Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sejak akhir-akhir ini ramai orang sibuk memperkatakan tentang pelaburan emas dan Perak.. Disebabkan emas dan perak merupakan pelaburan yang berpotensi tinggi, dengan pulangan sehingga 50% berdasarkan statistik 5 tahun kebelakangan ini.. jadi ramai rakan-rakan saya yang telah menjadi egen bagi syarikat yang ada menjual emas dan Perak.. ;)
Baguslah tu.. Masing-masing ada usaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga.. Pelaburan emas dan perak pada hari ini dilihat sebagai satu pelaburan yang cukup menguntungkan berbanding pelaburan ASB.. Walaubagaimanapun dalam pelaburan ada pasang surutnya.. Hari ini kita untung, esok mungkin kita akan rugi.. Bulan hadapan mungkin kita untuk balik.. Dan begitulah seterusnya.. Itu sememangnya lumrah dalam bidang pelaburan..
Sekarang ni pelaburan yang sedang popular di seluruh dunia adalah IPO Facebook.. Ramai orang menjangka saham facebook akan melonjak naik sebaik sahaja ianya disenaraikan di NASDAQ pada 18 Mei 2012.. Ini berdasarkan reputasi facebook yang merupakan laman web jaringan sosial yang paling berpengaruh pada ketika ini..
Tapi malangnya ianya tidak seperti yang diharapkan..Harga saham Facebook naik setinggi USD43 dan ditutup pada USD38.23 pada hari pertama berbarding harga offer USD38. Mengikut Bloomberg sebanyak 82,000,000 saham terjual dalam masa 30 saat pertama dan lebih 100 juta saham terjual pada 5 minit pertama. Modal Facebook meningkat USD13.7 billion setelah disenaraikan di NASDAQ. Jadi dalam pelaburan kita perlu berani mengambil risiko untung rugi.. Nak berjaya dalam bidang pelaburan kena belajar dari Waffen Buffet atau mereka yang arif dalam selok belok pelaburan..
Saya pun sedang belajar dan sentiasa belajar dalam ilmu pelaburan.. Antara orang yang menjadi rujukan saya adalah penulis tetap majalah Mingguan Malaysia iaitu Sunthara Segar dan Ustaz Zaharuddin (Sari sudut Syariah).. Saya pernah bertanyakan soalan tentang pelaburan emas ini kepada Sunthara Segar.. Jadi mari kita baca apa maklumbalas yang diberikan oleh beliau:
Berdasarkan maklumbalas tersebut.. Saya berpandangan bahawa untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya, kita perlu mendalami ilmu pelaburan dan pandai membuat analisis.. Ini termasuk juga dalam pelaburan emas.. Tanpa mempunyai ilmu dalam bidang pelaburan, kesudahannya anda mungkin akan mempunyai nasib yang sama seperti berikut:

Sumber : Gold Silver Technical.com
Bila saya mengatakan pelaburan emas dan perak juga ada kelemahannya.. Tentu ada peniaga emas yang marah dengan saya.. Sebab itu merupakan sumber pencarian mereka.. Mereka dok canang-canang tentang kebaikan pelaburan emas, supaya orang ramai membeli emas yang mereka.. Saya pula mengatakan pelaburan emas dan perak ada kelemahnnya..
Para peniaga emas semua, jangan salah faham yer.. Kelemahan yang saya maksudkan bukan kelemahan yang kekal.. tetapi kelemahan yang boleh diperbaiki menerusi teknik dan strategi yang betul..
Contohnya anda membeli emas sewaktu harga emas mahal iaitu sekitar RM200/gram.. Kemudian anda menghadapi masalah kewangan dan memerlukan wang tunai dengan segera sewaktu harga emas jatuh (Contohnya RM150/gram).. Jadi anda mengalami kerugian, semasa hendak menggadai atau memajak emas kepunyaan anda pada ketika itu..
Sekiranya anda menghadpai situasi di atas, pasti anda akan berasa marah dan mengatakan pelaburan emas merupakan pelaburan yang merugikan.. Kata boleh dapat untung 30% setahun dengan melabur emas.. tapi hakikatnya saya rugi 25%.. :(
Inilah realiti dalam dunia pelaburan yang perlu kita akui.. Kadar pulangan pelaburan ditentukan berdasarkan julat masa tententu sahaja.. Disebabkan itu, kita perlu mendalami ilmu pelaburan sekiranya ingin benar-benar berjaya dalam bidang ini...
