan dorongan pada setiap masa mungkin membuatkan si comel akan menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit.
Ibu dan bapa harus memahami bahawa setiap perubahan yang berlaku kepada si manja perlu mengambil masa. Oleh itu, wahai ibu dan bapa, bersabarlah....
(Sumber : Majalah Seri Dewi & Keluarga Keluaran Januari 2012)
P/s : Sekiranya anda meminati artikel ini, sila undi blog dengan klik pada salah satu banner di bawah dan klik vote pada laman web DiGi WWWOW Awards 2012..
0 Ulasan