Graduat atau Graduan? mana satu perkataan yang betul..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 19 dan 20 Mei 2012 Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke 7.. Bagi staf yang terlibat secara langsung dengan majlis konvokesyen tersebut, agak sibuk jugalah pada ketika ini.. 

Nasib baik saya jadi AJK biasa sahaja.. Kurang sibuklah pada ketika ini.. Perkhdimatan saya hanya betul-betul diperlukan pada hari kejadian iaitu pada 19 dan 20 Mei nanti.. ;)

Kebetulan pula pada ketika ini musim cuti semester untuk pelajar politeknik.. Jadi masa dekat office kebanyakan pensyarah akan menyiapkan kerja-kerja yang tidak sempat disiapkan semasa sesi perkuliahan berjalan.. Biasanya pada waktu macam ini saya terlibat dengan urusan finishing school untuk program kebolehpasaran graduan politeknik..


Tapi tahun ni politeknik takder budget.. Jadi tak ada program kebolehpasaran graduan dijalankan.. Kebetulan pula saya terlibat dalam menyediakan dokumen MQA untuk program yang ditawarkan oleh jabatan saya.. Agak pening jugalah memikirkan jawapan-jawapan kepada  soalan-soalan yang diberikan untuk melengkapkan dokumen MQA..

Semasa sedang sibuk menyiapkan dokumen tersebut, timbul satu perbezaan pendapat tentang perkataan Graduan atau Graduat?? Anda tahu tak  

Kedua-dua perkataan ini biasanya kita dengar semasa majlis konvokesyen diadakan.. Ataupun semasa membuat laporan tentang lulusan pelajar di politeknik..

Selama ini saya ada juga terperasan tentang perbezaan ejaan bagi perkataan tersebut.. Disebabkan ianya tidak mendatangkan sebarang kepentingan pada diri saya, jadi kita buat tak tahu sajalah.. Sama jugalah macam menulis blog.. ada kalanya saya menulis dalam keadaan santai.. Tapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk menulis dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul..Cintailah bahasa kita ;) 

Disebabkan saya bersama kawan-kawan sedang menyiapkan dokumen MQA, jadi kami cuba menulis setiap perkataan/istilah dengan betul.. Supaya kami tidak memeningkan kepala Auditor MQA yang akan membaca dokumen kami nanti.. 

Graduan atau Graduat??

Emmm.. Apa ye jawapannya..

Long way to go...

Untuk mendapatkan jawapan yang sahih, saya melayari laman web Dewan Bahasa dan Pustaka.. Hasil pencarian saya, perkataan Graduat tiada dalam kamus Dewan.. dan perkataan yang betul adalah Graduan..

Jadual dibawah menunjukkan maklum balas yang diberikan oleh pihak DBP kepada persoalan ini..

Saya ingin bertanya maksud perkataan berikut dan contoh penggunaannya : 1) Graduat 2) Graduan Kedua-duanya kerap digunakan, terutama di majlis konvokesyen. Terima kasih.
Encik Azahan,
Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata graduan ialah mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. Untuk makluman tuan, kata graduat tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat . Oleh itu, penggunaan  bahasa Melayu yang baku dalam majlis konvokesyen sepatutnya ialah graduan yang merujuk mahasiswa yang akan menerima ijazah pada majlis konvokesyen.


Catat Ulasan

1 Ulasan