Harga emas terus jatuh. Masa terbaik untuk membeli emas


Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Cuba kita lihat banner di bawah.. Menarik betul tawaran yang diberikan.. Beli 20 gram goldbar percuma 10 gram silver.. Bukan senang nak dapat tawaran sehebat ini.. Sudah tentu tawaran ini mempunyai tempoh masa tertentu.. Jadi sudi-sudilah melawat blog jual beli emas milik sahabat saya, untuk memastikan samada tawaran tersebut masih dibuka atau tidak.. 





Pada hari ini, harga emas terus menurun disebabkan tekanan mata wang dolar yang kukuh kesan daripada pilihanraya Perancis dan Greece. Aktiviti pembelian emas fizikal
dilihat tidak aktif disebabkan ketidaktentuan ekonomi zon Eropah selepas pertukaran kepimpinan di Perancis dan Greece.

Aktiviti emas fizikal di pasaran Asia turut mencatatkan penurunan apabila pembeli kembali kepada keadaan hanya memerhati selepas melakukan pembelian ketika harga emas di bawah AS$1,630 pada minggu lalu. (Sumber : Berita Harian)    



Nampaknya para pelabur emas masih berhati-hati untuk membeli emas, kerana mengharapkan harga emas terus jatuh.. Apabila harga emas jatuh menjunam mereka dapat membeli pada harga yang murah dan menjualkannya semula apabila harga melambung semula nanti..    

Hebat betul strategi yang mereka gunakan.. Patutlah kata orang kalau nak melabur emas, kita perlu tahu strategi pelaburan terlebih dahulu.. Masa bila kita perlu membeli emas??.. Dan masa bila kita perlu menjualkannya untuk memaksimumkan keuntungan pelaburan kita??..


Jadi apa pula strategi anda?? Nak tunggu harga emas terus turun baru nak beli, atau nak beli sekarang? Kalau beli sekarang pun dapat harga murah.. Kalau nak tunggu, ada kebarangkaliannya.. Samada harga emas akan terus turun, atau harga emas akan naik pada keesokan harinya.. 

Tapi kalau tergerak hati nak beli emas sekarang, anda boleh mengunjungi laman web berikut: Beli emas Online (klik di sini)

Terdapat pelbagai jenis produk berasaskan emas dan perak ada dijual di laman web ini.. Sebahagian produk emas yang ada dijual adalah seperti dalam gambar di bawah:




Kita semua sedia maklum emas merupakan logam paling berharga.. Bila sebut pasal emas, kita akan membayangkan satu logam yang berkilau dan ianya melambangkan kemewahan.. Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan membuat simpanan emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik. 

Tidak seperti hartanah, emas mempunyai kecairan yang baik untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan. 

Tambahan lagi simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk menggunakannya sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh digunakan bila-bila masa.

Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat mudah diterima untuk urusniaga. Jadi dengan simpan emas sebagai simpanan, ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik anda. 

Yang menariknya lebih lama anda simpan dan miliki emas fizikal itu, bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya! Sebab harga emas naik tahun demi tahun.

Tambahan lagi ianya diterima di seluruh dunia. Inilah uniknya emas, tidak seperti matawang yang dikeluarkan oleh setiap negara, ianya diterima dan diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai oleh semua orang di seluruh dunia dan sepanjang masa.

Bayangkan ketika zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) suatu ketika dahulu, wang kertas pokok pisang tidak lagi punyai nilai selepas Jepun tewas dalam perang dunia kedua kepada pihak British di Tanah Melayu. 

Tapi emas yang disimpan dari zaman tersebut tetap masih bernilai dan diterima sebagai sesuatu yang berharga sehingga ke hari ini. 

Selain itu, emas juga tahan lasak, senang dibawa dan boleh disimpan di mana-mana sahaja serta tetap bernilai walaupun dalam bentuk pasir. Itulah antara kelebihan beli dan simpan emas. Ianya merupakan satu pelaburan yang sangat menguntungkan.. Dengan pelaburan emas anda boleh mendapat keuntungan purata lebih 20% setahun sejak 5 tahun kebelakangan ini.



Kenapa harga emas terus melonjak naik dengan pantas dan mampu memberi pulangan keuntungan purata melebihi 20% hingga 45% setahun?? 

Bayangkan dengan pulangan purata 20% setahun, jika anda ada RM1,000 dan tukarnya dengan beli emas setahun kemudian harganya dah jadi RM1,200. 

Kalau RM10,000 dah dapat extra RM2,000 senang sahajakan. 

Mana nak cari pulangan pelaburan macam ni kan? 

Tapi anda juga boleh mengalami kerugian jika anda tersilap langkah dalam memilih pelaburan emas ni. 

Sebab tu sebelum melabur dengan emas saya cadangkan rujuk dulu rahsia para pelabur emas menjana keuntungan dengan cara yang betul.

