Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sekarang ni dah masuk Bulan Rejab.. Ini bermaksud tinggal lagi 2 bulan sebelum kita menempuhi Bulan Ramadhan yang penuh dengan dugaan.. Kepada mereka yang ingin menambahkan pahala dengan melakukan Ibadah, kita boleh bermula pada bulan Rejab, kemudian diikuti Bulan Syaaban dan Ramadhan.. Ketiga-tiga bulan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri..
Sempena berada di Bulan Rejab ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan doa, amal
ibadah seperti berpuasa dan amalan zikir.. Kita digalakkan untuk membaca doa bermula pada malam 1 Rejab dan seterusnya berpuasa sunat pada keesokan harinya..
Memandangkan tarikh hari ini adalah 1 Rejab, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Berpuasa sunat kepada anda yang sedang berpuasa.. Semoga amal ibadah anda pada hari ini diterima oleh Allah S.W.T..
ibadah seperti berpuasa dan amalan zikir.. Kita digalakkan untuk membaca doa bermula pada malam 1 Rejab dan seterusnya berpuasa sunat pada keesokan harinya..
Memandangkan tarikh hari ini adalah 1 Rejab, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Berpuasa sunat kepada anda yang sedang berpuasa.. Semoga amal ibadah anda pada hari ini diterima oleh Allah S.W.T..
Bersabda Rasulullah S.A.W maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,
- Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
- Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
- Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan akan dijauhkan dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari diseksa di akhirat dan fitnah dajjal
- Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam baginya
- Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka ia akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
- Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan diperkenankan oleh Allah hayat dan permintannya
- Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
- Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan oleh Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan
Diriwayatkan Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Ummah, Sabda nabi Muhammad (S.A.W.) "Lima malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa diawal Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha".
Oleh kerana itu, kita dianjurkan supaya:
- Berpuasa sunat pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al Baqarah)
- Berpuasa sunat pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us shaghiir).
- Mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam pada malam 15 dan 27 Rejab. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah salah satu surah. Sesudah salam terakhir bacalah:
"Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallahu Wallahuakhbar" Sebanyak 100 kali, dan Beristighfar sebanyak 100 kali..
"Barangsiapa berpuasa satu hari di bulan Rejab, seolah-olah dia berpuasa 1000 tahun, dan seolah-olah memerdekakan 1000 hamba sahaya, sesiapa bersedekah 1000 dinar, dan dicatat tiap-tiap rambut dan bulu yang terdapat dibadannya 1000 kebajikan, dan diangkat darjatnya 1000 darjat, dihapuskan daripadanya 1000 kejahatan dan dicatat juga ia bersedekah itu beroleh ganjaran 10 kali ganjaran haji dan umrah, serta didirikan baginya gedung di syurga". (Salman Alfarisy)
Sempena bulan Rejab yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan amal ibadah.. Supaya kita mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.. Insya Allah...
7 Ulasan
nice info ! heee..thnx !
BalasPadamslmt mymbut bulan rejab yeah !
Sama-sama.. Selamat menyambut bulan Rejab untuk awak juga.. Semoga kita mendapat keberkatan sepanjang bulan Rejab ini..
Padamselamat menyambut bulan rajab..kitapun puasaa gak
BalasPadamSelamat Berpuasa..
PadamTolong semak kembali hadith:
BalasPadam‘Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku’
kerana ape yg sye tahu, hadith tersebut adalah HADITH PALSU!!
Satu lagi, dari mana saudara dpt sumber FADHILAT PUASA REJAB??.....ADAKAH SAUDARA PASTI KESAHIHANNYA??... sbb ape yg sye tahu, tiada amalan kebaikan khusus utk bulan Rejab.
HARAP SAUDARA BOLEH JELASKAN :)
BOLEH JD RUJUKAN
Padamhttp://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=34
Terima kasih atas info yang dikongsikan.. Sebenarnya saya pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh beberapa orang ustaz tentang perkataan tersebut: "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."..
PadamDan yang terakhir sekali, saya pernah membacanya di sebuah blog yang menguatkan keyakinan saya tentang pernyataan tersebut.. Selama ni saya tak tahu pun yang pernyataan tersebut adalah hadis palsu..
Saya pernah merujuk ke blog Ustaz Zaharuddin.net.. Dan salah seorang pengunjung blog beliau pernah bertanyakan tentang soalan ini.. Tapi UZAR tidak memberi respon tentang soalan tersebut.. Maklumat lanjut, boleh layari pautan berikut:
http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/888-bukan-islam-memasuki-masjid--penjelasan.html#comment-19747
Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih di atas teguran ini.. Lepas ni saya akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan apa-apa artikel berkaitan dengan hadis-hadis walaupun ianya keluar daripada mulut seorang ustaz..