Keputusan Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada Hari Ahad hujung minggu yang lepas (27 Mei) saya menyertai Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam.. Ini merupakan Pertandingan Catur Terbuka pertama yang saya sertai setelah "bersara sebentar" pada tahun 2005.. Sebenarnya bukannya bersara pun.. Cuma tidak berkesempatan untuk menyertai mana-mana pertandingan catur terbuka sebegini, setelah berkhidmat di Mukah Sarawak.. 

Pada kali ini syukur alhamdulillah.. Saya diberi kesempatan untuk menguji tahap kemampuan saya dalam pertandingan ini.. ;)

Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.. Seramai 250 orang peserta menyertai pertandingan ini.. Ini sememangnya lumrah dalam Pertandingan catur, dan begitu juga dengan pertandingan-pertandingan lain.. Bila Hadiah yang disediakan lumayan, memang ramai peserta yang akan menyertai pertandingan catur tersebut.. Nak tengok senarai hadiah boleh (klik di sini)  


Setiap peserta dalam pertandingan ini akan bermain sebanyak 7 pusingan, dengan setiap pusingan diberi kawalan masa sebanyak 15 minit seorang.. 

Syukur Alhamdulillah, saya dapat bermain sehingga tamat kesemua pusingan.. Namun begitu, saya gagal mendapatkan keputusan yang baik pada kali ini.. saya hanya berjaya mendapat 4.5 mata daripada 7 mata penuh..

Disebabkan ini merupakan kali pertama saya menyertai kejohanan catur terbuka, semenjak saya menjadi seorang blogger.. Jadi, saya nak berkongsi kisah-kisah kegagalan saya dalam pertandingan tersebut.. Semoga dengan perkongsian ini, akan memberikan peringatan kepada saya dan anda yang turut meminati permainan catur.. supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut pada masa akan datang.. 

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya, Mohd Raizal.. yang sempat mengambil beberapa gambar semasa pertandingan tersebut diadakan.. Kalau tidak, saya tidak dapat mempunyai sebarang gambar disebabkan H/P saya telah kehabisan bateri pada ketika itu.. 

Gambar di bawah menunjukkan kegagalan saya yang pertama, iaitu pada pusingan ketiga.. Lawan saya pada ketika itu adalah seorang pelajar sekolah menengah bernama Mohd Noor Azam.. Dengan budak sekolah menengah pun tak boleh nak menang.. huhuhuhu..


Saya susun semula kedudukan semua buah catur diatas seperti dalam gambar di bawah.. Ini bertujuan untuk memudahkan kita melihat dan menganalisis "game' tersebut.. Saya bermain buah putih pada ketika itu, dan kelihatan mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menang.. (bukan saya yang kata, orang disekeliling saya yang kata)


Tetapi kesudahannya saya menghampakan kesemua orang yang sedang menyaksikan perlawanan saya pada ketika itu, dengan kedudukan "stalemate".. Atau dengan bahasa mudahnya perlawanan berakhir dengan keputusan seri (0.5 mata).. 

Kedudukan "stalemate", King tidak dapat bergerak..

Saya rasa agak malu dengan orang ramai yang menyaksikan perlawanan tersebut.. Dan juga malu dengan diri saya sendiri yang telah bermain catur sejak dari sekolah rendah lagi.. Walaupun tak berapa handal pada ketika itu.. Tapi pernah menjadi juara daerah semasa di sekolah rendah.. Pernah mendapat tempat keempat di peringkat daerah semasa di sekolah menengah.. Pernah mewakili Universiti dalam beberapa kejohanan catur..

Tapi.. boleh melakukan gerakan yang sangat merugikan sebegini.. Nasib baiklah tak ada pelajar kelab catur PSIS yang menyertai pertandingan tersebut.. kalau tak dua kali malu saya dibuatnya.. huhuhu...

Kesilapan pada perlawanan pusingan ke 3 mengganggu sedikit konsentrasi saya pada pusingan keempat.. Pada ketika ini saya bermain buah hitam.. (gambar di bawah)


Gambar di atas menunjukkan "Bishop" saya yang baru sahaja di makan oleh kuda putih, setelah memakan "pawn" putih di petak d8.. Sekarang giliran saya, jadi saya gerakkan pawn pada petak a6 ke petak a5.. Putih membalas dengan menggerakkan Kuda pada kordinat Nc6.. 

Pada ketika ini saya melakukan satu lagi kesilapan, apabila terpegang Pawn pada koordinat b5, dan pihak lawan berkata "Touch Move".. Saya tak boleh nak kata apa-apa pada ketika itu.. Sepatutnya saya menggerakkan pawn pada petak a5, yang sedang diancam oleh kuda putih..

Dalam hati saya berkata..Kenapalah tangan saya ni bertindak terlebih dahulu sebelum otak saya sempat memikirkan, apa gerakan yang sepatutnya saya lakukan .. Sekiranya saya melakukan gerakan yang rasional pada ketika ini, saya berpeluang untuk mendapatkan satu Queen melalui salah satu "pawn" yang saya ada..