Selain daripada itu, emas adalah pelaburan dengan risiko yang sangat rendah. Ianya juga bebas dari cukai keuntungan (gain tax) dan sebarang kos pengurusan. Lebih menarik lagi ianya kalis inflasi. Ini bermakna, nilainya tidak jatuh jika dibandingkan dengan nilai matawang semasa.

Sekiranya kita lihat, pada sekitar tahun 80-an, nilai 50 sen masih besar nilainya. Dengan duit sebanyak itu kita masih boleh dapatkan sebungkus nasi lemak, minuman dan gula-gula 10 sen 5 biji. Tapi hari ini 50 sen dah tak dapat beli nasi lemak lagi, bahkan beli gula-gula pun mungkin dapat 3 biji sahaja. 

Inilah yang dikatakan inflasi. Harga barangan jadi semakin mahal. 

Berbeza dengan emas, harganya setiap tahun sentiasa naik dan risikonya sangat rendah jika kita tahu bagaimana nak laburkannya dan kaut keuntungan dengan betul. 



Jadi mulakan pelaburan emas anda hari ini dengan menukarkan sebahagian wang tunai dalam simpanan anda kepada emas.


Sekiranya anda berminat untuk melipatgandakan keuntungan pelaburan emas anda, dijemput untuk menjadi pengedar GCP. Terdapat banyak kelebihan menjadi pengedar Emas GCP yang ada dinyatakan sepeti dalam senarai berikut:

  1. Membeli emas dengan harga rendah
    Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar (DP). Contoh:
    HARGA RANTAI TANGAN & GOLD BAR GCP 999.
    Harga Pengedar (DP) : RM132.00/g
    Harga Pelanggan (CP): RM142.56/g (tambah 8% daripada harga Pengedar)
    HARGA DINAR GCP 999.9
    Harga Pengedar (DP) : RM600.00
    Harga Pelanggan (CP): RM625.00 (tambah RM25.00 daripada harga Pengedar)
    HARGA GOLD BAR / JONGKONG EMAS PAMP SUISSE
    Harga Pengedar (DP) : RM12,480
    Harga Pelanggan (CP): RM13,478 (tambah 5% daripada harga Pengedar)
  2. Modal disediakan dalam bentuk stok emas
    GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada PELANGGAN yang telah ditetapkan oleh pengedar tanpa sebarang kos penghantaran.(Penghantaran terus kepada PELANGGAN risiko kehilangan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengedar)
  3. Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual
    GCP menjanjikan pembelian semula emas yang telah dijual kepada PELANGGAN dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (Harga DP) semasa. Contoh:
    Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
    Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40
    Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.(Tertakluk kepada terma dan syarat semasa)
  4. Modal tunai untuk membeli emas terpakai
    Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.(Tertakluk kepada terma dan syarat semasa)
  5. Perkhidmatan penghantaran
    GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada PENGEDAR. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran Kepada PENGEDAR adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.
  6. Perkhidmatan selepas jualan
    GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
    • Mencuci emas (percuma)
    • Mencelup emas (kos minima)
    • Menilai harga emas terpakai (percuma)
    • Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan arrahnu (percuma)
  7. Kursus Usahawan Emas (percuma)
    Pada setiap hari sabtu ke dua dan ke empat, GCP mengadakan kursus kepada Para pengedar GCP bertempat di pejabat GCP bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari.
  8. Insentif Pengedar (dealer get dealer)
    Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:
    • Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
    • Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar GCP 999 sahaja) Mulai 1 Mac 2011 Pamp S.A tiada komisyen diberi.
    Contoh insentif dealer get dealer:
    Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen RM100.00
    Contoh insentif pembelian:
    Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.
    Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.
    Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.
    Insentif bulanan:
    Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
    Contoh: 10 orang x RM100 = RM1000.00
    Sekiranya berminat untuk penjadi pengedar, boleh layari blog rakan saya dengan klik pada pautan di bawah:

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Ramai yang katakan pelabuaran emas amat menguntungkan. Rakan saya sendiri ada yang sudah mempunyai beberapa gram emas.

    BalasPadam
  2. Terima kasih coretan anuar kerana mempromosikan emas di blog terkemuka ini. Masyarakat kini semakin celik tentang kepentingan emas dlm memelihara matawang. Jadi bertindak segera mulai sekarang. Tukarkan simpanan wang anda kepada simpanan emas yang lebih menguntungkan. Jangan berlengah lagi kerana sikap bertangguh akan merugikan diri sendiri. Layari http://beli-emas-online.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.. Janganlah puji sampai macam tu sekali.. Blog Coretan Anuar taklah sepopular mana.. Sekadar berkongsi info tentang pelaburan emas dengan pembaca blog Coretan Anuar..

      Padam
  3. Best ni....baru je beli 3/4 bulan lepas tambah buat koleksi...

    BalasPadam