FAKTA Kenapa analisis teknikal penting untuk pelabur emas dan perak ?
1. Analisis teknikal dapat memberi gambaran jelas berdasarkan solid evidence berpandukan teknik-teknik tertentu dalam memilih masa dan harga yang sesuai untuk BUY atau SELL.
2. Penting pelabur emas dan perak FIZIKAL untuk mendapatkan best timing dan best deal.
3. Sangat-sangat penting bagi peniaga atau dealer emas dan perak..semestinya main kilo-kilo walau perbezaan harga 1g cuma RM 1 pun dah banyak kesanya kan?
4. Tindakan tidak dibuat secara terburu-buru mengikut perasaan dan terpengaruh dengan spekulasi semata-mata.
5. Dengan keupayaan mengenalpasti kawasan harga murah ini dapat meminimakan risiko dalam permainan manipulasi emas dengan Ar-Rahnu.
Bukan rahsia lagi bahawa analisis teknikal adalah senjata yang digunakan oleh syarikat dan Dealer besar dalam meletakkan target BUY dan SELL mereka..
dan sebolehnya masyarakat umum tidak mahu didedahkan dengan analisis teknikal dengan terperinci..
KENAPA ??
Jawapannya mudah sahaja...
Bila mereka SELL habis-habisan..mereka mahu anda BUY habis-habisan....dan begitu juga sebaliknya!
Sekiranya anda berminat untuk mempelajari Analisis Teknikal Emas dan Perak dengan lebih lanjut, sila klik di sini
P/s: Tak rugi kita memperlajari ilmu pelaburan, sebagai persediaan di hari tua nanti..
7 Ulasan
Assalamualaikum
BalasPadamTuan,
Saya berminat nak melabur emas. Tapi saya takut harga emas akan jatuh selepas saya membeli emas.
Jadi, saya nak minta pandangan tuan. Macamana nak pastikan harga emas boleh terus stabil?
Waalaikumsalam..
PadamAgak sukar untuk saya menjawab soalan yang awak ajukan.. Disebabkan saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang pelaburan emas..
Berdasarkan graf harga emas yang saya pernah lihat dekat laman web Kitco.com.. Saya dapati ada kalanya harga emas akan naik dan ada kalanya harga emas akan jatuh..
Terdapat banyak faktor yang akana menentukan kenaikan dan kejatuhan harga emas dunia.. Antara faktor terbesarnya adalah kesan mata wang dunia, terutamanya mata wang EURO..
Jadi, adalah mustahil untuk harga emas berada dalam keadaan stabil pada setiap masa..
Macan juga orang.. Ada masanya orang rajin, ada masanya malas.. Ada masnya sihat, ada masanya sakit..
Tapi tak rugi kalau melabur emas.. Waktu harga emas jatuh, kita simpan sahaja emas tersebut.. Bukannya rugi pun..
PadamTapi kalau nak mendapatkan keuntungan yang banyak dalam pelaburan emas, saya syorkan awak jadi egen bagi mana-mana syarikat pengeluar emas.. Jual emas pun boleh untung, beli emas pun boleh untung.. ;)
kalau harga emas jatuh rasanya tak perlu rasa rugi sebab kita boleh beli emas lagi dgn harga murah.. kalau yg terdesak tu, pegi gadai time harga murah pon takpe.. gadai ni lebih kurang mcm kita buat pinjaman, emas tu sebagai cagaran.. mana tau time nk tebus balik nnt harga emas dah naik balik.. kita cuma perlu tebus bayar ikut jumlah pinjaman semasa kita gadai dulu.. so, tak rugi apa2..
BalasPadamemas dalam bentuk barang kemas lagi bagus utk pelaburan..
simpan gak duit jgn taksub dgn emas jer...
BalasPadamEmas ni kena invest long term. Kalau nk untung cepat trade la .. kalau harga emas jatuh pegi la paksa2 orang beli emas dari kita, terkial2 cari org sape la nak beli emas . Asal jumpe je cerita emas. Sakit plak telinga aku ni dengar. Cerita income ribu2, lepak kedai kopi order nasi , air paw aku.. terbaik.. ;)
BalasPadamp/s : Jual emas sampai hilang kawan ;)
Beli emas long term sungguh-sungguh merugikan menurut sirikegagalanemas.wordpress.com.
BalasPadamMenyimpan emas adalah dilarang menurut surah At Taubah 34 dan 35. Hilang 37% dalam tempoh beberapa tahun adalah tidak bagus untuk pelabur.