Bawang Oh Bawang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada artikel kali ini, saya ingin bekongsi info tentang Bawang.. Pada pendapat saya info ini sangat berguna kepada semua orang.. Disebabkan bawang merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita.. Terutamanya dalam masakan.. Hampir semua masakan kita menggunakan bawang; bawang besar, bawang kecil, bawang putih... Bagaimana agaknya rasa masakan kita tanpa bawang? Apakah lengkap atau sempurna masakan anda tanpa bawang?


Dalam entry saya ingin berkongsi sedikit sebanyak rahsia BAWANG PUTIH atau GARLIC! Mungkin tanpa kita sedari bawang putih yang kita gunakan setiap hari ini mempunyai keistimewaan dan kehebatannya sendiri. Orang Mesir percaya bahawa bawang putih mempunyai sekurang-kurangnya 22 khasiat dalam merawat penyakit. Seiring dengan perkembangan zaman, kini terdapat banyak kajian terhadap bawang putih dilakukan; terutama khasiatnya untuk kesihatan.


Keistimewaan Bawang Putih:

  • Mengurangkan risiko serangan jantung. Asid Amino Alisin yang terkandung di dalam bawang putih mencegah akumulasi plak pada dinding arteri yang boleh mengakibatkan strok atau serangan jantung.

  • Menghalang sel kanser. kajian pakar perubatan mengatakan bahawa ekstrak bawang putih dapat membantu mencegah pembentukan sel-sel kanser di mana ia mencegah terbentuknya nitrosamin yang menjadi punca berlakunya kanser serta mengaktifkan sel-sel yang menghasilkan enzim pengawal pembiakan sel kanser.

  • Melambatkan proses penuaan. Bawang putih dipercayai terbukti dapat membantu memperlahankan pembentukan kedutan-kedutan halus seterusnya melambatkan proses penuaan. Kombinasi ekstrak bawang putih dan vitamin E dapat membantu mencegah keguguran rambut dan menjaga kesihatan mata.

  • Mengawal kolesterol dalam darah. Bawang putih mempunyai zat ajoene yang bersifat anti-kolesterol serta dapat membantu mencegah penggumpalan darah.

  • Membuang angin badan. Bawang putih sering dikatakan mempunyai khasiat mujarab dalam merawat angin berlebihan di dalam tubuh badan. Ini masih menjadi kepercayaan orang-orang lama sehingga pada hari ini.

-Sumber dipetik daripada Majalah Nona Keluaran Disember 2011-

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. jadi .. jom ramai-ramai makan bawang .. heheh :D

    BalasPadam
  2. saya suka bawang merah tapi bukan bawang putih... tapi banyak betul khasiatnya

    BalasPadam