Kesudahannya.. sehingga akhir "game" keempat, saya terus melakukan kesilapan demi kesilapan yang membolehkan lawan saya memenangi perlawanan tersebut.. Masa "game" keempat tamat, saya dah hampir berputus asa.. dah ada perasaan malas untuk meneruskan permainan.. Macam dah tak ada "mood" untuk meneruskan permainan..

Kesannya saya kalah lebih teruk lagi pada pusingan ke 5.. Pada "game" tersebut saya melakukan kesilapan demi kesilapan, disebabkan dah tidak dapat fokus pada permainan..

Kesudahannya, seperti gambar dibawah.. 


Dan akhirnya saya kalah pada pusingan tersebut, disebabkan masa 15 minit yang diperuntukkan kepada saya telah pun tamat.. 

Sedih betul bila mengenangkan nasib ketiga-tiga game tersebut.. Saya mula hilang semangat untuk bermain, setelah tamat game yang ke 3.. Maklumlah dalam hati tu ada pasang angan-angan besar, iaitu untuk menjadi juara.. Jadi, bila dah hilang setengah mata tu, terasa macam kehilangan yang sangat besar.. Kesudahannya turut menjejaskan game saya yang ke 4 dan ke 5.. huhuhu..

Untuk melupakan kekecewaan tersebut, saya pergi ke surau untuk menunaikan solat Asar.. Selepas solat saya mendapat semula ketenangan dan bersemangat semula untuk menghabiskan baki 2 perlawanan.. Syukur Alhamdulillah, saya berjaya memenangi 2 perlawanan yang terakhir tersebut..

Nampaknya tak ada rezeki saya pada pertandingan kali ini.. Sekadar berjaya mendapat 4.5 mata daripada tujuh perlawanan.. Mungkin saya perlu mencuba lagi pada pertandingan-pertandingan catur yang lain pada masa akan datang..

Berikut merupakan gambar-gambar lain yang sempat rakan saya ambil, sepanjang Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam..






Dan berikut pula merupakan keputusan keseluruhan Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam.. Keseluruhan pertandingan ini dimenangi oleh Ahmad Fadzil Nayan setelah berjaya mengumpul 6.5 mata daripada tujuh pusingan.. Hadiah yang berjaya beliau menangi adalah wang tunai sebanyak RM1,000.. 

KATEGORI TERBUKA
1.
AHMAD FADZIL NAYAN (25)
2.
FIKRI BIN SALLEH (16)
3.
KAMALUDDIN YUSOF (45)
4.
MOHD ARSHAD
5.
RAZALI HAMZAH
6.
FAIRUL YUSOF (IPT)
7.
GHAZALI MUHAMAD
8.
SUHAIMI MUSTAFA
9.
MOHD SHUKOR BIN SIRAN (44)
10.
MUHAMMAD HASSIM B SABRAN (39)



TERBAIK SABAK BERNAM
1.
ROSLAN SULAIMAN
2.
AHMAD FIRDAUS (IPT)
3.
ABD RAHIM RAIS (38)
4.
AFNAN HILMAN (IPT)
5.
JEFREE BIN SURATMIN (31)
6.
MUHD NAZMI DAYNURI (19)
7.
SALEH BIN ABD LATIF (44)
8.
SYAWAL AQMAR BIN SHAHRIR ARIFF
9.
MOHD SHUKRI BIN ALI
10.
MOHD TARMIZI B ABU HASSAN (27)

KATEGORI BAWAH 18
1.
LAILA HUSNA BT SAHADI (16)
2.
MOHD AMIRUDDIN B. BUANG (17)
3.
ANIS FARIHA BINTI SALEH (14)
4.
MOHD NOOR AZAM
5.
MUHAMAD NUR IRFAN ADNAN (15)
6.
MUHAMMAD ZAKWAN B MOHD ZAKI (18)
7.
MUHAMMAD YUSRA MOHD YUSOF (16)
8.
MOHD ADIB AMIR OMAR
9.
MUHAMMAD LUQMAN HAKIM B. SAGIR
10.
MOHD ASYRAF SARQAWI

KATEGORI IPT
1.
AHMAD ZULHILMI B SAHADI (19)
2.
AINUL HAKIM BIN ABDUL RAZAK (29)
3.
MOHD KHAIRUL NIZAM BIN JOHARIY

KATEGORI ISTIMEWA
WANITA
NAH IZZATTIE ITQAN
JUNIOR
ZAINOOR IKMAL MUNIRAH (7)
VETERAN
SAHADI BIN ISMAIL (49)




Ini merupakan kali pertama saya melihat pertandingan catur yang menyediakan begitu banyak kategori dan begitu banyak hadiah..  Kesemua hadiah yang disediakan dalam bentuk wang tunai yang berjumlah RM5,500..

Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang.. Dan tahniah juga saya ucapkan kepada guru-guru di sekitar daerah Sabak Bernam yang bertungkus lumus menganjurkan pertandingan ini.. Semoga pertandingan seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada tahun depan..  dan yang penting.. jangan lupa jemput saya lagi... ;)



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Boleh kah kita bermain di Chess.com? register free je.. saya pun peminat catur dari Mukah sarawak. tempat awak keja dulu. email saya l.pipsclip@yahoo.com

    BalasPadam